Thursday 7 December 2017

Nasi Ulam Air Mata


Assalamualaikum wbt

K aku faham benda ni pelik bila aku update blog in the middle posting. Aku tengah posting Ortho, rotation sports. Aku supposed to study sekarang ni tapi ya ampun dari tadi aku tunggu mood study ni nak datang tapi hampeh singgah pun tak. Dah lama aku tak tengok blog, bila baca balik last entry aku baru teringat yang aku pernah kena friendzoned kahkahkah. Walaupun esok aku kena menapak pergi ward lepas subuh nak cover patient, tapi sebab aku rasa tengah bersemangat nak update blog, afdhal aku teruskan niat murni aku ni.

Cerita pasal Seman ni forever will be the most memorable part in my life. It was the most devastating phase i've ever been. Betapa aku sayang dekat dia ni sampai aku kena maki dengan semua orang sebab terlampau setia yang membuta tuli. Orang dah buang pun aku nak setia lagi. Kalau ikutkan dah memang wajib move on sebab dah nak masuk 15 tahun dok setia tak tentu hala ni. Tapi susahnya nak move on ni sampai aku pasang crush 2-3 ketul nak bagi distracted tapi tak berjaya jugak. Sampai la sekarang. Cumanya aku sekarang takdelah macam putus harapan hidup macam dulu. Dulu makan pun taknak, sekarang papehal makan dulu haha. Tapi kalau klinik habis lambat haa tu memang makan letak tepi, tidur lebih penting.

Ada satu hari ni, time ni aku still tengah syok sendiri la ni, Seman ni mengadu dekat aku yang kawan-kawan dia ajak pergi main paintball tapi tak ramai pulak nak join tetiba. So diorang ni kiranya tak cukup orang la nak buat 2 team. Seman ajak lah aku main. Tapi aku taknak. Sebab apa aku taknak, sebab aku kenal classmates dia. And classmates dia kenal aku, sebab dia selalu cerita pasal aku dekat diorang. Sekarang nampak tak betapa berpengaruh nya aku haha. Sebab paling utama, classmates dia pernah baca ws kitorg, and pernah reply lagi ws aku guna fon Seman. Time tu aku malu gila cicak. Itu sebab aku tolak bila dia ajak main. Sebab kalau ikutkan aku yang tak reti duduk diam ni, aku memang suka la main benda-benda seangkatan dengan paintball ni. Tapi bila aku reject tu, Seman ni macam marah dekat aku. Sebab dia pujuk aku banyak kali tapi aku tetap taknak. Bila si Seman tu macam marah sikit, aku yang bendul ni rasa menggelabah la. Dengan bijaknya, esok pepagi tu aku tak senang duduk dah, aku terus drive kereta pergi tempat diorang main paintball tu. Time aku sampai tu around pukul 10-11 macam tu. Time tu diorang dah start main dah. Bila diorang rest tu, Seman datang dekat kereta aku. Sepanjang tunggu dia tu aku duduk dalam kereta je. Dia suruh aku keluar, tunggu kat luar tapi yelah aku kan malu nak jumpa classmates dia. Classmates dia semua cantik-cantik, aku taknak jadi kentang busuk kat situ. Lepastu aku tunggu la dia sampai dia habis main. Teka la aku tunggu berapa lama? 4 jam. Yes. 4 jam aku tunggu dia habis main. Dia habis around 3 lebih macam tu. Aku tunggu tu sebab aku ingat nak balik sekali dengan dia la. Tapi yang lawaknya, lepas habis main tu dia datang dekat kereta aku pastu dia suruh aku balik dulu, dia balik dengan kawan dia sebab nak pergi makan dekat KL dulu. Dan aku dengan innocentnya pun balik je la. Kalau kau tak rasa apa yang aku rasa mungkin kau patut jumpa cardiologist or psychiatrist.

Itu antara benda bodoh yang aku paling menyesal sampai sekarang. Pernah jugak aku ajak dia keluar pergi mall sebab nak pergi MPH. Kalau kau rasa ni tak cukup bodoh aku rasa kau stop baca entri aku ni haha. Lepastu aku pernah bangun pagi-pagi baking sebab malam sebelum tu dia cakap nak makan chocolate cake. Ye aku bangun pagi tu and buatkan dia choc cake and dia bawak pergi kelas. Aku suruh dia ambik kat rumah aku masa dia on the way pergi kelas. Aku jarang jadi rajin sampai macam ni. Sebab semua orang tahu aku memang suka tidur.

Aku tahu korang semua nak maki and marah aku sebab aku macam bendul gila. Aku tahu jugak korang gelakkan  aku sebab syok sendiri. Aku tahu jugak korang cop aku kena friendzoned. Aku tahu and aku faham je. I deserved that. Because after all it was a misunderstanding on my side. I should know from the start that he just look at me as a friend. It's just that from my perspective, he was the hero, that knight of shining armour that came out of nowhere ready to save me haha. Tapi susahnya aku nak lepas dia, takde orang tahu. Aku try macam-macam nak lepaskan dia dari hati aku. Aku doa supaya hilangkanlah perasaan aku dekat dia, aku sibukkan diri sampai memang busy betul nak call parents pun tak sempat, aku unfollow, unfriend dia dari sebarang social media. Aku elak dari jumpa dia seboleh yang mungkin. Walaupun kadang-kadang ada jugak terdetik dekat hati aku pasal dia, aku cepat-cepat fikir pasal benda lain. But it is not easy as what being said.

He is still there at the deepest part of my heart. Silently there. Sekarang dia dah dengan Fifi. As what i saw until now, he is happy with his life now. I am glad that he is happy. Nothing could beat that. I see how strong and determine he is to prove everyone that he can do something to be proud of. At one point, i was wondering, maybe we are not destined to be together because we are not improving each other that much. We kept hurting each other. We are too comfortable with our situation. If we are meant for each other, we should keep improving ourselves so that we are better for each other. But we are not.

A month ago, i decided to follow him on instagram. So i requested to follow. But up until now, no respond. I dont know whether he has completely blocked my account or he just dont care. I just dont understand. For me, that was a big move from me. Because im the one who got friendzoned by him, i should be the one who move on. So yes, im still in the process. And i thought by following him on instagram i could move on better. When i was still doubting whether to press the button request, i was considering my rasional. I know if he approve my request, i should be prepared to see some picture of him and her. I know i should expect something that could break my heart again. And i think that is fine, because maybe i should try the harsh way. So yeah, i am ready for it. But, not him i think. He still did not approve my request.

I do not know how long it is gonna take to solve this thing.

I hope he become someone he wished for. I hope he is happy with his life. I hope he found someone better that me. I hope he is in a good health always. I hope he is no thinking too much because that's what he is. He is easily distracted about what people say about him. And i hope he knows how much i longed for him.

Monday 4 September 2017

SEMAN

Salam

Rasanya aku lupa nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kot dekat korang. Dengan Selamat Hari Merdeka. Hari ni hari last takbir baru nak wish, selekeh kan haha. Eh tak kisah nak wish jugak.

Sebenarnya aku tengah habiskan sisa-sisa cuti aku yang tinggal seminggu. Aku taknak janji pape tapi yang penting aku nak update blog selalu dalam seminggu ni sebab nanti dah start kelas, bukan setakat blog, blogger.com tu pun aku tak kenal mende. Kan aku cakap semalam aku selalu termakan semut.

Hari ni aku taknak cerita pasal cerita spital, aku nak up cerita yang sekali habuk pun aku tak pernah cerita atau bagi hint dekat korang. Eh ke ada tah aku pernah bagi. Ada kot tapi entry lama-lama la, kalau kau pengikut setia blog aku yang dah separuh kena makan anai-anai ni, perasan kot entry yang mana. Dan disebabkan cerita ni jugak aku terpaksa tukar URL blog ni supaya si dia yang bakal aku cerita dalam entry ni tak tahu, and dengan harapan kengkawan aku tak tahu la siapa yg diceritakan ni. Cerita ni dah 3 tahun yang lalu, aku ingat nak genapkan 5 tahun baru cerita tapi aku takut aku lupa detail-detail serbuk perasa cerita ni, so aku cerita je la skrg. Tapi cerita ni start awal lagi dari 3 tahun yang lalu. Dekat last part aku bagitahu kenapa 3 tahun yang lalu.

