Dah setengah Ramadhan ni, macam mana puasa semua orang ? Yang dah ada ponteng2 ni kita bakor jee hahahaha
Sepanjang puasa ni dah 2-3 kali dah aku buka kat luar haha. Yang paling recent is semalam yang macam orang gila pegi buka kat KLIA sebab nak tunggu sambal pecel lele sampai dari Bandung. Cemerlang ke tidak seorang Nurulain Hanani, cemerlang ke tidakkk ??!!
Kelako ang tau dak. Aku dah masak dah sebenarnya. Pastu masa nak keluar ambik Aca baru teringat yang harini aku kena ambik sambal pecel lele. Flight Dijah sampai dalam pukul 7.20. So aku dengan tak berapa nak cemerlang ni, pergi ajak ibu dengan Aca ikut pegi KLIA. Yang paling tak tahan tu dah masak dah kat rumah haihhh. Tapi tak pelah. Yang penting iollssss dah dapat sambal pecel lele iolllssss kekekeke
Tak sampai sebulan dah rindu sambal pecel lele kekekkee.
Tapi itu bukan main topic yang kita bakal bahaskan harini. Topic harini ialah berkaitan steamboat. Whoever that knows who i am, they will know my obsession towards steamboat and seafood kakakaka. Aku sangat suka steamboat. Sebab pertama, dia seafood. Sebab kedua, dia buffet. Which means, aku boleh makan sampai perut meletup yassss !!!! Katakan ini suatu kejayaan kekekeke
So last wednesday, aku iftar dengan tak lain tak bukan dengan Razi 2 yang paling awesome. Tapi yang paling awesome among us , mestilah aku kakakaka. Sorry girls *gelak jantan*.
Macam biasa, kitorang mestilah nak makan makanan yang murah and banyak and boleh makan sampai muntah, thats why we choose steamboat. Kenapa tak pilih Seoul Garden yang lagi hipster ? Sebab dia lagi mahal dari Flamming by RM20. So which one menjadi pilihan hati. Of course yang murah hahaha.
Keluar rumah pukul 1.30 lepas aku kelam kabut buat choco moist untuk diorang ni haa. Tulahhh pepagi kau melepet je depan tv. Dah pukul 11.30 baru nak buat dengan barang tak cukup semua. Macam lipas kudung aku buat kerja hahahah. Sampai aku paksa bibik pegi beli telur kakakaka.
I fetched Izzatul first dekat Kota Warisan. After that baru ambik Teha dekat Saujana Impian. After that we went to Sunway Pyramid. Sebab dah janji dengan Neb nak jumpa kat sini nak tengok Poltergeist pukul 3.30. Sampai Sunway Pyramid pun dah pukul 3.15 camtu. Parking penuh gila bak ang. Aku tak tahu apa orang buat dekat Sunway puasa2 ni. Hahaha cakap orang padahal aku pun sama kakakaka. What makes it more weird is. Parking penuh tapi dalam mall tu takde orang pun. Diorang nyorok dekat mana pun aku tak tahu. Ice skating pun takde orang lol. Diorang pegi Sunway Lagoon kot minum ayaq kakakaka.
Muka baru habis tengok Poltergeist. Cubaan nak buat muka ayu : failed ! hahahahah
Lepas tengok Poltergeist, we still have 2 hours before iftar. So kitorang merayap satu Sunway Pyramid padahal tak beli pape pun. We actually want to have a chat je. Nak borak lama-lama, buat lawak haram sampai penat. So sambil jalan sambil la borak2. Nak makan tak boleh so kitorang jalan hahaha. Janji dengan Raihan nak jumpa dekat Flamming time buka since kitorang dah reserved. Tak kisah sangat la kalau datang lambat pun.
Strolling around the mall. Candid attempt : failed !! *Zatul you are so fanneyhhh*
Kitorang solat maghrib dekat Sunway Pyramid dulu baru gerak pergi Flamming. Teha naik kereta dengan Neb. Aku naik kereta dengan Zatul pergi Flamming. Masalah bila sampai dekat Flamming ialah parking. Pastu time cari parking ni lah aku rasa menyesal sebab tak datang awal. Kalau datang awal boleh la dapat parking senang. Ni dah lambat, haaa ambik parking jauh gila hahaha.
Neb dengan Teha bising sebab muka diorang kena asap. Haaa sape suruh duduk depan stove kakakaka
Tapi takpelahh dah sampai dah pun. Steamboat Flamming ni aku suka sebab makanan dia banyak. Variety sangat. Air dia pun banyak. Siap ada ABC, lai chi kang, air gas, air panas haaa memang semua ada la. Ada ice jangan risau so korang boleh ambik seberapa banyak mana ice korang nak.
