ASSALAMUALAIKUM WBT
hey people :)
Im back ? yelah sangat. I am not in the mood to open any medical books and stuffs related to medic. Apatah lagi buat revision. A big NO !
Tahu dah lama tak menulis, dah lama tak membebel and stuffs. Bila tengok balik last post tu was on May. 5 bulan hmmm..... lama jugak ehhh. Bila kata tak post entry tu means memang langsung tak bukak blog lah cerita dia kan haaa. So now, nak cerita masa cuti sem masa tu kita pegi USS. Haah USS yang dekat Singapore. Well actually the plan is to go to Pulau Perhentian. But, since dah kira cost makan, transport, tol dan segala kos mak nenek, we decided to go to Universal Studio Singapore. Kitorang pergi berempat. Naik kereta. Duit minyak dengan duit tol tu tong-tong la setiap sorang. And lagi senang je sebenarnya travel naik kereta sendiri sebab boleh berhenti memana korang nak.
Kitorang bertolak hari rabu. Tengahari dalam pukul 12 macam tu. Sebab pakai Altis so memang la geraknya dari rumah aku. Lepas renew road tax kereta tu, balik rumah kejap lepastu terus pecut pegi Shah Alam. Pergi rumah Izzati. Ambik Izzati dengan Shiko. Shiko memang dah sampai rumah Atie since malam before tu. Sebab plan asalnya nak bertolak malam tu tapi aku manusia kelabut abad millenium sebab tak perasan yang road tax kereta dah mati 2 days before. Padahal semalam tu aku melancong pegi Kl dengan Sunway Pyramid kot dengan muka tak bersalah haaa :)))
Around pukul 1.30 macam tu sampai rumah Atie, lepastu mak Atie suruh makan dulu. Solat Zuhur dulu semua. Sempat main dengan khayla demok hahahaha. Aku dah declare yang Khayla dah jadi kembar aku kekekeke. Lepas solat dah makan semua baru bertolak pegi Johor Bharu. Around pukul 2 kitorang bertolak. Masa tengah highway tu hujan dekat highway mana tah. So memang lah kena gerak slow2.

muka excited tak-boleh-blah
Sampai JB dah petang. Dah nak masuk maghrib pun haa. Sampai JB kitorang terus cari Tune hotel. Sebab malam tu kitorang memang dah discuss nak stay dekat tune hotel. Sampai dekat tune hotel, check in bilik semua. Lepastu kitorang beli tiket bas Odyssey dekat bawah bangunan tune hotel tu. So korang kalau nak pegi USS ni aku nasihatkan beli la tiket dekat Odyssey ni. Pejabat jualan dia serius dekat bangunan tune hotel juga. Sebelah 7E haa. Aku ingat lagi. Tap kalau korang ada plan nak pegi tempat lain dekat Singapore ni lepas pegi USS such as Orchard Road ke nak tengok singa tu ke aku tak nasihatkan korang naik Odyssey ni sebab :
1. Bas ni 2 way. Means bertolak dari tune hotel pukul 7 pagi terus pegi Sentosa World Hotel. Sampai sini naik escalator terus sampai USS. Pastu bas akan gerak dari sini balik JB pukul 7 petang.
2. Aku tahu korang takkan nak berjimba dalam USS ni setengah hari je. Dah masuk dalam ni korang tak sedar pun masa berlalu dengan begitu pantas haa.
Tapi boleh je kalau korang nak naik bas ni sampai Sentosa World Hotel tu pastu korang tak pergi USS and then ambik bas ke cab ke jalan kaki ke pegi tempat-tempat menarik around Singapore. Tapi by 7 pm dah kena ada dekat Sentosa balik la. K suka hati korang la nak buat macam mana. Lagi satu dekat Odyssey ni korang boleh beli tiket nak masuk USS sekali. Nak beli express ticket sekali pun boleh. Biasanya dia akan jual pakej tiket USS + transport pegi balik + voucher makan.
Lepas beli tiket semua kitorang masuk hotel. Mandi, solat maghrib pastu kemas-kemas barang untuk esok. Memandangkan semua orang lapar kitorang keluar pegi makan. Kitorang pegi JB City Square. Pegi melalut cari barang segala. Makan lah yang paling penting. We planned to watch a Step Up All In movie tapi yang paling bebal bila we bought a ticket at 11 tanpa memikirkan yang semua orang penat. Habis makan kitorang penat la merambu sebab nak tunggu pukul 11 tu at first. Kitorang habis makan masa tu pukul 9 kot baru. Mati akal nak buat apa dekat dalam mall tu nak tunggu lagi 2 jam nak tengok movie. And finally we decide to go back since everyone pun dah penat sebenarnya. Yelah kitorang dalam kereta for about 6 hours and then boleh pulak buat plan gila nak pegi tengok movie sampai pukul 1 pagi. Pastu tiket yang kitorang beli tu kitorang jual dekat one of the students yang ada dekat situ, Dia nak tengok wayang jugak so kitorang pegi jual kat dia. Sumpah lawak time tu hahaha.
