Tuesday, 28 July 2015

Ke Krabi Ke Kita - Part 1



Assalamualaikum wbt

Ni baru betul blog dah bersawang. Blog ternak spider. Aku ternak lemak. Makan tak berhenti. Sikit lagi boleh dah masuk pertandingan makan.

Dah nak masuk 2 minggu raya kan. Harini raya ke-12. Setakat ni aku masih suci daripada puasa 6. Huwarghhh bila tah nak start. Nak start tapi hari-hari ada je makanan-makanan yang sedap. Mana boleh jadi macam ni. Polis patut saman orang yang masak sedap-sedap ni. Bukan setakat saman orang yang memandu melebihi had laju macam aku ni hahhaha

Entry harini aku nak cerita pasal percutian di hari raya aku. Orang beraya aku pergi bercuti kan. Mestilah, tiket murah kot hahaha.
Kalau tahun lepas cuti sem aku pergi Singapore, kali ni aku pergi Thailand. Dah pakar dah cakap thai ? eleh kacang je. Kitorang siap bawak dictionary tau haaa. So bila aku pergi? haaa khamis minggu lepas aku pergi. Isnin minggu ni baru balik. Sebab tu burn lebih. Kakakakakka

Sawadekhaaa !!!

Haaaa tu je aku tau hahaha

So kita cerita dari mula la ye.

Sebenarnya plan nak pergi Krabi ni dah timbul dari tahun lepas lagi. Lepas pergi Singapore tu terus datang plan nak pergi Krabi. Aku memang target tetiap tahun nak pergi bercuti. Sebab tu aku jarang shopping masa dekat Bandung hahaha. Aku ada satu perangai pelik which is aku tak suka berjalan dalam satu negara yang aku tinggal. Let say aku duduk dekat Bandung. Aku tak suka jalan-jalan sekitar Indonesia. Aku suka pergi negara lain. Same goes kalau aku duduk dekat Malaysia.

Plan awalnya, trip pergi Krabi ni ada aku, Dab, Isham dengan Acap. Tapi bila dah last-last tuh Isham dengan Acap tak pergi. Orang lain yang pergi. Kitorang beli flight ticket masa awal bulan puasa masa tu. time tu tengah promo so kitorang dapat RM 164.00 return untuk seorang.
Owh lupa nak bagitahu, masa nak beli flight ticket tu pun ada masalah jugak kakaka. Sebabnya, konflik tak tahu nak pakai bank siapa dulu haha. Lepastu kelam kabut nak kejar dateline promo. Sampai kitorang dah cancel plan nak pergi Krabi sebab takde bank yang ‘berisi’ haha. At last settle jugak. So truip kali ni dikuasai oleh 7 orang. 3 perempuan (era, dab, aku 4 lelak (haikal, burn, hilmi, shabby) .
Ini selfie flight delay. So this is 7 of us. 

Dah settle flight ticket. Pecah otak fikir hotel pulak. Mana taknya, takut sangat kalau semua hotel full kan. Sebab at first kitorang fikir tengah cuti sem. Mestilah ramai orang tengah bercuti. Student especially. Pastu tengah raya pulak. Lagi la ramai orang cuti. Kitorang book hotel guna agoda dengan booking.com je. Memang boleh percaya la dengan diorang. Sebab masa memula aku nak book hotel guna agoda dengan booking.com ni aku pun macam was-was jugak. Yelah takut nanti booking aku tak masuk ke apa ke kan. Tapi ok je sebenarnya. Boleh bayar online guna credit card or debit card. Aku yang takde credit card ni, aku lebur je lah debit card. Tekan sana, tekan sini dah siap. Dah boleh la packing bag. Bawak makanan banyak-banyak sikit boleh la cut cost makanan.

Haikal kalau suruh berlakon dia suka hmmm



Menung apa Haikal?

Nama hotel kitorang ialah 3 Bees Guesthouse. Time booking tu korang boleh la pilih hotel yang mana yang berkenan di hati. First tip, pilih hotel yang dekat dengan Aonang Beach. Jangan book hotel dekat Krabi Town sebab dekat situ takde pape. Second tip, lagi dekat hotel dengan pantai lagi mahal harga dia. Sebab kita bayar harga scenery hahaha. Walaupun alam itu kepunyaan Allah tapi manusia ni suka mengambil kesempatan haaa kau.