Aku tak tahu nak mulakan cerita ni dari mana, aku nak cut short nanti mengkome tak faham so aku cerita ni dari mula time zaman aku kanak-kanak riang lagi. Masa aku darjah 2-3 macam tu, aku tak ingat aku dah jadi pengawas ke belum, eh takde kena mengena pun. Ada seorang budak lelaki, sama darjah dengan aku, dia ni femes. Kiranya macam kat sekolah kau, ada sorang budak lelaki femes semua orang suka dia termasuklah cikgu. Sampai ada cikgu ni kata 'kalau saya sebaya dengan awak, saya ngorat awak'. Haaa gituuu. Nak cakap hensem memang jauhla perigi dari air, ada ke tak peribahasa tu kita letak tepi dulu. Tapi dia ni kiranya cukup pakej dari segi pandai, smart even tak berapa nak hensem, aktif sukan (aktif la jugak nak compare dgn org lain), baik (aku kata baik sebab dia tak de la perangai nauzubillah nakal sampai selalu kena denda ke), dia pengawas sama dengan aku. Kitorang sama-sama kelas first sampai darjah 6, kelas first. Nak brag sikit kelas first kahkahkah. Time sekolah rendah boleh la nak brag, masuk sekolah menengah hmmm kau duduk tepi longkang je la.

Nak senang sesi bercerita, aku namakan budak lelaki ni, Seman (bukan nama sebenar). Sambung cerita, kiranya dekat sekolah ni hampir semua populasi perempuan minat dekat dia. Dari budak darjah 1 sampai la ke tahap cikgu, makcik kantin dan tukang kebun. Tapi ada jugak yang tak minat dia. Aku ni termasuklah dekat orang yang minat dekat dia tu. Time ni aku rasa Seman la paling hensem dekat dunia sbb time tu aku belum kenal Bradley Cooper dengan Chris Pine. Dia la paling smart, paling pandai, segala paling la. Aku memang minat dia. Tapi satu sekolah tahu dia ni minat orang lain. Kawan aku, si Piah. Piah ni la antara orang yang tak berapa minat dekat Seman. Piah kata Seman ni biasa-biasa je. Tak kena taste dia la konon. Lagi pun Piah ni dah berkenan dekat orang lain. 

Masa darjah 6, ke dah hujung-hujung darjah 6, lepas penat 2-3 tahun aku cuba tackle Seman, aku bukan menggedik depan dia ehh, aku tak bagitahu sesiapa pun aku suka Seman. Aku bagitahu Piah je. Disebabkan aku kawan dengan Piah, Seman ni selalu la mengendeng dekat aku sebab nak dekat dengan Piah. Aku tak kisah pun, lagi aku suka dapat cakap dengan dia haa gitu menggeletis kat situ haha. Takpe tu zaman jahiliyah. Aku kena berterima kasih dekat Piah sebab dia si Seman ni nak juga la cakap dengan aku kahkahkah.

Hujung darjah 6, Seman kata dia suka aku. Aku rasa aku lompat macam monyet dapat pisang time tu hahaha. Tapi kitorang tak couple eh lepas tu. Kitorang just contact selalu. Dulu aku takde fon, so aku selalu cilok fon mak aku kahkah. Kalau mak aku baca ni habis aku haha. Sorry bu hehe. K aku fast forward la panjang cerita ni. Alkisahnya masuk tingkatan 1, kitorang sekolah lain-lain. Sekolah asrama. Kiranya susah la jumpa and contact. Masa Form 3, aku ingat dia text aku (time ni dah ada fon, and time cuti, ye aku tak bawak fon pergi sekolah. Ye panggil aku skema pun takpe), dia cakap sebenarnya selama ni dia tak suka aku pun. Dia kata dia just nak dekat-dekat dengan aku sebab nak rapat denga Piah. Kurang asam jawa betul Si Seman ni. Time ni aku tak tahu mencarut. Aku cuma doa dia jatuh longkang je. Sedih aku masa tu. Aku bagitahu Piah, Piah nasihat aku supaya jangan suka Seman lagi. Aku pun ikut la nasihat Piah. Ye aku dengan Piah masih contact sebab rumah kitorang alahai 10 minit sampai. 

Dari Form 3 tu sampai la Form 5 aku try la macam nak suka orang lain. Ceh padahal aku tak try pun, aku sibuk main je time tu. Tak kuasa aku nak suka-suka orang. Ada la jugak skandal-skandal time tu tapi aku macam haa yelah malas nak layan. Lantak situ. Tapi apa yang aku perasan ialah everytime aku pandang a guy, any guy la, aku akan compare that guy with Seman. Aku akan cari anything yang that guy better than Seman. Dia macam aku dah letak Seman as a bench mark for me. Habis Form 5, aku still tak suka sesiapa. Bagus jugak aku rasa sebab eiii geli. Aku tak tahu kenapa aku rasa kalau suka orang tu macam rasa geli gila, tapi dengan Seman tak hahaha. 

Lepas Form 5 aku masuk matriks. Oh lupa nak mention. Lepas tragedi air mata time Form 3 tu, aku memang tak contact Seman dah bila cuti sekolah. Kitorang akan jumpa setahun tu ada la 2 kali kalau tak terserempak kat pasar malam. Kalau terserempak lebih 2 kali la. Sebab every year, geng sekolah rendah aku memang akan buat konvoi raya pergi rumah cikgu-cikgu and member sekolah rendah. Kitorang kan anak murid berjaya hehe. Tiap tahun kitorang memang raya la rumah Seman. Family Seman ni memang kenal kitorang ni. Sampai skrg dah umur 23 pun kitorang still raya. So kiranya, parents Seman memang kenal aku dari aku kecik.

Masa dekat matriks, masa birthday dia, aku tergerak hati nak wish birthday la kononnya. Aku text Seman wish birthday. Yang mengejutkan ialah Seman reply text aku. Yelah aku ingatkan dia taknak reply dah text aku haha. Kitorang ada la borak-borak sikit masa tu. Time tu aku dah ada twitter haa gituuu. Kitorang selalu jugak tweet lepas daripada kisah birthday dia tu. Tu lepas 3-4 tahun kitorang tak rapat and borak-borak, pemula dia time tu ialah text birthday tu la. Since tu kitorang kawan macam biasa balik. Aku ingatkan time tu, aku tak suka dia dah. Yelahh aku ada jugak terfikir, maybe dulu tu macam cinta monyet je. Yelah budak baru nak kenal dunia. Aku memang ingat aku tak suka dia la time tu. Habis matriks, sementara tunggu result and offer degree tu, tetiba Seman kata nak jumpa dekat somewhere. Aku macam eh kenapa? Time ni aku memang tahu dia dah ada girlfriend sebab kawan aku bagitahu. Seman kata nak jumpa sebab nak kenalkan GF dia dekat aku.

Aku sebenarnya time tu, dah rasa something. Rasa macam sedih. Tapi aku buat bodoh je sebab aku rasa aku tak suka dia dah. Petang tu aku setuju la nak jumpa dia dengan GF dia. Masa jumpa tu aku memang pakai bodoh-bodoh je. Bawak motor pergi tempat tu. Seman kenalkan kitorang. Aku memang jenis cepat mesra dengan orang. Sebab aku kan talkative kahkahkahkah. Ada je benda nak cakap haha. So aku pun macam faham la kenapa Si Seman bawak aku jumpa girlfriend dia instead of bawak member aku yang lain. Masa tengah borak-borak tu aku nampak la Seman ni memang sayang gila dekat GF dia. Ish aku rasa kena bagi nama jugak GF dia ni, kay aku bagi nama Julia. Balik dari jumpa tu, aku rasa sedih sebab Seman ada orang lain. Time tu aku harap sangat Julia tu aku kahkahkahkah. Aku tak ingat sangat la apa aku rasa time tu. Tapi memang balik jumpa Julia tu aku whatsapp Piah, aku cerita pasal semua ni, pastu aku cakap dekat Piah, aku rasa aku suka Seman lagi. 