Pukul 7 kitorang naik bas bergerak pegi Singapore. Jangan risau bas dia sangat selesa. Aku confirm malam before tu korang tak tidur sebab excited sangat so boleh tidur dalam bas. Seat dia sangat besar. Aircond sejuk haaa jangan risau. Tapi korang kean siap-siap prepare passport dengan pen untuk isi arrival card sebab nanti akan berhenti dekat kastam dengan imigresen. Kat situ semua orang nak cepat takut kau tertinggal je nanti. So prepare sesiap. Pen tu crucial memandangkan semua orang pun nak cepat so takut kau tak tahu nak pinjam dekat siapa je nanti. Tapi kalau naik dengan Odyssey ni biasanya dia akan bagi arrival card semua tu time beli tiket dekat kaunter. So sampai hotel je masa tu kitorang terus tulis and simpan passport sekali dengan card tu dekat satu tempat so senang nak ambik esok.
Dalam bas aircond kuat gila boleh beku, Kerusi boleh buat macam kerusi malas kat rumah kau tu haa. Naik turun siap ada tempat letak kaki. So kalau tak selesa jugak mungkin aku boleh suggest korang letak enjin dengan roda dekat katil rumah korang tu pastu naik tu masuk Singapore. Kan aku dah buat lawak hambar.
Kitorang sampai Singapore dalam pukul 10 pagi lebih kurang. Pastu kalau korang nak pegi USS tak guna gak kalau kau pacak depan USS lepas subuh sebab dia bukak pukul 10. LOL. So kitorang sampai was right on time jugak lah. Since dah ada tiket semua. Kitorang terus je masuk. Dekat entrance gate tu nanti dia bagi event schedule untuk hari tu. So boleh lah plan korang nak masuk mana dulu semua. Lepastu dia ada bagi map sekali. USS sangat besar sebenarnya. Korang takkan sempat nak habiskan dalam masa satu hari actually. So apa yang korang kena buat first ialah dapat map terus mark mana korang nak pegi, pukul berapa nak pegi synchronise kan dengan waktu events diorang. So takde la main macam orang gila tak tahu pape haha.
Masa kitorang sampai tu kitorang terus masuk SPECIAL EFFECTS punya performance. Best gilaaaaa wa cakap lu haaa !!! Rasa macam berlakon dalam movie tau tak haha. Splash air dia, pastu api-api lagi. Serious rasa macam Sarah Walker dalam cerita Chuck haha. K sebenarnya aku dah tak ingat sangat aku pergi mana je dekat situ hahaha. Takpelah aku tulis mana yang aku ingat je. Kakakakakaka
Lepastu kitorang main ACCELERATOR. Main pusing-pusing sampai pening tapi takdelah laju sangat pun dai pusing. Macam mainan kanak-kanak je. Kitorang pergi LOST WORLD, ANCIENT TIMES, WATERWORLD, FAR FAR AWAY, JURASSIC PARK, TRANSFORMERS, ROCK apa-tah-nama-dia. Tapi dekat ROCK apa-tah-nama-dia ni best sebab diorang buat performance. Diorang menari. Kau bayang je la diorang menari for 30 minutes weh. Stop for only 2 minutes each song macam tu, Dia ada banyak la character mumia, vampire apa tah lagi aku tak ingat. Tapi best la, Lepastu kitorang pegi mana ehh.. owh SHREK. Tu je rasanya.
Since kitorang pegi sini hari khamis so takdelah ramai sangat orang. Beratur tak lama sangat. Kalau korang malas nak beratur lama-lama boleh je beli express card. Aku nasihatkan korang beli la express card boleh main banyak games. Plus takdelah mahal sangat. Sebab kau pergi sekali je so use it to the max la. Lain la kalau kau ada plan nak pegi lain kali hahahaha.
Nah aku letak gambar banyak-banyak. Nnati aku eplain dekat gambar okay. Tapi gambar ni semua dari fon aku. So tak banyak sangat. Gambar yang banyak ada dekat DSLR which is not mine. And i dont know how to get that picture from them :(
presenting atie and shiko. Most beloved friends. Would die without them :)
time ni kitorang tengah beratur nak masuk SPECIAL EFFECTS. Pagi lagi muk pun segar lagi tak oily kakaka
So. The four of us :)
In front of the library-apa-tah-nama-dia. Ke bangunan apa tah ni. Tapi dekat sini la petang tu ada break dance performance. Swag sangat depaaa !!
The driver and the tour guide.
ini tak sure dekat mana. Tapi rasanya dekat Hollywood road. Or some road in New York rasanya.