Finally, boardinggggggg


Hotel aku tu jarak dia 1km daripada pantai. Jauh kan? Memula rasa jauh jugak. Tapi jangan risau, lepas 2-3 kali kau ulang alik, dia sebenarnya takdelah jauh mana pun. Lagipun ada tuk-tuk kalau malas sangat nak jalan, bayar je 30 baht. Aonang Beach ni memang attraction place dia. Sepanjang 500 meter dari Aonang Beach tu lah ada banyak restoran, hotel, bar, tempat urut dan sebagainya. Memang gempak lah situ. Ada mcd, starbucks, pizza dan macam-macam lagi. Seven eleven pun berlambak. So nasihat aku, carilah hotel yang dekat dengan pantai. Book awal untuk dapat harga yang murah. Survey dari macam-macam website untuk compare harga contohnya agoda, booking.com, trivago dan expedia.


Sikit lagi nak sampai skit laagiii haha

Tapi hotel kitorang tu even jauh sikit dari pantai tapi sangat comfortable. Ada aircond, ada tv, bilik dia selesa, tak bising sangat sebab jauh dari pantai. Basically kitorang puas hati sangat dengan hotel.
Jadi sekarang mari mulakan pengembaraan, flight kitorang pukul 4.15 petang hari Khamis (23 July). Tapi flight delay sampai pukul 5.15. Sampai dekat airport Krabi pukul 6.00 petang. Perjalanan flight tu ambik masa satu jam 45 minit tak silap. Lepastu Thailand dia lambat 1 jam dari Malaysia.
Dari airport Krabi, kitorang ambik shuttle. Shuttle tu memang dah ditempah awal, since dekat Malaysia. So turun je dekat airport cari je orang yang pegang placard nama kita. So tak lah susah nk cari van dengan bas lagi. Untuk shuttle tu boleh book dekat www.krabishuttle.com . One way 750 baht untuk minibus 8 orang. Bagi aku kira okay la tu.

Dah sampai alhamdulillah. Dalam shuttle ni ada wifi. Gila tak seronok hahahaha. Baru boleh swarmapp hahaha

Selfie depan hotel. Ini lobi hotel. Tak mewah tapi ok lah. Hotel harga 40 ringgit sebilik. Ok apa. Bajet kitorang pun tak lah besar. dapat tidur, selesa pun dah okay dah

Pukul 6.30 sampai dekat hotel. Masa nak check in hotel ni aku cuak jugak sebab aku takut booking aku tak masuk kan. Tapi masa aku sampai tu orang tu tak tanya banyak pun. Dia tanya nama aku pastu dia terus tahu pasal booking aku. Semua dah siap dah. Means dia memang tunggu kita datang. Terus dia bagi kunci bilik, terang sikit pasal pakej-pakej yang dia ada. Pastu kitorang naik bilik.
Lepas mandi, solat, rehat sikit, pukul 8.00 malam kitorang jalan cari makanan dengan cari pakej-pakej island tour dekat sepanjang Aonang Beach tu. Makanan dekat Krabi ni mahal sikit bagi aku. Sebab nasi goreng biasa-biasa tu pun diorang jual 80 baht/Rm 8. Dekat Malaysia 4 hinggit je kan haha

Malam tu kitorang more to like jalan-jalan nak survey tempat je. Tengok la Krabi ni macam mana sebenarnya hahaha. Tak jumpa pun pakej yang berkenan di hati. Maka kitorang pun balik la dengan hati yang kecewa hahahah


Ini tempat buat air. Free. Minum la seberapa banyak air korang nak.

 Jalan-jalan mencari pakej.Ini gambar hari ketiga dah ni hahahah

 Dulu memula sebelum sampai Krabi aku bayangkan jalan dekat Krabi ni sempit macam jalan dekat Bandung. Rupanya jalan dia besar sama macam Malaysia. Power jugak Krabi ni hahah





Ini dah masuk hari keeeee-2 jugak. Minum sebelum jalan 1km.
so dari kiri (dab, era, haikal( yg buat peace), hilmi, burn(yg pegang roti) and shebby)


Dah habis hari pertama kita di Krabi hahahaha
Nantikan update part yang seterusnya weeee
Part yang seterusnya, sila ikut link ni Ke Krabi Ke Kita - Part 2 (Island Hopping)

Till then, wassalam

No comments:

Post a Comment