Thursday, 31 December 2015

Literally The Last Day of Being 21

Assalamualaikum wbt

2 weeks of exam had gone. One more week and home sweet home *lompat bintang*. Tak sabar nak balik. Tak sabar nak makan sedap-sedap without fikir duit tak cukup, makanan tak bersih kang diarrhea dan sebagainya. Semalam OSCE, we got 12 stations overall. Apart from 2 stations yang rasa macam kena repeat, the rest was okay lah. Taknak letak harapan tinggi-tinggi kang kalau jatuh sapa nak angkat. Dahlah berat muahahaha.

So today is 31 December 2015. The last day of 2015. First of alhamdulillah i am still given a chance to take a breath. A chance to still hear my own pulse instead of my patient's pulse wakakaka. To still have chance to meet my family. To spent time dengan family. Kalau nak reflect balik sebenarnya Tuhan tu bagi peluang untuk taubat. Kannn :(

Why literally? Yelah sebab birthday is on April. Kena tunggu birthday la baru legally 22 *insert twenty two by taylor swift* muahaha. Serius nanti time birthday nak nyanyi lagu Taylor Swift tu kuat-kuat bagi gegar satu Mulana kakaka.

2015. Taught me a lot. A lot more than before. Tahun yang penuh dengan emosi. Tahun yang penuh dengan ilmu survival yang sampai memakan diri. Masa first night of 2015 tu, aku ada tweet semoga all the pain yang ada during 2014 being taken away so that i have a blessed 2015. Tapi Tuhan lebih tahu. Kalau ada manusia yang perlu cara kasar untuk memajukan diri sendiri. Tapi Tuhan tu tak kasar. Dia bagi cara yang paling berkesan. Kita je tak nampak kann.

Kalau orang tanya sepanjang 21 ni, apa je impian yang dah capai? None. I still havent own my own car, my own house, a doctor tittle. Belum dapat spent time family that much. Belum hantar parents pergi haji and umrah. Belum dapat belikan parents apa to repay their sacrifice. Belum jadi a good person. Belum sepenuhnya jadi a good muslimah, a good girl. I dont own money. I still got dragged by my emotion sometimes. I cant control myslef. I dont wake up early to perform qiyam every night. I still fighting myself everyday bila nak tambah page tadarrus, instead of 5 pages a day, why not up 10 pages. Kadang tadarrus 10 pages, kadang 5 pages. I still havent give a lot. Selalu nampak orang minta sedekah, main lalu je kan ;(. Macam susah sangat nak keluarkan duit dalam purse bagi sedekah dekat orang.

Bila meroyan dekat Atie, dia meroyan kat aku balik masalahnya haha. Pantang betul bila buka instagram jumpa perempuan cantik. Insecure habis. Haha. Well its not beauty we are looking for. Bila tengok orang 21 dah ada duit sendiri dah boleh pergi jalan sana-sini of course we did want the same thing kan. Tapi everyone have their own priorities kot. Macam aku, ada duit lebih sikit i buy something for my siblings, ada org ada duit lebih sikit lebih suka spent to their self as a reward. Tak kisah pun. Mana-mana pun boleh. Impian orang masing-masing. Aku pun selalu buat self rewards jugak. Tapi bukan dengan duit la. Dengan tidur hahahaha. I value sleep so much kayyy. Dont disturb my sleep and my 'self'' time hahaha.

Tinggal lagi satu sem before balik UKM. Honestly i am both scared and happy. Happy la sebab finally i get reunite with my family after so long. I am finally live close to my family enn. 45 minutes distance. I count that as near. Tapi takut sebab dah nak masuk clinical. Cukup ke ilmu yang ada. Dah ready ke nak in contact with patient. Dah ready nak kena marah. Dah ready nak belajar macam tak cukup tanah bila nak exam. Sekarang pun sama juga study sampai nak meletup otak bila time exam but i believe things will get worse bila masuk clinical haha. Pastu dapat pulak berita nak masuk housemanship dah susah. Lagi la sakit kepala. Kalau aku, aku tak tahu macam mana nak react dengan benda alah tu. They are not supposed to do that screening kot. Sebab whatever happens everyone akan strive to pass the screening. No matter what. Semua orang akan buat everything supaya lepas screening tu. And what happen bila semua orang that good during the screening? Kena terima jugak kan masuk HO. I think the best way is to make more hospitals and more medical centre. Sebab lambakan graduate hanya akan selesai dengan adanya lambakan kerja.

Bila dengar news macam tu, i started to think about all the years im gonna spend during study. Its gonna be freaking 6 years kot. And turns out keluar tak dapat HO, tak dapat kerja. What is the meaning of all this? Siapa yang taknak rasa hasil lepas penat lelah 6 tahun. Tipu kalau taknak rasa. Maybe kalau tak dapat rasa for a long period pun at least give us some experience. Thats all i want. Experience. Belajar lama, kerja takde. Nak buat business? Celah mana lagi nak businessnya. Dah semua orang buat business haha.

Lepastu aku fikir, sementara nak beratur tunggu masuk HO tu maybe i can learn new skills muahaha. Belajar la apa-apa pun. Jual burger pun macam ok. Mungkin boleh bukak kedai jual aiskrim 20sen depan sekolah hahaha.

What more in 2015? 2015 taught me that dont put hope on people. Sebab tak semua orang tu memang destinied dengan kita. Maybe dia datang hanya sementara. Jangan terlalu bergantung dengan harapan. Hope will eat you back.

I have a crush on someone dulu la. Lepastu kena pulak kau Ain manusia jenis setia buta wakaka. So bila tunggu lama-lama orang ignore je, i started to get annoyed. Tapi sebab setia, i stay. Serius tak tahu saka setia mana aku dapat. Setia piang habih tu. Few years passed, tetiba we got close. Really close. Tapi tak tahulah kalau aku je yang rasa macam tu muahahaha. Maybe dia rasa we're just friends. Tapi got close nya tu setahun je lah. Lepastu he left. Dengan reason, kita kawan je. Ok la, i was so sad that time. Tapi few months and masuk a year after that, everything is under control. Sedih pun takdelah drag sampai tak makan, air mata nak meleleh je tiap masa and all the crazy stuffs masa mula-mula that thing happens. Lagi sedih lagi makan hahaha. No one has ever made me cry like that night. Tapi dia boleh *standing ovation*. For a year i hope he would come back tapi takde pun haha. So i learn to cope with everything.