OK nampak tak Bumblebee. Thats the Transformer building.
Shiko :)
The two awesome ladies.
Bumblebee's girl lulz haha
Precious people :)
Ni dekat ACCELERATOR. Yang pusing-pusing tu.
Ni dekat ANCIENT WOLRD. Nampak mumia gabak tu hahaha. *k aku tak tahu kenapa aku nampak tinggi tetiba kakaka
Ok now dekat Jurassic Park. Kena pakai poncho kalau tanak basah. So beli sesiap dekat msia k. Dekat daiso 5 hinggit je haha.
Makan time. Kitorang beli makanan guna voucher. Satu voucher 10 dolar. Kitorang beli 4 so ada 40dolar. Cukup je kalau untuk nak makan. Share2 la makan. Plus korang boleh bawak makanan dari msia macam roti ke coklat ke. Jangan bawak nasi lemak pulak haaa
Still dalam poncho sebab time petang tu gerimis sikit so kena pakai poncho haaa
FAR FAR AWAY
Tunggu turn nak main roller coaster. Even roller coaster tu pendek tapi kitorang still takut jugak, Tu belum roller coaster panjang lagi hahaha
Haaa ni la ROCK apa-tah-nama-dia tu. K aku ingat dah nama dia MONSTER ROCK !!! Ada dance performance. Serious best la kat sini
Excited sangat ni hahaha
Ni SCI FI CITY. Kitorang baru keluar dari naik TRANSFORMER. Transformer best sangat. Serious rasa macam dalam transformer hahaha.
Ni namanya merempat sementara tunggu nak masuk WATER WORLD. WATER WORLD pun best sangat.. bukan best sangat best gila haaaa. Kat sini kitorang makan lagi sebab voicher tu ada lagi
Lepas dah main ambik gambar semua tu, kitorang baru pegi beli souvenier. Kat sini banyak kedai souvenier. Macam every tempat ada. Aku nasihatkan kau tayah la singgah every kedai siuvenier tu sebab kat depan tu ada kedai yang besar gila. Dia comprse semua souvemier yang ada dekat USS tu. So jimat la masa korang daripada merambu pegi singgah semua kedai souvenier. Lepastu dekat kedai souvenier ni boleh guna master card tau. So swipe ajelah master card kau tu haha. Tayah susah-susah nak pegi tukar duit dolar singapore.
Kitorang bertolak balik pukul 7. Dalam bas semua tidur sebab penat gila. Plan asal kitorang nak balik malam tu jugak sebab kitorang book hotel untuk satu malam je. Pastu kitorang decide nak balik esok pagi tu sebab semua orang penat.
Kitorang book lagi satu hotel. Tapi bukan dekat tune hotel. Hotel tu dia depan Tune. Dekat je. Kitorang park kereta kat Tune pastu kitorang ambik kereta pergi dekat hotel tu. Kalau nak jalan kaki dari Tune pegi hotel tu pun boleh sebab dekat gila. Harga dia agak murah nak compare dengan Tune and more convenient la. Tune mahal sebab dia ada nama kan.
Esoknya kitorang vertolak balik dalam pukul 11 pagi. Hantar atie dekat shah alam. Lepastu hantar shiko dekat KL Sentral. Lepastu singgah Low Yatt sebab lapar nak makan. Lepastu baru aku balik. Sampai rumah around pukul 6 petang macam tu. And kena terima hakikat lagi 4 hari nak balik Bandung. Sad story ever hahaha.
So aku nak buat pembentangan bajet USS ni, so semua orang boleh turn on serious mode sekarang hahaaaa
Tiket USS + bas pegi-balik Singapore + voucher makan = RM 200/person
Tol pegi-balik = RM 100
Minyak pegi-balik = RM 150
Tune Hotel = RM 80/room
Hotel 2nd night *lupa nama hee* = RM 98/room
Extras (souvenier + makan+ bla bla bla) = RM 100/person
so, total bajet untuk setiap orang,
= 200 + 25 + 37.5 + 20 + 24.5 + 100
= RM 385.00
*aku nasihatkan korang prepare je dalam RM 500. Dah lebih dari cukup dah tu
Alhamdulillah berjaya update ni haaa. Sebenarnya banyak je lagi aku nak update tapi la nanti aku ada masa ehh haha. Semoga entry ni bermanfaat la untuk korang yang nak pegi USS tu. Aku nasihatkan jangan pergi hari weekend contoh macam jumaat, sabtu n ahad. Orang cuti nanti ramai pulak.
p/s : tunggu aku update aku pergi TRANS STUDIO, BOGOR, JOGJAKARTA dengan JAKARTA ok hehe. Tapi aku tak janji bila la, hahaha
Sekian wassalam :)
Have a nice day.






