Lepastu offer letter degree keluar. Time tu aku tahu yang aku kena pegi Bandung in one month time. Aku tak sure sangat tarikh. Tapi aku memang confirm time tu yang aku dapat offer pergi Bandung dan aku terima. Aku bagitahu Seman, Piah, Gayah (kawan aku lagi satu), haaa semua orang la aku bagitahu. Aku dengan Seman still contact lagi. Time ni makin kerap kitorang contact. Ye walaupun time tu dia dengan Julia. Aku pernah tanya dia tak pe ke dia selalu text dengan aku, Julia tak marah ke semua. Dia kata dia bagitahu Julia bila dia nak contct aku. And dia tak pernah rahsia pun apa yang kitorang borak dekat Julia. Kadang-kadang Julia yang reply text aku. Dia kata Julia tak kisah.Tapi tipulah kan? Haa mesti nak kata aku pemusnah hubungan. Haaa ko sabajap cerita panjang lagi.

Dalam sebulan sebelum aku fly, korang kena tahu selang 2 hari aku mesti keluar dengan Seman. Seman belajar, Julia dah kerja. Kiranya masa si Seman ni banyak terluang. Kitorang memang kerap sangat keluar dengan Piah dengan Gayah. Kadang-kadang ada jugak member aku yang lain. Bila aku tanya kenapa selalu bawak aku keluar, Seman cakap sebab aku ada masa sebulan je nak enjoy haha. Kiranya nak habiskan sisa-sisa sebulan yang ada before aku fly ni la. Dalam masa sebulan tu jugak la relationship dia dengan Julia macam gegor sikit. Seman selalu mengadu dekat aku pasal Julia. Aku macam biasa dengor je la, sebab aku nak jadi kawan yang baik ececehhh. Tanpa aku sedar sebenarnya, perasaan suka aku dekat Seman makin kuat. Aku tak pernah bercinta, aku tak pernah ada boyfriend, pastu aku anak sulung. Kiranya Seman ni dia macam hero aku. Aku nak pergi memana dia bawak, mana yang aku tak boleh buat, dia tolong. Untuk seorang perempuan yang sejak lahir independent macam aku, kehadiran dia tu umpama permata dia hamparan kaca tau tak.

2-3 hari nak fly, Seman bagitahu aku dia tak boleh nak hantar pergi KLIA, sebab dia ada game (aku cakap kan tadi dia aktif sukan). Time tu aku dah rasa nak nangis, yelah dalam ramai-ramai orang, aku paling nak dia hantar aku. Selain family aku la. Sebab aku rasa dia dah jadi a part of me. Sebulan aku prepare nak fly ni, dari settle borang sampai la beli barang-barang semua dia ada dengan aku. Jadinya dia adalah orang yang paling aku nak ada time aku depart. Aku control tough la masa dia bagitahu tu aku cakap takpe semua. 3 hari dia merengek dekat aku sebab sedih tak dapat hantar aku, alih-alih aku yang kena pujuk dia. Bukan patutnya dia ke pujuk aku sebab patutnya aku yang sedih dia takde time aku depart haha. Sehari sebelum aku fly banyak jugak la pesanan dia dekat aku sambil tu sempat la mengadu pasal Julia. Aku rasa macam princess sgt sebulan tu kahkahkah.

Hari aku depart, dia janji dia teman aku on fon sampai la signal fon aku takde haha. Masuk je departure hall dia terus call aku. Masa mula-mula sampai Bandung, aku takde simcard lagi, seminggu lepas tu baru semua hal settle. Aku dapat call mak ayah aku. Lepas je call mak ayah aku, aku terus call dia. Tapi time tu aku ingat lagi dia on the way nak pergi stadium, nak tengok bola dgn family dia katanya. So kitorang dapat cakap sekejap je la. Time tu pun dia jawab macam nak tak nak je. Lepas dari call tu aku tak contact dia dah. 2 minggu lepas tu, time tu malam around pukul 8 macam tu aku tengah siapkan assignment dekat bilik. Tiba-tiba aku dapat call, num Indonesia, aku angkat je la sebab aku ingatkan kawan-kawan batch aku yang kat Bandung jugak. Aku angkat call tu,

'Hello. Siapa ni?' Suara aku time ni suara jemah-jemah je la sebab aku tahu bebudak batch aku ni kengkadang gila jugak.

'Hello Ain. Seman ni.' Haaa kau melompat aku dari lantai. Terkejut aku tiba-tiba dia call dah la pakai num situ. Aku dah fikir dia ada dekat Bandung. Rupanya Seman call bagitahu dia dah clash dengan Julia. Aku speechless time tu. Aku start fikir diorang clash sebab aku yelah aku kan banyak spent time dengan Seman. Aku sempat jugak tanya Seman, tapi dia cakap bukan sebab tu. Seman bagi alasan Julia tu kata dia ni mengongkong. Ah aku malas nak ambik pusing pasal alasan dia tu sebab aku rasa selagi aku tak dengar dua belah pihak aku malas nak judge. Tapi disebabkan aku ni dah la memang suka dekat Seman ni, aku layankan je la alasan si Seman ni. At one point, ada jugak alasan-alasan yang Seman cakap tu betul. Tapi tak semua la. Tapi aku taknak la judge Julia sebab aku rasa Julia ada reason dia sendiri. Mungkin cara Seman tu yang tak betul. 

Sebabkan aku ni ya ampun terlampau la suka dekat Seman ni, aku memang layan heartbreak dia. Tiap-tiap malam aku akan on call dengan dia, selalunya dalam pukul 1-2 pagi, sebab si Seman ni selalu tak boleh tidur. Kadang-kadang call Seman ni nangis, aku la yang kena pujuk dia. Haaa ni sebab suka sangat la ni. Tiap-tiap pagi aku paksa dia pegi kelas semua, kadang-kadang Seman lupa nak makan, aku kena bebel baru dia makan haha. Haaa nasib kau situ. Kalau kau pernah tengok lelaki heartbreak ahh camtu la keadaan si Seman ni. Challenging untuk aku sebab kitorang jauh. Aku tak boleh nak monitor dia. On whatsaap tu memang setiap masa tak kira ketika la cerita dia. Lama jugak benda ni berterusan, adalah 2-3 bulan. Baru la Seman okay sikit. Aku pun dah tenang sikit la. Kalau tak aku risau je amende la si Seman ni fikir. 

Lepas dari tragedi air mata Seman tu, kitorang jadi lagi rapat. Text selalu, call selalu, jadual kelas dia hallamak dalam poket baju kurung aku je. Time tu aku dah rasa macam girlfriend dia dah kahkahkah. Perasan gila aku. Time ni la aku start sayang dekat Seman. Huuuuu sedih dah ni. Bagi aku Seman ni memang hero aku la. Dia memang ada tiap masa untuk aku. Kitorang selalu jugak la share amende aktiviti seharian kitorang. Disebabkan kitorang dipisahkan oleh Selat Melaka, memang jarang la jumpa kekdahnya. Masa birthday aku, dia plan nak datang Bandung. Kononnya nak surprisekan aku cehh padahal aku dah boleh baca dah trick dia. Tapi jangan risau, dia tak jadi pun pergi sebab dia ada game. Time tu sedih gak lah sebab dia tak datang kahkahkah. Tapi takpe aku control macho. Masa cuti sem, boleh kata everyday aku keluar dengan dia. Merata kitorang pergi. Semua tempat makan yang best-best kitorang pergi. Time ni banyak duit lagi boleh la berjimba, sekarang dah jadi papa kedana memang duduk rumah jadi pekasam. 