Kalau orang tanya, have i moved on? I dont think i have, but i accept everything that happen and i continue my life. Plus aku ada impian yang aku sendiri nak capai. Aku ada life mission yang aku sendiri nak complete kan. So its a long wa journey. Ada ups and downs. Ada bumps here and there. Tapi i know i'll get something to learn out of it.

Basically 2015, jadikan aku lebih menghargai family. Tak depends dekat orang. Orang yang believe everything will be okay. And makes me more ambitious towards my life goals :)

Lepastu gigih la buat bucket list. Berangan lebih biasalah. I become stronger and tougher. 6 picks invisible hahaha. Overall its fine.

I hope 2016 would be more blessed for me. Semoga tahunn 2016 jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Aku jadi lebih baik, lebih rajin, tak malas, tak kuat makan, tak kuat tidur, tak kuat meroyan, tak selalu sedih, tak selalu homesick, makin pandai, makin cantik wakakakaka. Apapun harap semoga amalan sebelum dan selepas ni diterima. Inshaa Allah.

Happy New Year, everyone *yeay*
Semoga 2015 gives us memories we wont forget :)

To that person, i hope you are happy with your life. I hope you achieve what you dreamed for. Semoga menjadi insan yang terbaik untuk semua orang. Semoga your presence brighten up everyone's world. Jaga diri. Jangan selalu sakit. Jangan asik makan ayam je wakakaka. I hope for the best for you. Best of luck in everything you do insha Allah ;)

To Izzati, thank you for being there for me. Thank you for lift up my spirit whenever i am down. You're the only one who stays in my life throughout everything. You're the one continuously giving me powerful words yang aku boleh hadam and sedar diri. Contohnya "kau ingat kau cantik macam dia" hahaha. You're the only person yang aku boleh terima kalau bagi ayat-ayat macam tu haha. Thank you for reminds me bila aku dah jauh dari Tuhan. Thank you for everything you've done and give. Masa, kredit, telinga, shoulder, and everything. Thank you so much. I hope you would be here beside me until the rest of my life. Boleh tak nanti kubur kita sebelah-sebelah haha :)

Saturday, 26 December 2015

Exam Fever.

Assalamualaikum wbt

So im in the middle of examination weeks. Have 2 more weeks left. Most importantly dah habis SOOCA la cerita dia. Muahahaha sebab tu semua orang buat perangai macam exam dah habis, Melantak tidur umpama tiada hari esok. Padahal next week ada OSCE. K tetiba rasa berdosa. Sebab aku lah yang tidur umpama tiada hari esok tu.

I supposed to go back to attend my cousin's wedding. Tapi when i think of it, its kinda inappropriate kot nak nak balik tetengah exam week. Ceewahhhh padahal boleh je balik. Its inappropriate la untuk orang bebal macam aku ni haha. Belajar tak habis lagi dah nak balik sesuka hati haha. Disebabkan tu i've been tortured these few days dengan whatsapp group family. Mana taknya, semua nak post gambar sinoman. I feel bad. I feel sad.

Dua tiga hari ni rasa nak mengamuk je selalu. Emosi tak stabil la sebab dah kena toture dengan gambar-gambar macam tu. Dari dulu lagi selalu miss family's activity. Kalau nak tengok org yang tak ada tu tak payah tanya la siapa. Memang aku la. Maybe ada je orang yang tak kisah sangat if tak join activity family semua ni. But i care. I care because i love my family. I care sebab im a family girl. Dulu aku pun tak join sangat benda-benda family ni. Aku buat tak kisah je. But being far from your family for almost half of your life did that. Started since 13 years old. And now dah nak masuk 22 years old. Of course i wanna spent more time dengan family. 

At this point, aku selalu question diri sendiri. Kenapa accpet offer ni dulu? Kenapa tak accept offer UPU. Pastu bila fikir balik, its the same. Result UPU aku dapat dekat Sabah. There's no difference pun. Aku still kena balik naik flight. At the same now, Even dekat Sabah pun tengah exam.Well maybe exam tu tak stress macam exam skrg, but still i have to take a flight kalau nak balik.

And maybe at that time, aku terpengaruh dengan propaganda orang study dekat oversea dapat pergi jalan-jalan, dapat duit banyak, boleh post gambar dekat whatsapp group tunjuk pergi jalan dengan member and all that stuffs. Eventho time tu aku tahu je, oh ain you're not going to UK or US. Kau pergi Bandung je. Tapi aku still ada keyakinan ahh its okay boleh jugak jenjalan.

Well it turned out not the same like what i've expected. Haha. I've got a week full of class. Every single day. I got break on weekend. Yes of course. Tapi break time weekend tu time third year ni jelah baru dapatnya. Dulu time first and second year harapan je lah. Weekend we got UKM class from morning till evening. Both day saturday and sunday. Sometimes we've been too tired from all the class sampai rasa, 

'ahhh tanak lah pergi memana weekend ni. Nak duduk rumah je. Hari ni je boleh rehat.'

Kalau nak ikut, actually jadual class tu taklah pack sangat nak compare dengan certain med scholl dekat Msia yang aku dengar lecture sampai malam semua. Well basically kalau dekat Unpad ni everything is on your shoulder. Nak belajar silakan, yaknak belajar pun silakan. Kitorang takde assignment folio berlambak kena buat tu kena buat ni. But yes we did have case every week to cover. Open case hari isnin, tutup case hari jumaat. If case tu ada 2 meeting. Kalau case ada 3 meeting, korban lah lagi weekend. 

We dont have lecture as much as med school lain. Sampai bila exam tu you dont have to open all those thick books pun. It is true. I asked my friend from another med school in Msia, kalau exam macam mana study. Baca slide. Or baca notes from senior or pocket notes yang selalu jual compilation tu. Alaa korang mesti tahu notes2 yang korang compile tu. Im not saying tak bukak buku langsung, but their first source are the slides. But they have subjective paper kan time exam. K aku pun cuak kalau subjective exam. Yelah, nak goreng apa kalau tak tahu pape.

For us, kalau exam, we have to read books. Medicine text books yang tebal-tebal yang sometimes sampai 2000 pages tu. Yes we have to read that. We never read slides bila nak exam. We open books. So you must know the struggle to be handled with those books. We have past year questions. Yes we did. Tapi ikut nasib gak. Kengkadang soalan boleh je tak sama dengan past year. Oh itu untuk objective paper. 

To conclude, walaupun jadual classn tak berapa pack tapi it become horror bila exam. Oral exam? Tak payah cerita. OSCE? Pun tak payah sebut. 