Dari segi steamboat dia pun memang banyak sangat. Ada yang aku tak penah nampak pun ada hahaha. Since aku kan memang dah melawat banyak kedai steamboat hahaha. Ada dimsum, ada seafood yang best-best. Kuah dia sedap. Sos dia pun banyak gilaaaaaaa !!! Sampai pening nak pilih sos. Memang best la steamboat dia. Sayur pun memacam sayur adaaaa.
Ni time ni semua orang dah kenyang dah ni. Pinggan semua dah
licin haaa. Pastu buat second round kekeke
Pastu yang paling best dia ialah dia punya dessert. Seronok sangat dessert dia. Ada chocolate fondue kauuu !!! Ada marshmallow, fingers biscuit, ice cream, fruits.. Ice cream dia sampai 10 jenisss tau takkk !!!! Tapi time tu aku tak makan ice cream sebab perut aku macam nak meletup dah hahahaha. Lagipun masa nak cari parking tu si Zatul ni dah menyumbat Auntie Anne dalam mulut. Dah puas mengunyah dah rasanya hahaha.
Dimsum dia sedap sangat. Aku jarang makan dimsum. Tapi pernah la makan 2-3 kali. Aku pernah makan dimsum yang macam tak masak sangat lepastu ada bau hanyir la apa la. Tapi yang ni sedap la. Tak hanyir. Well cooked. Sedap ahh sedap sangat.
Kitorang paksa waiter tu ambikkan gambar and we dont care what people says kakaka
And guess what ? Harga dia RM 35 ringgit je. Ye dah masuk GST dahh hahahaha. Ada certain places steamboat tu dia tak sediakan air sekali. Kalau dia bagi air pun usually dia bagi air masak je. Tapi yang kat sini banyak gila air. Perut penuh air je hahahaha.
Alhamdulillah. Good food. Awesome people. Favorite time.
The most favourite RATU of mine !! You will always be my RATU hahaha
HIDUP RAZI !!
kakakakakakakaka
Seoul Garden pun aku rasa tak sebest ni hahaha. Dahlah mahal pulak tu hahaha. Tapi kalau nak rasa hipster boleh la makan seoul garden. Tapi selalunya orang hipster tak makan banyak macam aku hahaha. Rugi je bayar sampai 50 hinggit tapi tak makan macam bela hantu raya ennn.
Aku nak jugak letak gambar ni sebab muka Raihan paling depan kakakaka
From 13 to 21 *lots of love*
from left : me, Teha, Raihan, Neb and Zatul
Bila duduk-duduk borak semua tu. Kitorang sendiri pun tak sangka kitorang dah 21. Jumpa setahun sekali je. Masa kat Semashur dulu, pagi petang siang malam mengadap muka diorang ni. Sampai dah naik boring hahaha. Bangun subuh tengok muka singa diorang, dah lights off nak tidur dah pun still dengar diorang punya suara. Dah nak tidur punkerja nak buat lawak lol. Padahal dah duduk atas katil memasing, dah tarik selimut dah semua. So the good old times never dies ehhh :)
Dengan diorang la aku jadi tak matang. Main princess-princess, main buaya-buaya atas katil, main makeup, buat kerja Razi sesama. Fikir cheer baru utk homeroom sesama, siapkan props hari sukan sampai pagi tak tidur sesama ahh memacam la. Belajar pun sesama. Aku suka paksa diorang stay up dulu kakakaka Diorang ni dulu semua pepandai. Aku je bebal sikit sebab tu aku stay up haha.
Pastu diorang ni la yang pernah membususkkan aku birthday dulu. Dahlah pegi announce aku bawak fon kat tengah assembly, lepastu pegi tenyeh kek basi dekat muka. Habis rambut iollsss. 3 hari 3 malam basuh rambut tak hilang bau lol. Kitorang jarang cakap pasal gosip, pasal problem or anything yang unrelated to us kalau spent time together, kitorang more to merepek, meraban, buat lawak, bertekak sampai sakit perut gelak. Yang bertekak tu selalu aktiviti Neb dengan Raihan haha.
Rindu sangat waktu dulu-dulu. Maybe sebab most of the times, aku spent masa dengan diorang kot. 5 tahun kot sama dorm mana taknya hahaha.
so here we go the entry for today. Flamming best. Razi 2 best. Semuanya best. In our life, we might lose someone or something, but believe that sometimes we have to lose something to discover more wonderful things. So cheerss people :)))
Till then, See yaaaa
Assalamualaikum
p/s : jangan lupa puasa. Puasa belum habis lagi hahahaha









No comments:
Post a Comment