Oh lupa nak cerita, dalam setahun kitorang duk contact segala acah pasangan kekasih dilambung ombak tu, ada few times aku suspect dia suka someone dekat uni dia. Seman tak pernah cerita pasal this girl, aku nak bagi nama gak. Nama dia Fifi. Macam mana aku tahu? Kadang-kadang aku nampak Seman tag Fifi dekat facebook takpun dekat insta. Ada jugak Seman upload gambar dia dengan Fifi dekat insta. Ada jugak aku nampak Fifi check in dekat somewhere dengan Seman. Aku tak pernah tanya pasal benda ni dekat Seman sebab time aku sedar diri la aku bukan lah ssesapa pun dengan dia. Aku tak tahu pun time tu aku ni siapa dalam hidup Seman. So memang bukan hak aku la nak tanya. Enough said, Seman ni memang acah bf aku la time tu (kalau korang ada bf/gf kau tahu la macam mana, kalau takde takpe duduk diam-diam). Sepanjang lebih kurang setahun tu ada jugak la gaduh-gaduh tapi tak la teruk. Gaduh-gaduh manja haktuihh gitu. Tapi serius memang tak gaduh teruk pun.

Lebih kurang sebulan sebelum aku cuti sem, kitorang tetiba borak pasal hati dan perasaan. Whatsaap la time tu. Entah macam mana Seman ni tanya aku, aku still suka dia lagi ke. Seman ni nak suruh aku confess. Sebenarnya 2-3 bulan sebelum tu pun dia dah suruh aku confess. Aku ni la mengelak, ehh senang-senang nak suruh aku confess haha. Tapi macam mana tah, aku confess jugak dekat dia masa tu. Aku cakap aku memang suka dia lagi. Seman tanya kenapa suka dia lagi? Kan dah 11 tahun (aku suka dia dari umur 9 tahun, time aku confess umur 20). Aku cakap aku tak tahu kenapa. Perasaan tak boleh paksa. Tapi dia tak reply confession aku tu. Sedih kan. Buat malu je.

Masa aku cuti tunggu result 2 minggu, aku sempat balik Malaysia. 2 minggu tu kitorang kerap keluar jugak. First day aku keluar dengan dia, kitorang nak pergi makan dengan Piah. Masa tengah makan tu aku perasan si Seman ni selalu sibuk dengan fon dia. Macam tengah whatsapp dengan someone. Kau bayangkanlah aku dekat sebelah dia buat tak tahu je. Time tu aku dah menyesal keluar dengan dia. Sebab sedih gila aku masa tu. Masa Piah datang, dia kurang sikit main fon. Tapi tetiba fon dai bunyi, yes, aku nampak nama Fifi (walaupun Seman pakai screen protector yg privacy tu). Time tu aku dah dengar dah bunyi retak-retak hati aku ni. Tapi aku buat bodoh je. Sehari sebelum aku balik Bandung nak ambik result, kitorang keluar lagi tapi ramai-ramai dengan member lain. Time dah nak balik tu, Seman kata ada benda nak cakap. Aku pun okay je lah. Time tu Seman suruh aku confess lagi sekali. Eh bukan suruh la. Dia macam tanya betul ke aku memang suka dia. Aku cakap la haah, tapi aku cakap aku taknak go into relationship dgn dia for now. Dengan alasan we both still tengah study and aku taknak kacau study. Lepastu Seman confess dekat aku. Nope, dia tak cakap dia suka aku. Seman cakap dia ada suka orang lain dekat uni dia. Orang tu is Fifi. Aku tanya dia dah lama ke suka Fifi? Seman cakap tak lama pun, tapi sebab Fifi tu selalu luahkan masalah dia dekat Seman, so si Seman ni jadi tersuka dekat Fifi. Time ni aku tahu sangat aku boleh je nak nangis. Tapi aku rasa he's not worth my tears. Aku rasa macam mimpi masa tu. Ni dah kali kedua dia buat macam ni. Time ni aku pelik jugak kenapa la hati aku ni still suka dekat dia. Eii rasa nak lempang je.

Esoknya, aku nak balik Bandung. Aku tak harap pun dia hantar aku sebab aku rasa dia memang tak patut hantar. Pagi tu dia datang rumah aku, dia kata dia nak souvenier. Masa dia datang aku nampak dia pakai smart-smart. Aku tanya dia, nak pergi mana. Dia kata nak teman Fifi buat assignment. Hancur luluh hati aku sebab dulu aku pernah tolong dia buat assignment. Time tu dalam hati aku cakap, assignment aku siapa nak tolong buat ha? Petang tu dia tak datang hantar aku pun, hmm baguslah aku memang taknak tengok muka dia. Aku sedih sangat masa tu sbb even aku taknak dia datang tapi aku ada jugak harapan kot-kot dia nak datang ke. Tapi takpun. 2 jam dalam flight aku nangis. Time ni memang aku tak boleh tahan dah. Orang seat sebelah aku tu orang Korea, dia tanya aku, 'are you okay?'. Time tu aku rasa nak peluk je dia, tapi aku angguk je pastu senyum dengan pipi penuh kesan air mata lulz. Memang kebelakangan tu aku rasa dia lain je, dia macam perasaan pakwe ko ada perempuan lain hahaha. Power doh instinct perempuan. Sampai Bandung, aku baru ingat aku terlupa bawak simcard aku. Haa baguslah at least dekat whatsapp je paling jauh dia boleh pegi. Dia tak boleh call aku. 

Sampai je dekat Bandung, aku nampak whatsapp dari dia. Tapi aku malas nak reply so aku biar je. Yang penting dia tak call aku. Tapi rupanya dia ni bijak, dia tanya num fon baru aku dekat member aku. Haaa tau pulak dia gelabah aku tak reply whatsapp. Sabar je la. Dia dapat call aku. Tapi nasib baik time tu aku tengah sibuk nak pindah rumah so aku memang ada alasan taknak jawab call dia. Aku cakap nnt kalau dah free aku reply whatsapp dia. Hmm whatsapp yang dia bagi tu semua bunyi macam ni,

Ain, are you okay?
Girl, have you eat?
Awak janganlah macam ni. Reply my text. Im worried. 

Eh perempuan mana je tak cair baca text macam ni. Ni 1/3 je daripada text tu. Ada banyak lagi aku tak ingat. Aku berjaya ignore dia selama sehari setengah haha. Lepastu aku reply whatsapp dia. Dia bagitahu sebenarnya dia dah mula sayangkan aku. Tapi dia stop that feeling from grow more fonder haa gituu. Sebab dia kata, dia taknak rosakkan friendship kitorang yang dari kecik ni. What an excuse enn. K pape je la. Walaupun aku sedih nak mamp time tu, aku still layan dia lagi. Bodoh kan aku. Sampai la aku balik cuti sem 3 days after that. Haa masa cuti sem lagi la galak keluar. Pantang ada masa bosan sikit. Ada satu hari tu kitorang keluar berempat dengan Piah and Gayah. Time tu still dalam kereta aku tak ingat kitirang nak pegi mana. Tetiba fon Seman bunyi ada orang call. Seman angkat.. Ekau tahu tak dia kata apa dengan org yang call tu. Dia kata camni,

'Eh baru tak reply kejap, dah rindu ke?' 

Ya ampun kau tolonglah faham perasaan aku kat tempat duduk sebelah tu. Ye aku faham korang akan cakap, aku ni bukanlah sesiapa dalam hidup Seman. Tapi kau kena faham jugak dah setahun si Seman ni jadi bf acah-acah perasaan aku haha. Aku baru nak rasa aku la princess dalam hidup dia. Pastu Seman ni cakap apa entah dengan orang tu aku malas nak dengar. Dah habis call dia tany aku 'jeles ke?'. Kau rasa nak lempang ke tak si Seman ni?

Time cuti sem ni dia bagitahu aku, dia dapat offer further study dekat oversea. Dekat mana? Ah malas bagitahu nanti korang boleh teka. Cukup sampai oversea je.