So memang lain dengan apa yang aku imagine when people said pergi la oversea boleh jalan-jalan haha. Indonesia is a really big country tau. If you wanna go to some place, it is possible to take 2 days to arrive. Kalau tempat tu boleh naik flight takpelah. Kalau tak boleh nangis la. Because of that we have to think back about time. Imagine we only got two days untuk pergi tempat yang ambik masa nak sampai pun 2 days. Kalau tempat dekat-dekat tu tak payah cakap lah inshaa Allah dah habis khatam. Tapi tak share. Sebab apa? Sebab nothing to show. 

Entahlahh sedihhh ahhhh.. hahhahaa

I dont know what i feel tapi rasa sedih sangattt. Tengok all of my friends are enjoying their winter break and summer break. Rasa jeles gilaa. Another fact is, i dont have much holiday. Kalau tengok every midsem everyone will be having exam and mid sem break kan. But for me, we only have mid sem exam without mid sem break. Kalau tengok orang lain cuti sem sampai 3 bulan haaa kau jangan harap nak tengok aku cuti selama tu. Aku cuti paling lama sebulan setengah je. Kalau kau jahat sikit kau sambung sampai 2 bulan. 

Let say ada 2 bulan. Sebulan dah habiskan untuk raya dengan puasa. Ada la lebih kurang sebulan lagi kalau nak buat pape. Belum tolak open house raya yang selalu sampai habis sebulan raya tu. 

Im in the middle of exam so bila tengok orang holiday sana sini especially those who are at abroad just like me rasa macam nak tikam-tikam je. Aku abroad jugak tapi kenapa tak boleh jalan macam korang ;(((


Dah lah sesi meroyan seorang Ain. Cakap banyak pun tak guna. Last-last kena pujuk diri sendiri jugak. Orang lain might say. 'ini ujian. Sabar. Nanti lain kali boleh join. Boleh pergi'. Say those who are enjoying themselves with holiday and joy right now. 

Ok dah boleh la sambung study kot Ain. Paper killer semua belum habis lagi kan.

Wassalam :)

Monday, 23 November 2015

Just Awake ?

Assalamualaikum wbt

Hai semua ! Lama tak buat entry baru. Adalah dekat dua bulan. Laptop aku rosak. Tak tahu kenapa dia langsung tak boleh bukak. Dah hantar pergi repair pun dia kata tak boleh repair. Ni aku baru dapat laptop. Bukan beli baru lah. Ambik laptop lama kat rumah. Tak kisah lah lama pun yang penting ada. Kalau tak susah aku nak hidup. Sekarang zaman teknologi semua nak pakai laptop. Takde orang pakai surat kirim pakai burung merpati dah. Selain dari masalah laptop ni sebenarnya aku pun busy jugak. Tak sempat nak update blog.

In this 2 months, banyak benda dah jadi. Banyak sangat. Sampai rasa nak fed up dengan hidup tapi you know what ever that happens we have to keep on moving. That's the rule of life. Keep moving. Aku ada banyak benda nak cerita.. Tapi skrg ada banyak jugak benda nak buat. Lagi sebulan exam. Aku tak rasa aku mampu nak update blog selalu for this few weeks. Inshaa Allah aku try update sekerap mungkin. Takpun aku sekalikan lepas exam nanti haha.

K lah aku mampu buat entry setakat ni je. kejap lagi aku ada kelas ni. Tengok la petang nanti. Kalau aku rajin aku update hahaha.

p/s : ibu dengan ayah baru bertolak pergi airport setengah jam lepas. Aku nak ikut balikkk !! taknak dah duduk sini :(

Thursday, 3 September 2015

FitMalaysia : Gunung Geulis

Assalamualaikum wbt

*lelambai in disguise miahahahaha*

Sejak sekarang ni trend orang buat adventure activity, aku pun taknak lah terlepas daripada buat aktiviti ni. Daripada aku duduk macam orang gila baik aku buat sesuatu. Sebab masa 2nd year dulu aku dapat rasa betapa loser hidup seorang Nurulain Hanani. Aku macam rasa nak masuk sekolah rendah dengan menengah balik je. Yelah itu je waktu kegemilangan aku dengan sukan-sukan ni. Masuk PLKN tu lain kira la sebab terpaksa. So tak masuk cerita eh.

Masa dekat KMP boleh kira guna jari sebelah tangan la berapa kali aku pergi jogging hmmm. Bukan jogging je, pergi jalan-jalan pusing KMP pun tak. Balik kelas petang tu terus lumba lari ewahhh part makan tau pulak kau lari pergi kafe Bang Din. Lepas dah beli makanan terus naik bilik, yang tingkat 1 tu, tukar baju, setup laptop pasang running man lepastu terus makan. Perut dah penuh, lepak atas katil jap sambil tunggu nak mandi. Dah duduk atas katil sempat la labuhkan sauh pergi belayar dalam mimpi. Loser tak aku masa tu ? Waktu tu la berat badan aku naik berkilo-kilo. Sampai satu masa aku timbang, berat aku cecah 48kg. Kau nangis sekarang ain! Ok part berat ni maybe ada org yangakan rasa offended dengan berat aku. Baru 48kg ye dak? Haa tapi satu fakta yang korang kena tahu, aku ni bangsa kurang ketinggian. Dengan tinggi 155cm, berat badan 48kg tu dah sikit lagi nak keluar scale ideal lol hahah.

So nampak ringan tapi sebenarnya memang cukup-cukup je berat tu dengan tinggi aku. Lepas KMP, masuk UNPAD ada la berapa kali pergi gym bawah bale tu masa first year. Masa 2nd year haram takde. Ada la sekali aku jogging tu pun sebab aku demam masa tu.

Jadi minggu lepas, aku dan beberapa orang lagi kawan aku plan nak panjat Gunung Geulis dekat Cikuda. Aku memang manusia yang suka aktiviti adventure. Yang aku paling aku tak suka ialah picnic. Sebab aku rasa bila dengar perkataan picnic aku rasa macam pasif sangat bunyi dia hahaha. Adventure activity tu memang kena sangat la dengan jiwa aku.

Hari sabtu lepas, pukul 5.30 pagi kitorang dah keluar rumah. Sejuk lagi waktu tu. Kalau selubung dalam selimut tu memang sedap la cerita dia hahaha. Dari Mulana kitorang naik angkut pergi Cikuda. Dekat je, 5 minit da sampai pfftt. Sampai Cikuda kitorang jalan naik bukit, naik tangga lalu tepi-tepi rumah orang nak sampai dekat kaki gunung.

