Saturday, 24 May 2014

Mari kita main lumba lari sampai pengsan -__-

Assalamualaikum wbt..

Hye alll <3333

Masalah ? Memang. Muahahaha...
Aku promised entry kali ni takde cerita mende-mende merapu mintak terajang kihkihkih. Kau ingat aku lifeless sangat takde keje nak sedih manjang haa ?

What i am up to ?

Sibuk nak exam. The exam is just one week away. Haaa cuak tak ??? Sapa tak cuak aku nak tikam dia 44 kali -_- Aku tengah cari idea lagi cemana nak kejar 13 case. Aku fikir boleh tak main taram je bebel-bebel pastu berlakon sikit depan examiner time evaluation skills lab. Takpun aku nak guna ramalan bomoh kelapa time jawab 1000 MCQ. Gila ! Ini semua gila. Salah aku la sebab tak buat preparation awal : ((

Yela aku mengaku. Lepas ni aku tak buat lagi. Ecehhhh.... yela sangat. Kihkihkih. Seronok kot belajar last minute muahahaha. Aku rasa nanti time cuti aku nak buat part time jadi cikgu la kahkahkah. Nak test sikit ada bakat tak ? Tapi aku rasa student aku semua lari kot sebab cikgu garang macam nak telan singa.

Walaupun dengan exam yang tinggal sekangkang kera ni aku masih lagi gigih scroll TL dan juga facebook. Bukan tu je aku sempat lagi update blog ni haaa. Haa kau jangan memain. Bukan apa, buku tetebal tu macam tak berapa nak menarik sangat. Haaaa tudiaaaaa salah kan buku.

This week kecoh dekat uni aku pasal case budak malaysia kena rompak tu. And disebabkan tu banyak impact yang jadi dekat kitorang antaranya, kitorang kena perintah berkurung ( no more activities after 7.30 ), no jalan sensorang, no keluar-keluar malam dan bermacam-macam lagi precaution yang kitorang kena buat.
Impact dari orang kat malaysia tak kurang hebatnya jugak. Whatsapp aku penuh notification sebab semua orang pesan macam-macam. Terharu kejap aku. Ramai yang sayang kat aku rupanya kihkihkih. Terima kasih. Aku tanak ulas or cerita apa-apa pasal case tu. Bukan sebab aku tak tahu memandangkan aku kenal juga si mangsa. Tapi aku taknak keruhkan keadaan and maybe cerita yag aku dapat tu tak betul ke sebenarnya. Kan dah jadi fitnah enn. Yang penting sekarang ni kalau korang kat memana pun korang hati-hati je lah ok. Mak aku pun dapat impact jugak, officemates, kampungmates, memasakmates ibu semua tanya aku ok ke tak, cemana aku dekat sini muahahahaah. Woahhhh ramai orang sayang aku kottt haha.

Gila over aku ! takde apa lahh insyaALLAH aku okay je kat sini. Tak lama lagi aku balik kita sembang kencang okay semua. Wat lek wat cool okayy. Aku pun dah jarang kuar malam dah sekarang, kalau dulu boleh la memalam pukul 12 tengah malam lari pegi jatos nak tengok midnight movie takpun pegi melepak dunkin donuts sampai 3-4 pagi. Tapi itupun kitorang angkut budak laki. Takdenya la kitorang nak jalan perempuan-perempuan je hihi. Tapi sekarang memang takde la nak keluar. Lagipun sibuk nak exam. Memalam semua jadi burung hantu dalam bilik. Jam biologi berterabur macam hape. Kalau tepu memalam buta pun takdenye nak buat keje gila pergi dunkin donut memalam lol.

Lagi-lagi kitorang baru habis kelas CESMED.  Aku buat CESMED sampai nangis-nangis kut. Dua malam tak tidur. Kau nak expect apa aku budak medic kot, pastu nak suruh aku buat income sheet, cashflow bagai. Nak buat marketing strategy berdasarkan buku teks. Dehekkk kehkehkeh. Memang la kitorang kuar air mata darah time buat tu. Nak main mogul simulation tu lagi satu hal macam nak kena penampo. Aku kan bila bukak laptop aku selalu scroll notes, nama-nama virus and penyakit yang tergeliat lidah juling anak mata nak sebut. Paling-paling extreme pun aku diagnose penyakit dalam tutor sampai pening sebab multiple disease pakai etiology unknown. Kitorang pantang betul kalau etiology unknown tu sebabnya kau nakbantai apa dekat pathogene dengan pathophysio haaa. Tapi bila CESMED dia suruh aku diagnose masalah dalam company dari segi marketing, operation dan finance bagai memang la aku lembap tahap siput patah kaki nak faham. Aku bagi budak finance and accounting main mogul tu pun sampai bankrupt company aku dia buat hahaha.

Takpelah dah berjaya habiskan pun kelas tu. No more accounting. No more financial strategy. No more marketing strategy. NO MORE !!! hahahahaa.... tau kan aku bukan otak business. After all aku bersyukur jugak la belajar benda tu. At least aku tahu la sikit-sikit so nanti kalau orang tanya takde la noob sangat. ennn. Sebab kalau kau perasan dekat social network mana ada orang tweet or post pasal financial strategy ke, pasal cemana nak baca cash flow, cemana nak buat operational strategy segala... kalau pasal medic or health news kau boleh jumpa belambak kan. And kalau ada pun not in simple words. Kalau medic news tu banyak je in simple words, contohnya 'orange is a good source of vit c'... ' salt can cause hypertension' and blablabla. Ang you will find none pasal accounts about that.


Tengok ibu baru buat lawak...

ibu : kakak punya telescope dah okay ke ?
me : haaa telescope ? stethoscope la bu -_- telescope tu nak tengok bintang.

Bolehlah bu bolehlahhh hahaha.. Kalau ibu nak akak ambik astronomy nnt habis medical degree akak sambung master astronomy pulak. Pastu nanti time PHD akak ambik business, accounts and finance pulak okay. Sambil-sambil PHD tu akak buat degree culinary kahkahkah. Anything for youu ibuu.  Haha

K sekian sahaja kisah saya membebel malam ini. Saya nak belajar kbai.