Tapi time tu offer tu still tak valid sebab dia belum dapat result last sem. Tapi semua borang still kena completekan and submit. Maka aku la menemas si Seman ni kehulu kehilir hantar borang. Ceh takde lah kehulu hilir sangat. Ada la dua kali kot aku teman dia settle benda tu. Tapi memang sepanjang cuti tu aku macam lupa dengan kisah Fifi dengan Seman ni. Sampai la kitorang balik holiday. Eh ni holiday ramai-ramai tau. Bukan berdua ekau ingat ni honeymoon. Buat hape honeymoon dlm Malaysia je haa gitu haha. Balik dari vacation tu, Seman langsung tak contact aku. Padahal tu minggu last aku cuti before balik Bandung. 2-3 hari dia tak contact aku. Aku pelik dah. Tapi aku anggap je la dia busy. Text aku pun dia tak reply. Malam sebelum aku balik Bandung, aku dengan member lain keluar makan. Kiranya tu farewell aku la before balik sana esoknya. Lepas 3-4 hari aku contact si Seman ni tak dapat, tiba-tiba malam tu dia muncul. Seman pakai kemeja maroon aku ingat lagi. Aku suspect dia baru balik dari class la kot. Tapi yang paling aku berapi, masa kitorang tengah makan-makan tu, si Seman ni sibuk main fon dia. Aku nampak dia tengah whatsaap orang tapi aku tak tahu dengan siapa. Time tu aku dah nak terbakar dah, whatsapp aku tak reply tapi tu main whatsapp mende. Malam tu dia langsung tak tegur aku. Sedih gila aku, malam tu aku balik terus aku tidur. Sebab kalau aku layan kang aku nangis. Aku ni jarang membazir air mata.

Esoknya flight aku pukul 7 petang. Sepanjang pagi tu aku duk tunggu jugak bila dia nak whatsaap aku. Yelah aku nak balik Bandung dah ni, dia takde pun reply whatsapp aku. Sampai pukul 3 petang, tiba-tiba aku dapat whatsaap dari dia. Aku nak bukak pun sebenarnya takut-takut. Tapi aku bukak jugak. Antara benda yang aku ingat la dalam whatsaap tu ialah

1. Seman suruh aku lupakan semua benda yang jadi between both of us selama setahun ni
2. Dia suruh aku focus belajar
3. Bawah sekali dia tulis 'your truly friend, Seman'

Dan-dan tu jugak daripada berdiri aku terduduk, pastu aku menangis. Nasib baik ibu dengan ayah belum balik sebab janji nak pergi airport lepas asar. Time tu aku rasa ada batu berat hempap badan aku. Aku rasa nak pengsan, aku taknak nangis tapi air mata macam tak berenti keluar. Aku rasa sedih sangat. Aku genggam tangan aku kuat gila sampai kebas, aku nangis sampai aku rasa sesak nafas time tu. Slow-slow aku bangun pegi bilik air, aku basuh muka. Aku tampar pipi aku 2-3 kali sebab aku harap sangat benda ni mimpi. Tapi tak sebab aku rasa muka aku pijor namatey haha. Lagi sekali aku fly dengan air mata. Aku harap bila sampai Bandung dia text aku balik, or dia akan cari aku balik. Tapi tak. Tak macam masa aku balik ambik result tu. Kiranya dia memang pergi la dari hidup aku. Text dia yang last tu, mula-mula aku taknak reply. Tapi ye macam kau tahu aku ni kan sayang nak mampus dekat dia, aku reply jugak. Aku tak ingat la aku cakap apa. 

2 bulan aku tidur sambil peluk baju yang dia bagi. Baju tu jersey dia. Dia bagi aku sebab dia kata ada warna pink. Dia taknak pakai ada warna pink. Padahal dia tahu aku tak suka pun warna pink. 2 bulan aku murung. Housemate aku cakap, aku macam hidup dalam dunia aku sendiri. Senyum tak sampai hati. Sabo je la. Aku memang tak contact dia langsung since aku sampai Bandung malam tu. 

Sampai satu malam, time tu dengan housemate aku tengah borak-borak. Tapi dah ready nak tidur dah. saja buang masa haha. Time tu dah pukul 11 lebih waktu Indonesia. Means dah pukul 12 lebih waktu Malaysia. Ada satu nombor call aku. Nombor Malaysia. Aku angkat sebab aku ingatkan cousin aku. dia ni memang suka pedajal aku, plus aku memang tengah whatsapp dengan dia. Aku angkat. Aku dah nak sound dah org yg call tu sbb aku ingat tu cousin aku haha.

'Hello.' - dah bunyi nak sound org ni haha
'Hello. Ain? Seman ni?'

Haaa kau nasib baik aku tak sound direct tadi kawos haha. Aku dengar je nama dia, aku tengah baring terus bangun. Seman tanya aku tahu tak yang dia dah nak fly esok nak pegi oversea. Aku time tu watdehek terus. Aku cakap aku tak tahu. Kau tahu Seman cakap apa? Dia kata ohh aku la orang yang terakhir tahu. Time ni aku dah mengucap banyak-banyak kali. Dekat 2 minit kitorang cakap. tapi aku memang tak cakap pape. Aku cuma cakap haah, tak, okay je. Ya ampun boleh kira berapa banyak perkataan aku keluarkan. Seman bagitahu esok dia nak fly pergi oeversea, dia tanya ada pape nak cakap tak, dia kata dia nak pergi packing barang nnt dia text balik. Yang at the end, nehi. Dia tak text pun. Dia end call je, aku melalak macam orang gila. Sampai housemate aku semua speechless tgk aku. Yelah diorang mana penah tengok aku nangis. Tengok Titanic pun aku tak pernah nangis. Esoknya aku whatsapp dia panjang lebar. Tapi dia balas 2 kerat je. 

Semenjak dari tu aku tak pernah contact dia langsung. Sampai harini. Ye dah 3 tahun aku tak contact dia. Dalam masa 3 tahun ni, baru 2 kali aku jumpa dia walaupun kitorang duduk area yang sama. Dia pun takde contact aku. Dia unfollow aku dekat segala jenis social media. Dia block aku dekat wechat. Aku tak tahu dia block nombor aku ke tak tapi yess kitorang memang tak follow each other after that. Tapi yes aku still stalk dia sampai skrg. Aku memang tanggung rindu dekat dia sensorang. Aku tahu korang akan kata aku bodoh, perasan, syok sendiri dan segala benda. Takpe aku dah biasa kena sebab kawan-kawan aku pun cakap benda yang sama dekat aku.

Btw, dia pernah ajak aku kahwin. Walaupun sekadar ajak-ajak ayam tapi bagi aku cukup besar makna dia. Dua kali dia ajak, tapi aku tolak dengan alasan still belajar. Sekarang apa jadi dengan dia? Dia dah couple dengan Fifi. Walaupun masa dia confess dekat aku yang dia suka Fifi tu, Fifi tngah couple dengan oarng lain. Sekarang diorang dah together. Masa aku jumpa dia yang kali pertama, aku langsung tak bersuara. Sebab time tu dekat meja kitorang ada aku, Seman, Gayah dengan Piah. Piah dgn Gayah je yg borak dengan dia, Aku memang diam seribu kata. Aku tak pandang pun muka dia. Sebabnya aku tak expect nak jumpa dia pun. So aku memang tak prepare pape. Kali kedua, bukan setakat Seman je aku jumpa, Fifi pun aku jumpa sekali. Hmm memang balik makan ulam dengan air mata la jawabnya. Mengikut instinct aku masa jumpa Fifi tu, aku rasa Fifi kenal aku sebab dia pandang aku macam 'Oh this is the girl' haaa gituuu. Tapi aku buat bodoh je la. Yang kali kedua ni memang aku expect jumpa dia so aku memg prepared. Tapi yang aku tak prepare ialah nak jumpa Fifi. Time tu dah kelam kabut balik acting aku kahkahkah.

Rasanya dah panjang sangat ni, banyak lagi detail yang aku tak masukkan tapi ni cukupla nak bagi rough picture cerita ni. Kalau tany asekarang aku still suka dia ke tak, tipu la kalau takde. Deep in my heart, im still hoping it would be us at the end of the day. Sebab aku ada instinct yang he is the one for me. Tapi benda tu tak mungkin kan aku sorang je yang rasa ?

;)


Saturday 2 September 2017

A Story of an ABG

Assalamualaikum wbt

Hai, yeah im still in my hiatus. Holiday means hiatus isn't? K whatever. I have decided to put all my hospital stories in my blog. Sebab apa? Sebab aku selalu termakan semut. Senang betul nak lupa. I think this is the best way to restore all my vitals stories untuk dijadikan rujukan di masa hadapan. Juga untuk keselamatan masyarakat sejagat.