Jangan ingat jalan tepi-tepi rumah orang tu tak penat eh. Dekat situ la pancit wehh. Naik gunung pancit jugak lah tapi tu takpe tak panas sangat sebab ada pokok. Bila sampai dekat kaki gunung tu semua orang dah mengah sebenarnya hahahaha. Lawak gila. Ingat dah half way nak sampai puncak dah hmpphhh harapan hanya tinggal kenangan je lah dah kau baru sampai kaki gunung.

Lepas rehat kejap dekat kaki gunung tu kitorang sambung lagi jalan. The track was okay la bagi aku. Its not very tiring macam yang aku expected. Sebab dulu aku pernah hiking dekat mana tah masa sekolah dulu laaaagiiiii penat nak mamp. Sampai aku dah rasa giveup nak hiking lagi hahaha. Track dekat gunung tu pun very clear sebab memang orang selalu turun naik situ. Actually aku tak suka sangat bila track dia clear sebab aku nampak jalan tu panjang lagi hahaha. Bagi aku biar aku discover the track so that aku tak rasa nak fikir jauh lagi ke tak, kat depan ada apa.

Ni baru warm up ni. Kaki bukit pun tak sampai lagi hahaha

So puncak mana kita nak tawan? Tu yang belah kanan.

Cumanya track dia licin sikit sebab ada banyak daun-daun pokok yang gugur sebab kering. Tapi aku tak sure la licin sebab daun tu atau pun sebab kasut aku yang dah haus hahaha. Sport shoes aku murah je takde brand pun beli dekat Jatos masa first year sebab emergency haha. Takde duit nak beli mahal-mahal Roshe Run, Nike Air segala. Ni pun sekarang takde jam. Baru rosak masa nak balik Bandung masa tu. Sedih gila. Walaupun jam tu murah jugak beli dekat Jatos, tapi aku sangat perlukan dia hahah. Sekarang ni aku isytihar diri aku takde jam.

Sesi-sesi sesat bersama Dzul hahaha

Sesi candid bersama aku dan Latip.


Aku tak sure tinggi gunung tu berapa meter berapa kaki. Tapi yang aku ingat jauh jalan dia 2.5km. Tapi 2.5km yang takde jalan mendatar hahaha. Semua memang 60 degree. Jadinya kau menapak je la bawak badan tu. Dalam 2 jam lepas sesat beberapa kali sebab tak jumpa track yang betul kitorang dah sampai puncak. Walaupun tak berapa nak lawa mana sebab dah kotor kat atas tu ramai orang selalu camping. Tapi aku puas sebab dah sampai puncak. Kengkadang aku bukan kisah pun cantik ke tak ke kat atas tu yang penting sampai puncak. Selagi tak sampai aku tak berhenti hahaha. Kitorang makan nasi kuning kat atas sebelum turun. Dasyat kan? Siap makan nasi kuning. Kau mampu hahaha

Dah sampai puncak. Muka kenyang baru lepas makan nasi kuning.


Lepas makan , rehat-rehat dekat sejam jugak lah. Kitorang turun balik. Part turun ni masalah sikit sebab macam aku cakap tadi. Licin. Dah la licin tambah lagi dengan jalan dia menjunam. Aku sakit jiwa sikit. Aku rasa kasut aku la masalah ahhaha. Aku kena beli kasut baru. Lepas ni aku nak cari mangsa yang kena beli kasut baru kat aku hahaha.

Jom turun. Cepat cari aku cepatttt

Lupa nak cakap. Kitorang pergi 7 orang. So dari depan. Dzul, Shera, Jiha, Aku, Syaf, Nad, Elie and Latip.


Masa nak turun tu jadi lama sampai 3 jam sebab apa? Sebab masa kitorang turun ada sekumpulan budak-budak sekolah menengah dengan sekolah rendah baru nak naik. So kitorang terpaksa berhenti banyak kali sebab jalan sempit and curam. And sometimes satu perhentian tu smpai 30 minit berhenti. Kitorang siap buat perkhidmatan penyediaan kayu support lagi haha. Kitorang potong kayu bagi kat bebudak ni supaya senang dia nak daki.

Lebih kurang pukul 11 kitorang sampai bawah balik. Owh lupa nak cakap sebenarnya dekat atas puncak tu ada makam. Makam apa? Jangan tanya aku sebab aku tak tahu hahaha. Tapi sampai sekarang aku kagum dengan orang-orang yang buat makam tu. Macam mana la diorang angkut batu-batu tu bawak naik. Mesti power diorang ni hahaha.

Ok sekian sahaja pengembaraan kali ni. Sebab pagi tadi baru berbasikal mendaki bukit sepanjang 6 km. So sekarang aku penat gila. Leg day lah kejap. Nah tengok la ada sikit gambar ni.

Thank you for reading !!

Wednesday, 2 September 2015

Sendu Seorang Pelajar..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah dah 2 minggu kelas start. Maknanya dah 2 minggu la jadi pelajar tahun ketiga. Tahun terakhir dekat Bandung. Tahun depan dah balik Malaysia. Dah takde dah kabut-kabut nak book flight ticket nak balik, nak cari passport bawah katil la, packing luggage sambil hati penuh kerisauan kalau terlebih berat luggage hahaa. Dah takde dah yeayyy !! Lepas ni boleh bawak seberapa banyak barang pun dalam luggage i uoolsss hahahaha. Aku nak bawak rumah dari Paya Indah pergi Cheras pun boleh agaknya haha.

Walapun dah 3rd year, dah sepatutnya happy sebab nak balik Malaysia dah, tapi sebenarnya tak de nak happy sangat. Sebab tengok lah sekarang ni, walaupun baru dua minggu kelas aku rasa macam busy gila. Rasa macam ada banyak sangat kerja. Rasa je lah ekau ni. Padahal sekarang ni aku tenang je update blog sambil makan biskut hup seng cicah nescafe.

Tapi yang korang tak tahu ialah, aku ada banyak benda nak buat sebenarnya. Aku nak revise balik case lepas, nak siapkan Lab Act walaupun tinggal satu soalan je. Nak buat draft Skills Lab. Nak revise case je dah makan hari. Mana taknya first case dah Heart Failure. Eh aku pulak yang rasa nak kena heart failure sekarang ni.

Cuti 2 bulan hidup duduk bersenang-lenang goyang kaki dah habis :(
Takboleh dah bangun lambat pukul 8 pagi baru nak bangkit, tak boleh dah golek-golek depan tv gaduh dengan Embam haha. Sekarang semua benda kena buat dengan cepat. Bangun pagi cepat, mandi cepat, siap cepat, pergi kelas cepat, siapkan kerja cepat ahh pokoknya semua lah.