Ini cerita time posting X. Ah aku taknak cerita posting apa sebab nanti member-member aku semua boleh teka siapa karakter yang terlibat. Japgi diorang buat naya bagitahu pasal ni dekat pihak terlibat tak memasal femes satu spital. Eh kalau femes masuk tv takpe gak haha. Tapi kalau diorang dapat detect jugak aku harap simpan je la cerita ni kay. Aku taknak jadi femes.

Ada satu petang ni, time tu aku stay dekat ward lambat sikit. Sebab tengah tunggu kawan lagi sorang tu siapkan kerja dia. Aku stay dekat bilik tutor dengan dia. Sebab lama sangat tunggu dia aku round la ward kejap sambil-sambil nak baca bed ticket patient yang aku clerk tadi. Lepastu aku nampak sorg HO ni pegang purple tube nak ambik darah. Aku tanya HO tu,

'Dr, ada nak ambik darah ke? Nak tolong boleh?' Aku tanya la HO tu sebab aku tengok muka dia pun mcm penat gila. Plus time tu dah pukul 6 something like that. Sepatutnya dia dah balik dah pukul 5 sebab aku tahu dia tak oncall malam tu.

Dia pandang aku pastu dia angguk. 'Haah. Nak tolong eh? Awak tolong ambik darah Bed 3 boleh?'

Aku angguk sambil jawab boleh. Tapi belum sempat aku prepare brg, Ho tu cakap balik.

'Eh tapi Bed 3 tu nak ambik ABG. Awak tolong prepare tray je la boleh?' Aku angguk sambil jawab boleh. Kalau dia suruh aku ambik ABG (Arterial Blood Gases) pun, aku akan tolak punya. Gila kau sakit kot ambik ABG tu. Aku taknak tempah keranda petang-petang macam ni haha. Aku dah prepare aku bawak barang-barang pergi dekat Bed 3. Dekat bed tu dah ada sorang HO lain dengan KJ yang tunggu. Haa ni KJ bukan Abah Khairy Jamaluddin eh haha. Ni Ketua Jururawat haha. Satgi Abah cari aku pulak tetiba nama dia sangkut dalam cerita aku.

HO tu ambik tray dari aku sambil suruh aku tutup langsir keliling bed. KJ suruh aku masuk bilik prep ambik ais masuk dlm plastik biohazard. Bila aku bukak peti, ada 2 ketul je ais yang besar syiling doplohsen. Aku pun macam ehh kecik gilaa. Ada satu staff nurse datang, dia tanya aku cari apa. Aku bagitahu la KJ suruh ambik ais masuk plastik. Pastu staff nurse tu pun sama cari ice dengan aku. Tapi memang takde. Ada dua ketul tu je. Staff nurse tu suruh je aku bawak ais yang dua ketul tu pegi bed tu balik. Aku lari-lari kot pergi bed 3 tu, walaupun jarak dia alahai tak sampai 100 meter pun. Kalau sampai 100 meter aku rasa kena guna speed Khairul Hafiz Jantan. Sampai dekat bed, KJ tu macam gelak sebab tengok size ais yang tak meyakinkan tu. Yelah dah la 2 ketul, kecik pulak tu. 20 saat dah boleh cair.

HO tadi masukkan syringe yang dah ada darah tu dalam plastik bag yang ada ice tu. Ice tu fungsi dia nak jaga darah tu from rosak. Nak jaga temperature, oxidation semua. Situation time tu chaotic jugak la sebab KJ tgh bising-bising pasal ice takde. HO pulak tengah kabut ambik gauze plaster tgn patient semua. Time tu yang aku dengar ialah ice tak cukup dgn diorg suruh lari pergi kat bilik X. Mengikut pemahaman aku. Diorg duruh lari pergi bilik X untuk ambik ice. Aku lari lagi untuk kali kedua petang tu pegi bilik X ambik ice. Sampai dekat bilik X, aku cakap dengan staff nurse nak ambik ice semua pastu diorg bagi la dekat aku. Aku bawak plastic biohazard yang ada ice dgn syringe tu lari balik pegi dekat ward. Sampai ward, HO tu tengok aku still pegang plastik biohazard yg ada syringe tu pastu dia macam tergelak. Tetiba dia cakap,

'Eh, saya bukan suruh awak ambik ice, saya suruh run ABG.' Pastu dia macam gelak-gelak sikit. Pastu dia ambik plastik dekat tgn aku tu dia pulak lari pergi bilik X. Pastu aku macam clueless dekat depan pintu ward tu. Semua staff nurse pandang aku. Staff nurse tanya aku apa yang jadi. Aku cerita la. Pastu diorg pun gelak lepas aku cerita. Diorang cakap, 'Takpelah dik. Misscommunication je tu.'

Time tu aku rasa bersalah gila. Aku bersalah dekat HO and patient tu. Niat aku nak tolong HO, tapi end up macam lagi menyusahkan dia. Let's say darah tu rosak sebab ABG kena run within 10 minutes, HO tu kena ambik darah patient tu balik. Which is very inconveniet sebab sakit gilos. Even aku tak pernah kena tapi aku tahu sakit sebab everytime aku observe Dr buat ABG mesti patient macam tahan sakit gila. Lepas aku cerita dekat staff nurse tu, ada sorang registar dekat kaunter tu. Tau tak registrar tu cakap apa, 'Laa kesian patient kalau kena cucuk 2 kali.'

Haaa kau bertambah rasa serba salah aku. Time tu dah rasa nak terjun bangunan dah. Petang tu aku balik hidup aku tak tenteram sampai la esok paginya. Lepas balik ward tu aku terus cerita dekat Ati, aku rasa malu taknak masuk ward dah esok tu haha. Tapi aku rasa aku kena minta maaf dekat HO tu.

Esoknya aku masuk ward, aku pergi dekat kaunter sementara tunggu ward round, aku nampak HO tu tengah update bed ticket. Aku tunggu kejap sebab taknak kacau dia buat kerja. Tapi tak lama lepas tu ward round dah start so aku tak sempat nak minta maaf dekat dia. Lepas ward round tu aku pergi clerk patient dulu sbb aku tengok dia pun busy. Lepas clerk patient, aku nampak Ho tu tengah duduk kat kaunter still tengah buat kerja tapi nampak macam relax sikit dah. Tak macam tadi. Pastu aku pergi dekat kaunter,

'Errr Dr X, saya nak minta maaf pasal ABG semalam. Saya yang salah faham.' Lepastu dia jawab,

'Eh takpe. Takde masalah pun. Haaa, tapi saya ada kerja untuk awak sekarang.' Aku sebab dah rasa bersalah semalam kan, so aku rasa ni je la cara nak tebus kesalahan aku haha. HO tu minta tolong aku trace result 4 patient untuk pagi tu. Aku angguk sebab setakat trace result tu 5 minit siap.

Aku tak tahu iktibar apa yang aku dapat from this incident. Maybe to train me to understand orders correctly or it's just an ice breaker for me. Because after that, HO tu macam dah notice aku. So dia banyak suruh aku tolong dia buat kerja. Tapi yang simple-simple la. And i am more than happy to help because i can learn a lot. Dan dia pun tak lokek ilmu nak ajar. Lepas incident tu pun, staff nurse macam notice aku, jadi bila aku macam tanya benda yang tak faham pun diorg senang je nak jawab. Sampai boleh kamceng dengan diorg. Bila dalam ward, aku paling suka kalau kena buat kerja even setakat letak bed ticket dekat bed bila nak start ward round, even setakat tolong betulkan katil patient. Some of my friends said that it is not our job nak ambik bed ticket, nak tolong betulkan langsir, tolong betulkan katil, tolong off branula etc, tapi aku rasa benda kecik-kecik macam ni is compulsory kot kena tahu. So yeah i am okay with that.

Ada banyak lagi incident yang gives me a lot of knowledge on my soft skills. Nanti aku sambung lagi.

Wassalam

Monday 17 July 2017

HIATUS

Assalamualaikum and very good morning everyone !!