Tahun ni siap pasang impian nak dapat dean list. Phewwwww. Dengar tak angin sepoi-sepoi bahasa lalu hahahaha. Walaupun agak mustahil nak dicapai tapi kena cuba huwarghhhh. Kena jadi rajin dari sekarang tapi masalahnya sekarang pun kau dah rasa aura-aura kurang rajin nak keluar haha. Baca topic heart failure pun aku rasa kepala aku nak meletup dah. Tu baru heart failure tau hahaha

Tapi nak alhamdulillah jugak sebab tahun ni tak start dengan gempa bumi macam tahun lepas. Kalau start gempa bumi jugak memang aku keluarkan taichi cerita dia. Aku tak sanggup dah nak start year dengan starter macam tu. Dia kalau orang tak pernah rasa memang dia tak faham kakaka. Tunggu ye nanti turn kome hahah. Jahatnya akuuu !!

Masa tu beli barang dapur dekat Jatos. Harga barang dah naik. Memang melambung sampai langit harga dia. Siapa yang rasa Malaysia je ada masalah ekonomi tu korang tak payah risau sangat sebab kat Indonesia yang korang kata syurga shopping semua barang murah ni pun sama je mahalnya. Harga makan pun mahal. Hari-hari aku makan nasi, ada ayam seketul, sambal secubit dengan kacang panjang 4 batang dengan harga RM 5. Ayam tu kau bayangkan ayam seekor potong 18. Untuk makluman ayam dekat sini semua kurus-kurus tau hahah. 5 hinggit tu belum masuk air tau. Selalunya kitorang jarang order air. Kitorang minum air tong besar dekat rumah yang kitorang beli every 2 weeks tu share 5 orang. Air tulah kitorang guna buat milo yang bawak dari Malaysia, air tulah buat nescafe, air tulah jadi bekal bawak air pergi kelas. Air tu jugaklah buat minum kalau haus kat rumah.

Kalau kaya sikit pergi la makan Checo ke Gokana ke. Kalau tak makan je lah apa yang ada. Dekat sini je boleh applykan prinsip sehari makan sekali je. Kau mampu hahaha. Serius. Kitorang memang makan sehari sekali je. Biasanya lepas kelas. Depends la. Kalau kelas habis petang pukul 4, pukul 4 la kitorang pergi makan. Kalau habis awal macam tengahari ke, tengahari la makannya. Waktu lain makan apa? Makan angin huhuhu.

Tapi takpe. Sebab dah biasa. Kalau hari Jumaat, Sabtu and Ahad biasanya kitorang masak dekat rumah. Hari Jumaat tu masak lepas habis kelas pukul 4. Balik rumah terus masak. Makan time maghrib. Dari pagi sampai petang alas la perut guna kuih ke biskut je. Kalau aku, memang jarang la aku nak makan tengahari tu. Selain daripada nak mengelakkan kenaikan berat badan secara melampau, ianya juga teknik yang berkesan untuk mencatu duit hahaha. Walaupun duduk Bandung yang dikatakan harga barang murah dengan berbekalkan RM 1500.00 setiap bulan. Tetap kadang-kadang pokai jugak kalau salah teknik hahaha. Contohnya hari-hari nak pergi makan Checo ataupun tiap-tiap hari nak pergi Bandung shopping ataupun tetiap minggu shopping tudung dekat Jatos haha

Jadi maknanya tetap sama, di Malaysia ke Bandung ke, kita ada masalah yang sama. Cumanya bagi aku kalau dekat Malaysia boleh jimat banyak bila bawak bekal masak sendiri. Prinsip itu tak boleh diaplikasikan dekat sini sebab barang dapur sangat mahal ye anak-ank. Kalau disini prinsipnya, makan luar dengan masak sendiri lebih kurang sahaja. Masak sendiri itu biasanya lebih memakan belanja.

Banyak barang dapur bawak dari Malaysia sebab takkan jumpa walau kau geledah semua gudang dekat shopping mall seluruh Indonesia. Contohnya kicap manis cap kipas, serbuk kari, perencah kurma dan jugak rempah-rempah. Biasanya aku korbankan duit untuk membeli luggage lebih sebab nak bawak barang-barang dapur ni. Dan aku pula tiada oven untuk baking bila nak mengubati hati yang lara. Selalunya aku survive guna kuih-muih tradisional seperti karipap, donat, onde-onde, ketayap dan roti jalan. Ataupun aku paksa periuk nasi rumah tu untuk masa kek coklat kukus kakakaka. Kalau kena buat 2 round, maka 2 round lah aku buat kakakakaka.

Cakap pasal luggage ni, aku dari first year risau macam mana nak bawak balik segala khazanah dekat rumah ni. Buku? Hmmm ada la 50 kilo. Baju? Ada la satu almari extra 2 luggage besar. Souvenier? Ada la satu beg besar jugak. Harta benda lain? Hmmm tak terbilang rasanya. Walaupun aku difahamkan ada kargo yang akan angkut semua barang-barang aku nanti tapi hmmm. Kita tengok nanti macam mana. Aku akan ceritakan perihal kargo ni dekat entry lain masa dah hujung tahun nanti. Sekarang ni baru nak mula tahun. Aku kena risaukan pasal pencatuan duit dulu.

Since sekarang aku dah mula buat buku kira-kira semua inflow dengan outflow aku, makanya aku terpaksa menjadi lebih kedekut. Dahlah ibu memang panggil aku kedekut hahahaha. Semoga by the end of the year nanti ada la 10k dalam tabung travel aku kakakaka. Tenang hidup aku nak travel sana sini sebelum masuk clinical.

Sempena hari kemerdekaan dua hari lepas, aku nak wish Happy Independence Day Malaysia !!! Despite what chaos in our country, kita kena setia kepada negara dan raja kita kan. Sebab siapa lagi nak sayang negara kita sendiri. Plus, kita kan nak menghargai jasa-jasa mereka yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita. Wahhh patriotik sangat. Mestilah. Ada kawan aku sorang ni dia taknak balik Malaysia dah sebab dia kata Malaysia banyak konflik. Ahh kau tak sedar ke selama ni banyak dah Malaysia bagi dekat kita. Sampai boleh belajar dekat Indonesia ni. Kita patut bersyukur tau part tu haaa. Kalau kita mahukan perubahan, kita kena la start dengan diri kita dulu. Betul tak???


Btw, Selamat kembali ke sekolah semua orang !!! Strive Hard ! We can do it !!

Nah akak payung gambar satu hahaha (aku random pick je gambar)

Ini ketupat masa raya masa tu. Mak mentua mana yang nak cari 
menantu pandai buat ketupat tu, ambik la saya sebagai menantu hahaha

Sekian, wassalam ;)

Wednesday, 12 August 2015

Ke Krabi Ke Kita - Part 4 (Budget Sheet)

Assalamualaikum !!

Dah habis baca part 3 ?

Dah ready nak tengok budget ? *kaa-chinggg*

Nah ambik ni aku siap buat table sekali. Ye saya memang rajin saya tahu kakakaka

PEMBENTANGAN BAJET KRABI TRIP (7 PAX)

EXPENSES
1 PAX
7 PAX
        Flight ticket
Rm 164.65
Rm 1152.56
        Hotel (4 nights, 3 rooms)
Rm 80.00
Rm 560.00
        Island Hopping
-          7 Islands
-          Phi Phi Island+entrance fee

Rm 45.00
Rm 75 + Rm 45 = Rm 120

Rm 315.00
Rm 840.00
         Hotspring + Emerald Pool + Tiger Cave + Elephant Trekking
Rm 85.00
Rm 595.00
         Krabi shuttle ( airport-hotel-airport)
Rm 16.50
Rm 115.50
         Souvenier + Makan + Merapu meraban
Rm 100.00
Rm 1000.00
                                               Total
Rm 610.50 – Rm 700.00
Rm 4273.50 – Rm 5000.00


That’s all. Basically below, I have some explanations regarding the budget. So please read the explanations below, 
  •   Bajet ni semua dah di convertkan kepada Ringgit Malaysia yang mana aku dah naikkan beberapa harga berdasarkan kejatuhan Ringgit Malaysia sekarang. The total adalah approximately sahaja sebab total akan berubah mengikut kadar Ringgit Malaysia.
  • Untuk 7 islands, macam yang apa yang diterangkan, kalau nak turun dekat Poda Island dengan Tup Island, wajib bayar 400 baht. Lebih kurang RM45-50 kalau ikut currency sekarang. Atau mungkin lebih lagi. So Rm 45 + 45(entrance fee)= Rm 90. Depends dekat korang la. 
  • Untuk Phi Phi Island, entrance fee adalah wajib bayar 400 baht macam yang tertera dalam table tu. Kalau taknak bayar tak boleh pergi kakakaka.
  • Kalau boleh bawak makanan dari Malaysia. Dekat situ banyak seven eleven, jangan tergoda sangat sebab dekat situ korang akan lost banyak duit beli mende-mende merepek haha.Nak beli souvenier, kena survey banyak kedai sebab harga dia boleh jadi sangat berbeza.Kena rajin tawar, tawar sampai tak cukup tanah untuk dapatkan harga yang lebih murah. 
  • Untuk Krabi Shuttle, kitorang gunakan service yang lain untuk pickup dari hotel ke airport masa nak balik KL sebab jumpa yang lagi murah. So kalau nak senang, masa sampai tempeh shuttle siap untuk elakkan masalah nak cari bas dan segala. Tapi masa nak balik KL, cari agency yang lagi murah yang ada sekat situ.
  • Prepare lah duit emergency contohnya kalau tetiba bilik sempit nak tukar bilik ke, nak buat massage ke, nak makan tom yam kung sampai pengsan ke.
  • Jangan buat perangai membazir nak pegi 4 islands pastu pergi 7 islands. Aku tembak karang. Dua-dua tu benda yang sama walaupun harga berlainan. Tapi pandai-pandai pilih la. 

Sekian sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Kakakakakakakakakakkakakak

Ke Krabi Ke Kita - Part 3

Assalamualaikum wbt...
Woahh aku rasa cemerlang sangat ni dah rajin update blog hahaha

So today we will continue our Krabi trip. So what will we do on our 4th day?
Tapi esok dah nak balik dah huwarghhh. Tanak balik KL. Nak duduk sini je boleh dakk??

Takpelah, life must go on. Haaa gitteww !

So hari keempat ni, kitorang dah puas dah main air. Rasa macam dah bergelen air aku telan hahaha
Selain daripada aktiviti 'melompat pulau', ada banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat dekat Krabi ni. Contohnya pergi emerald pool, elephant trekking, hiking, ATV, jungle trekking, flying fox. Korang boleh mandi hotspring, boleh main kayak. Pokoknya ada banyak lah. Pilih je nak yang mana. Untuk aktiviti-aktiviti ni pun ada pakej yang disediakan. Dont worry, tayah rushing and take your time haha.

Lepas sesi perbincangan yang hangat diadakan, kitorang mengambil keputusan untuk ambik satu pakej yang consist of 4 aktiviti. Dengan harga 800baht seorang, dalam pakej tu ada elephant trekking, emerald pool, hotspring dengan Tiger Cave.

Are you ready? Mari mulakan pengembaraan !!

Macam biasa, kitorang gunakan agency yang sama. Sebab apa? Sebab dah kamceng dengan tauke dia. So senang nak dapat murah. Plus, bila kita ambik semua pakej daripada dia lagi la dia suka. Lagi senang dia nak bagi discount.

Bertolak dari hotel pukul 8 pagi. Jangan tak tahu pagi tu semua orang terbangun lambat hahaha. Ini baru betul island hopping habis-habisan. Kelam kabut nak breakfast, nak mandi semua hahaha.

Dari hotel perhentian pertama ialah hotspring. Kolam air panas. Walaupun tak berapa nak besar tapi sangat natural. Taklah nampak macam human made macam certain tempat tu. Tapi kalau ikut tour guide tu kata, kitorang boleh berendam dalam kolam air panas tu for about 20 minutes je. Sebab kalau lebih its not good for our body. Yang sakan berendam ni mestilah bebudak lelaki. Kitorang yang perempuan duduk tepi rendam kaki je. Sebab dah malas nak basah-basah.

Ahh dalam kereta, biasalah gambar bergerak hahaha


Hilmi

Berendam bang jangan tak berendam.

Kitorang macam dayang-dayang duduk tepi basuh kain -__-

Hotspring ni sebenarnya bertingkat-tingkat. So satu group ambik satu tingkat hahahaah

Dah habis berendam dekat situ adalah dalam 30 minutes, we moved to our second place wehooo. Tempat yang paling ditunggu-tunggu.

Dari hotspring, perhentian kedua ialah emerald pool. Sebenarnya emerald pool ni, kitorang perempuan yang nak sangat pergi. Budak laki ni tak heran pun. Tapi sebab suara majoriti, dapat jugak pergi kekekeke. Apa yang femes emerald pool? Tak tahu eh. Ok nanti tengok gambar. Baru kau nampak keajaiban dunia tu macam mana hahha. Tapi sebelum sampai emerald pool tu nangis la nak berjalan 1.6km wakakakakaka. Tengah-tengah panas lagi. Pastu kena lalu jalan hutan sikit baru sampai. Tapi takpe worth it kot hahaha.