I know i've been in super duper long hiatus. It's one year and one month isn't it? I'm feeling sorry for myself and also to you guys(reader), if any. But, don't worry i'll tell what had happened in this one year and one month in this post together with the picture, also if any haha. This post might be long and super duper boring if i must say, i might need to refer to my twitter, because twitter holds more secret haha. So kita ikut kronologi la ehh, sambung from the last entry yang setahun lepas tadi tu haha. Ok let's start !!

So what was the previous entry talked about? Oh yeah, i was waiting for my 3rd year result. I was still in Bandung at that time. So apa jadi actually dengan result tu? Alhamdulillah, i passed all the papers and no need to resit for any of it. Time tu kan dah beli flight tiket balik Malaysia, gelabah tu lebih la sikit sebabnya, kalau kena resit paper dah kena change date. Nak tukar flight date kena bayar lagi. Mana nak cari duit, nak. So yeah, i am back for good :)

Oh tapi sebelum tu, sebenarnya masa tunggu result 2 minggu tu, i went to Bali actually hahaha. Did i told you guys? Rasanya tak pernah bagitahu haha. I've prepared another entry for that but yeah procrastinating at its best. Insyaa Allah i'll try to finish it within these 2 weeks.

We (me and Ku) decided that closing eyes in the new trend.

Greasy face of us yang baru lepas habis final paper terus ambik flight pergi Bali.

Kechak dance

Paragliding. I dont know who's up there because it's too high haha

Sea walking

Water blow

This is Tanah Lot if i'm not mistaken haha

Ini tak tahu la patung apa. But yeah, Bali has a lot of religious place. All places hold religious meaning.

Dah balik Malaysia, memang banyak duduk rumah je. Jarang sangat keluar. Iftar dekat luar pun jarang. Memang jimat duit betul la ni. Ok now i forgot what happen lepastu hahhaa. Anyway it feels good to be back for good. 3 years abroad definitely enough for me. And personally i dont want to go back to that place. Why? Simply because aku tak la suka sangat dekat sana. Maybe because banyak sangat kenangan pahit dekat sana. So yeah trauma. Pengalaman pahit apa? Along 3 years, dah pernah rasa kena left by someone, had a terrific journey masa pergi Ujung Genteng, rumah kena pecah, almost kena pick-pocket, pernah tengok org mengamuk baling batu baling parang and so much more. Masa rumah kena pecah tu, i was the first person who saw it, i had to report it to the police because sbb aku saksi pertama, being ignored by the policeman there, i got insomnia for 3 months straight. I cant fall asleep if everyone in the house sleeping. Selalunya kalau aku nak tidur sangat aku make sure there is someone in the house yang belum tidur, itupun tengah malam aku akan terbangun. Those were my dark times that i dont want to remember. I had never felt safe there.

Ok enough for that hahaa. Kan taknak ingat dah. Raya comes shortly after that.

Muka aku macam telur i dont care haha. Try cari gambar yang cantik tapi takde lol. Ini kampung belah ayah.

Ini kampung belah ibu. There should be ramai lagi cousin2, but yeap kitorg je yang gila camera haha

Try to look decent enough

Kan dah cakap gila camera

Kain baju tu is payung like, mean it's a lil bit tight at thigh and flare down. But yeah i managed to climb the tree.


After raya, (ok this is the most exciting part haha) we, as in me and Dadok went to Australia. Haaa finally after a long wayy planning for this, it comes to reality haha. I wont story much about our trip in this post, i'll prepare another entry special for this. Yeah same, hope to finish it as soon as possible haha. Kitorang masa tu seminggu, duduk dekat rumah sewa Jawa, kitorang tak pergi banyak tourist attraction place, we try to be a local here not a foreigner haha. Tapi everyday tu memang akan pergi satu tempat. Oh lupa kitorang sewa kereta kat sini. Personally i like Australia better than Bandung. This based on the weather, environment, people, daily activities and cleanliness. Semua orang tahu aku tak suka tempat yang crowded, yang kotor, semua orang tahu aku suka scenery, tempat-tempat yang tak crowded yang udara fresh, so Bandung tu memang dah jauh panggang dari ayam haha

KLIA2. Look how confident we are when Jawa said, 'sini dah tak sejuk dah. Takyah bawak baju sejuk pun takpe'.

Touched down. SEJUK NAMATEYY

Breakfast in between buildings and the ocean.

I'm in the middle.

UQ tour is about to begin.

Missing Aina in the pic. She was the one who took the picture.


Trip Australia ni pun memang dah bajet trip habis dah hahaha. Kitorang hari-hari masak, kalau nak keluar kitorang bawak bekal tau haha. Cuma ada la macam beli air semua. Pastu makan dekat The Shalom tu, Amin belanja kakakakkaa. Berani dia tak belanja aku, aku balik report dekat Pak Ngah, aku dah bawak kuih raya dia kot haha. Oh sebenarnya masa dekat airport baru sampai tu, tengah tunggu luggage sekali tahu tak, luggage aku sangkut lol. Luggage aku dah sampai NZ kakakaka, so sehari la tak de baju segala. Jawa bawak aku pegi Coles (it's a supermarket, macam Giant la tapi lagi power), aku beli la baju kat situ. Macam drama sikit ah.

Tu malu ke tidur?


Ok balik dari Australia tu memang dah kena prepare nak start sem baru dekat HUKM. Yes everyone, now aku dekat HUKM. Already completed 1 year, so another 2 more. Masuk HUKM hujung bulan 8, we had some orientation, tapi tak la macam orientasi sekolah tu. Just dengar a few speeches and all done. Dah ready nak dengar kisah tonggang terbalik dekat HUKM ni? Kalau naik kapal agaknya dah karam.

Flashmob team yang tak tau macam mana tetiba termasuk team ni lol


Kitorang (the UNPAD batch) masuk HUKM as a 3rd year student. Dalam erti kata lain, kitorang ulang balik 3rd year. Kalau dekat UNPAD 3rd year tu masih teori, dekat HUKM 3rd year dah masuk klinikal. Jadilah kami, student clinical 3rd year. Third year ada 4 posting sahaja which are INTERNAL MEDICINE, JKM (some kind of public health), SURGERY AND O&G. Malas nak tulis O&G pepanjang sebab nanti kena check spelling. Aku start dengan JKM, the honeymoon posting la bak kata orang. Tapi percayalah cakap gue, apa-apa posting kau yang pertama akan jadi posting yang paling susah dalam hidup korang sebabnya dia posting pertama clinical years kau. Apalah sangat yang kau tahu.

Asal gambar ni shaking?! Lantak situ malas nak cari gambar lain

Posting JKM ni best bagi aku sebab aku boleh main volleyball petang-petang. Bukan sebab takde benda nak buat, kalau ikut banyakbenda nak buat tapi sbb kau bawah asrama ada tapak parking yang luas so kau pun bebas berlari sini-sana. Kalau dekat Midah, parking kau tu berbumbung, belum sempat bola tu projectile motion dah terlanggar bumbung. Haa over aku. Plus aku boleh joging petang-petang sebab kawasan asrama tu dalam kawasan kampung so kalau joging situ takdelah asik rasa nak tercampak bila lori hantu lalu sebelah. And another thing yang aku suka is, bila dekat JKM, tak duduk HUKM, kena pergi Beranang for 7 weeks. Beranang ni is ery quiet, calm and peace, opposite dengan hectic, busy HUKM tu. So again, me being me, aku suka Beranang lebih la.

Pergi buat survey to each house panas-panas.

Intervention day.

Aktiviti sampingan JKM ialah panjat Bukit Broga.

Just want to show the Beranang environment.

Posting kedua aku ialah Internal Medicine (medical) aka posting paling susah dalah hidup. Apa yang susah, susah la sebab ada banyak ward, sakit kaki woo nak pusing semua ward hari-hari. Kat ward buat apa? Buat la apa yang boleh. Posting medical ni jadi best sebab supervisor aku best. Kenapa best? Sebab dia baik, bijak, berjaya, cantik, lembut, very affectionate person, tak pernah marah, tegur secara paling berkesan, dan suka sangat teaching ikut western style. I like it. Bukan nak cakap cara kita belajar salah. Tapi tengok la orang putih kalau mengajar mana ada nak marah-marah dia tegur secara berkesan. supervisor aku pernah jadi clinical lecturer dekat John Hopkins Medical School. kalau kau rasa benda tu tak berapa nak power, aku cadang kau try hafal Lights criteria dalam masa 10 saat.