Kita jalan duluuuu

Hilmi jalan duluuuu

Time ni tngahari dah panas sangat dah hahhahaa. Mata kecik je semua

Haaa nak masuk hutan ni

Bila nampak emerald pool tu depan mata rasa macam amazed gila. Tak sangka ada tempat macam tu dekat dunia ni. Nampak macam buatan manusia tapi nampak impossible manusia nak buat. It does look mysterious sebenarnya. Dekat emerald pool ni, walaupun kau rasa dia cantik gila, kau tak boleh sesuka hati nak terjun eh kat sini. Sebab dasar pool ni is a running sand. Kau rasa nak kena sedut dengan pasir boleh la try mandi.

Haaa pelik ke tak pelik kawan-kawan. Aku cakap misteri nusantara.




Actually masa kitorang sampai situ, ada few mat salleh jugak. Tengah-tengah kitorang ambik gambar segala tu tetiba dengan ada orang terjun masuk air tau. Time tu aku dah cuak gila. Aku taknak masuk paper wehhh. Hahahaha. Taknak jadi saksi kejadian 'Seorang wanita disedut pasir jerlus'. No. Nehi.

Bila tengok rupanya, budak perempuan mat salleh tu yang terjun. Tapi di belum sampai tengah lagi. Aku dah cuak dah time tu. Kang kalau kena sedut budak ni naya je. Pastu baru parents dia kut bagitahu tak boleh mandi dekat situ, pastu baru dia naik. Ahhhh alhamdulillah. Risau aku kang tak pasal-pasal masuk CSI.

Tapi lepas dia naik tu, dia macam jerit something dekat parents dia. Maybe dia merajuk sebab diorang tak bagi dia mandi kot. Tapi takpelah, budak kecik. Kita layankan je hahaha.

Tempat emerald pool ni sebenarnya ada dua pool. Satu nama dia Emerald Pool, lagi satu nama dia Blue Pool. Yang tak boleh mandi tu nama dia Blue Pool. Kalau Emerald Pool tu boleh mandi. Blue Pool tu yang kena jalan masuk hutan tu jalan umpama nak tenggelam. Pelik tau tetengah hutan tetiba ada kolam yang air cantik biru jernih nampak dasar dia. Dengan tempat secluded macam tu. Memang rasa seram ahh hahaha. Pastu bila kita tepuk tangan nanti ada bubble formed dekat pool tu. Kalau ada bunyi yang dihasilkan sama ada melalui suara atau kau main tepuk-tepuk ke nanti ada lah buih-buih timbul. Sweet en? Hahaha





Dekat Emerald Pool yang boleh mandi tu air dia warna hijau. Kolam dia besar. Lepastu tepi-tepi ada air terjun. Air warna biru-biru hijau jugak. Macam biasa, kitorang yang perempuan duduk tepi celup-celup kaki. Budak lelaki je mandi. Lepas dah mandi semua kat situ, kitorang balik dekat tempat tour agent tu turunkan. Lunch dekat situ. Jangan risau harga pakej tu dah masuk harga lunch sekali tau. Tinggal makan je.

Haaa gigih budak bertiga ni mandi



Satu benda aku suka pasal Krabi ni. Bila kita dah ambik pakej sekali dengan lunch, boleh makan seberapa banyak yang boleh. Masa makan dekat Emerald Pool tu, waiter tu siap paksa-paksa kitorang tambah lagi hahaha. 3-4 kali jugak la kitorang refill lauk dengan nasi hahhaa. Diorang memang suka la bila kita tambah lauk tu. Makan je banyak-banyak. Compare kalau pergi sendiri tanpa tour agent payah sikit kot sebab macam aku cakap makanan kat Krabi ni mahal sikit. Bila ambik pakej tu aku rasa dah boleh jimat dah tu.

Lepas daripada Emerald Pool, kita pergi Tiger Cave. Ada apa kat sini? Ada temple. Besar-besar punya. Tiger Cave ni lebih kurang macam dekat Batu Cave je. Tapi tangga kat sini lagi banyak hahahahahaha

Kan dah cakap makan ice cream.


Banyak kuil kat sini. Dan ini salah satunya.


Tak. Ini serious. Ada 12++ tangga yang curam, cerun, 90 degree ahh name it. Siap pakej monyet yang peramah sekali. Apa consequences ? Haha mestilah aku, era dengan dab tak naik atas. Budak lelaki je naik. Weollss yang perempuan memang surrender awal la wa cakap lu.

Kalau ikut hati aku nak naik tapi aku ada satu masalah. Masalah besar. Aku tak suka monyet-monyet tu. Dia curik-curik beg tau tak. Ishh aku bengang betul. Aku naik 40 tangga je pastu sis give up. Haaa ambik kau. Kitorang duduk bawah je tunggu budak laki sambil makan ice cream. Ingatkan duduk bawah tak kena kacau dengan monyet. Haa memang tak kena kacau dengan monyet. Kena kacau dengan anjing pulak. Ni nama dia keluar perut buaya masuk perut harimau haa gitulah.

Ni lah penjenayah dia ni. WANTED !

Tak tahu la anjing tu insecure tengok kitorang makan ice cream ke macam mana ke. Maybe dia teringin nak makan ice cream kot. Mungkin la eh mungkin. Ada la dalam 40 minutes kot kitorang tunggu kat bawah pastu baru diorang turun. First words yang aku ingat diorang cakap, "nasib baik korang tak ikut kitorang naik atas". Rasa terhina kat situ kakakaka. Haikal kata, kalau kitorang ikut tak tahulah macam mana nak jaga sebab diri diorang sendiri pun tak terjaga. Pancit awal haha. Tapi sampai sekarang aku menyesal sebab tak naik hahaha

Tapi takpelah benda dah lepas. Next destination ialah Elephant Trekking. Ini kan yang femes sangat semua orang naik tu. Ibu cakap, 'alaa dekat zoo pun boleh naik gajah kak'. Takpe lepastu aku jawab balik, 'tapi bu ini dekat thailand. Lain rasa dia haha'.

Walaupun sebenarnya sama je. Kalau dah nama naik gajah tu sama jelah naik kat memana pun. Naik gajah jugak nama dia. Walapun trek dia tak power macam apa yang aku gambarkan masuk hutan segala jadah tu, tapi dapat duduk atas gajah pun boleh la. Lagipun aku dah kesian sebenarnya tengok gajah tu. Kitorang dah la berat, pastu naik atas dia lagi. Mesti dia sakit huwarghhhh.