Hmmm time Medical tak banyak gambar sebab busy adapt dengan hospital environment haha.

Ohh we have one here. This was taken in front of toilet before we went to workshop haha


Posting ketiga, Surgery. My favourite posting. Aku rasa Grey's Anatomy ada kena mengena dalam pemilihan aku ni. From large group we were divided into smaller group based on department. So me in hepatobiliary team. Ye hati kakak sudah dijajah haha. Hepato itu hati ye, heart itu jantung. Time surgery aku banyak join ward round specialist and registrar, aku rasa benda tu sangat bermanfaat sampai skrg, banyak benda-benda simple yang keluar exam, yang kau kena tahu boleh dapat dari ward round. The first week memang lah kau blur sebab sometimes diorang cakap perlahan sikit, pastu tetiba ada term yang macam bunyi bahasa Kazakhstan, its okay, you will learn it slowly. Dekat surgery la boleh nampak macam-macam procedure and barang yang selalu nampak kat tv haha. STO, ABG (dekat medical pun banyak), CNS (sama dekat medical pun banyak), scope, NGT, sliding scale, wound dressing, stoma, nak tgk org takde scalp, nk tgk org ada hernia, nak tgk org jaundice pun banyak, nak tgk breast tumor, kau nak tgk apa semua ada kat situ. Lagi best surgery ni 2 ward je, so tak la sakit kaki kakakakaka. Boleh masuk OT, tengok operation. Aku suka tgk operation walaupun aku tak faham tu mende apa sebab semua sama je warna merah kakakkaa. Aku rasa cool boleh ingat semua jenis nama gunting, pisau, ehh yang aku ingat gunting kain ibu jangan kau guna buat gunting sirip ikan hahaha. Mengamuk tak berkesudahan dia.

Us watching movie? Naaa, nope. We were watching ERCP.

Our movie, literally

Dija nak ambik gambar, i said okay one snap je. Shaking ke apa ke lantak situ. This was at the end of the day, that explains my tudung was so serabai.

OT ootd. This was me during laparoscopic cholecystectomy operation that turns into open cholecystectomy. The supposed to be 1 hour procedure jadi 5 hours and half. This picture was taken outside the OT room because i just couldn't stand the temperature. Bilik OT adalah sangat sejuk gilosss. Aku tak tahu macam mana surgeon boleh tahan berbelas jam dalam tu.


Posting terakhir,O&G. Posting yang paling so-so bagi aku. Sebab semua orang tahu aku tak suka sangat O&G. Tapi at one point, best jugak lah. Sebab dalam group aku ada Tian Lee. Manusia bijak bestari, makan minyak ikan 10 tong sehari agaknya dia ni haha. Tapi duduk O&G ni cuak sebab semua doktor garang hahaha. Aku tak rasa la diorg garang gila tapi diorang tegas lebih la dari doktor dekat department lain. Doktor paling cool semuanya dekat surgery rasanya haha. Dekat O&G, tak banyak la persitiwa menarik selain daripada klinik dari pukul 9 pagi sampai 3 petang non stop. Bila aku sebut klinik kau kena faham berdiri dia lama haha. Memang leg day betul haha. Oh lupa, dekat O&G kena masuk ward bersalin dan tgk org bersalin. So ye, aku dah banyak kali tgk orang bersalin. Normal delivery, c-sec, cord round neck pernah tengok. Twins aku pernah examine je. Forcep delivery tak pernah. Lepastu dekat O&G ada oncall. Eh surgery ada jugak oncall. Tapi O&G punya oncall lagi banyak dari surgery.


Its 10pm and we were still in the ward. Thus explains why the picture is shaking.

This is Arif, during routine grand ward round every Friday, presenting his case to the specialists.

Orange ward

This is life when final exam is just around the corner.

Orange ward clan.

Life during O&G mainly circling around ward round, grand ward round, lectures, clinic, tutorial, updating patient's board and workshop. Life was hectic throughout all 4 postings. Hopefully 4th year would be much easier for us to handle.


Ok done about all 4 postingsss. Sekarang kita bergerak-gerak khas -_-
On March, we were invited to Uji's wedding. Alhamdulillah, all my friends dah grown up. Ada yang dah kawin, ada yang dah ada anak lagi. Time is passing by.

With the bride.

Congratulations Uji and husband !!


Embam dah mati :) that was the saddest news for our family during this one year. Embam tu memang satu family sayang dia, even ayah. Ayah ialah orang yang malas layan kucing-kucing, selalu yang layan kucing ibu je, aku pun kengkadang malas. Tapi exceptional dekat Embam. Kalau Embam tidur atas katil, ayah tak kisah sangat, tapi klaau kucing lain tidur, haaa nanti dengar la ada orang gaduh dengan kucing haha. Ibu menangis seminggu time Embam mati tu. Everytime call ibu je, ibu nangis sebab sedih sangat. So ayah pun tanam Embam betul-betul dekattepi rumah. Selalu kalau ada kucing mati, ayah tanam dekat semak depan rumah.

Hmmm apa lagi eh? Teruk nak fikir ni apa jadi dalam masa setahun.

Oh trip Pulau Perhentian. Finally aku dah pergi Pulau Perhentian. Berzaman aku simpan angan-angan nak persi situ haha. Aku pergi masa tu lepas posting Surgery. Ada cuti seminggu tu yang pergi kejap tu. Pergi dengan geng posting. Yang ni pun aku taknak cerita kat sini, itu nanti buat entry lain hahaha. Pokoknya, semua yang holiday aku letak entry lain hahaha. Nah sikit je gambar haha

This is like half of the trip members haha. Safiyyah join trip tau haa jangan memain

I love the combination of the colour. Nanti kalau tetiba aku bawak diri tu semua orang boleh la cari dekat Perhentian.

No filter.

Everyone try nak jadi ikan. Sam, what are you doing omg ?!!

Peyi and Hamie.

I am actually having short term memory loss about what happen within one year. To make my memory function again, i'll put any random picture and if there's any story behind it, i'll share together with the picture. Nampak pemalas naww

This was during MIVG. So basically Sam paksa aku masuk bowling for MIVG. My last bowling tournament probably like 10 years ago, and after that i dont really play it because of time contraint. Sebab rasa bersalah dekat Sam, aku masuk jugak. Tak sangka kitorg menang gold hahaha.

UKM team.

Ini time celebrate birthday Dadok. She's finally in love with sushi after some time haha.


This is my volleyball team for T-super. We managed to get 3rd place, alhamdulillah.

Ahhh action sikit hahaha.

Ada lagi satu kenduri. Ini kenduri Khairun Nisa, another primary school mate. Congrats both of you.

This was us being us.

Ok this is my volleyball team during SUKEM. Ramai kan chinese, they were super nice and lawak. Especially, bila aku or elie buat mistake je, Schei Pei mesti cakap Sis, bangun sis. Aku paling tak boleh bla kalau dia cakap sis, it's like she tried to be serious but it turned out to be hilarious haha

Ini team bola tampar yang ketiga. This is MIVG team. Banyak team enn. Mana tak jammed whatsapp aku haha

Ni last la, tak pernah orang sambut birthday aku datang rumah buat surprise. My birthday was during the first week of O&G. Imagine the hecticness. Hari jumaat tu memang plan nak balik rumah, balik tgk rumah takde orang. Dah nak down dah sbb dah la birthday tapi takde orang pun nak sambut haha. Sekali tu ada orang ketuk pintu, haa ni budak berdua ni dtg bawak kek. I was like revive from my depressive state tau tak haha. That explains my face haha

Finally, dah habis. Basically this was all major event that happened. Maybe ada lagi yang aku terlupa tapi takpelah, dah lupa kan hahaha. 

I dont know when will i update my blog again, but surely i'll try my very best. Semoga dengan cuti sampai bulan 9 ni banyak la semangat nak update blog datang haha

SEKIAN
Adios.