Kesian elephant ni. Budak berdua ni dah la berat hahaha

SEE !!! Budak kecik tau yang bawak gajah tu.

And after naik tu, ada baby elephant show. Before tu kitorang main-main dengan elephant yang kitorang naik tu. Dab peluk sekor gajah ni dekat trunk dia, and suddenly gajah tu menangis. TAHU TAK APA KITORANG RASA ? TAHU TAK ? Rasa sedih sekali. Well obviously we didnt know why the elephant is crying, memula aku suspect sebab kitorang ni berat sangat and the elephant felt tired already and so on semua. Yelah dia bawak org jalan-jalan since pagi kot. Hari-hari pulak tu mestilah dia penat. And then, Hilmi cakap dia sedih maybe sebab Dab peluk dia. Like seriously, elephant tu nangis sampai tak berhenti tau air mata dia. Kitorang siap tolong lap lagi.


Ini gajah kita ;)

Sebab bergerak banyak gambar tak cantik. Tapi korang tengok je lah. Aku tak tahu apa Haikal tengah buat haha

Ni camera iphone pun tak boleh anti shake hahaha

Camera iphone pun sama je :(

Ni camera HTC

Time tu rasa bersalah sangat lah dekat gajah tu haha. Time tu memang sangat setuju la bila orang cakap haiwan ni walaupun takde akal tapi dia ada perasaan. And Al Quran sendiri cakap heart is the centre of human body. Setiap yang bernyawa tu akan ada hati akan ada perasaan. Sampai sekarang teringat gajah tu. Deep in everyone heart pun aku rasa, we silently pray the elephant for always be in a good health and makes people happy. Somehow, even human with a brain pun cant make other people happy but the animal without brain can do it. Kan orang cakap senyum itu datangnya dari hati.

After the elephant trekking, kitorang balik hotel. Sampai hotel, its almost maghrib rasanya. Lepas maghrib kitorang jalan-jalan along the Aonang Beach cari souvenier, cari makan. Last-last tak jumpa makan, makan maggi yang masih berlambak kat hotel.

Flight balik KL pukul 8 pagi esoknya tapi shuttle tu ambik dari hotel pukul 4.30 pagi. Since sampai bilik malam tu pun dah pukul 10-11. We decided not to sleep. Everyone including budak lelaki pun hahaha. Kitorang main card sampai 44 kali round, merapu meraban, tengok paranormal activity, makan lagi, borak-borak sampai pukul 3.30 pagi. Lepastu kitorang packing. Tepat 4.30 pagi shuttle ambik depan hotel dan kitorang pun bertolak lah ke airport.

There goes my trip to Krabi. Overall it was such a good trip. Aku tak sangka pun aku dapat pergi holiday dengan diorang. Sebab after sekolah menengah masuk matriks semua aku jarang hang out dengan kawan time highschool esp yang lelaki. But after this trip, aku rasa seronok dengan diorang. Siap plan trip untuk tahun depan sekali hahaha. Layan diorang merapu meraban semua, seronok ahh. Seronok sanad hahahaha. It was a good trip, with a good people ahh rasa awesome sangat. Tak sabar nak habis setahun kat Bandung. Tak sabar nak tunggu next semester break hahaha


Dah habis cerita Krabi :( . Btw, untuk entry pembentangan Budget akan menyusul sebentar lagi hahaha

Ini link untuk mengosongkan perut bank kekekeke Ke Krabi Ke Kita - Part 4 (Budget Sheet)

Till then, wassalam :)
Have a good day people.

p/s : tahun depan nak pegi mana? Perhentian? Aussie? Eurotrip? Kalau nak tiga-tiga boleh? Hahahaha

Wednesday, 29 July 2015

Ke Krabi Ke Kita - Part 2 (Island Hopping)

Assalamualaikum wbt..

Jumpa lagi Yeayyyy !!! hahahaha

Jom sambung trip Krabi kita.

ISLAND HOPPING
Hari Kedua (PHI PHI ISLAND)

Esoknya kitorang pergi lagi dekat tepi Aonang Beach tu nak cari pakej Island Hopping. Jalan-jalan cari pakej tu kitorang jumpa la satu tempat ni.

Mari brainstorm mengenai aktiviti Island Hopping bersama Nurulain Hanani hahahaha. Ok seperti yang semua orang tahu, Krabi ni ada banyak pulau yang cantik-cantik. Masa mencari pakej Island Hopping korang akan diperkenalkan dengan bermacam jenis pakej. Contonhnya 7 islands, 4 islands, Hong island, James Bond dan bermacam lagi. Semua harga berbeza. Masa sebelum pergi kan kitorang risau ramai orang dekat Krabi ni kan sebab sekarang tengah musim cuti. Rupanya mengikut orang tu kata sekarang ialah low season. So harga pakej pun jadi murah gila kentang punya hahaha. Daripada 1500baht dia turunkan jadi 700baht je huwarghhh aku sikit lagi nak nangis tanda bersyukur time tu hahaha

So sekarang aku cerita pakej yang kitorang ambik je lah. Kitorang plan hari kedua ni nak pergi Phi Phi pastu esok hari ketiga nak pergi 7 islands. Kitorang guna travel agency yang sama untuk dua-dua pakej ni. Lepas nego dengan cemerlangnya, kitorang dapat dua pakej Phi Phi dengan 7 islands dengan harga 1300baht/Rm 130. 900baht/Rm 90 untuk Phi Phi, 400baht/Rm 40 untuk 7 islands. Aku tak tahu murah ke tak tapi mengikut apa yang aku survey ini dah dikira murah la ni.

So harini kita pergi Phi Phi dulu, boat bertolak pukul 9.00 pagi dari Aonang Beach. Kitoraang naik boat besar 20 orang.

Perhentian yang pertama kitorang ialah Bamboo Island. One word, cantik. Gila. Walaupun time tu panas tapi sebab cantik sangat kitorang peduli apa. Dah lupa dah panas sebab pantai cantik. Pasir putih. Air ada banyak tone. Air jernih. Kita pun mandi lahhh !!! dekat Krabi ni semua pantai dia ada pasir yang lembut macam cotton candy boleh makan kakakaka. Dah la lembut, putih pulak tu. Huwarghhh katil kat rumah pun tak lembut macam ni.

Nampak pasir? Putih tak? Putih kan. 

Ini nama dia muka tak puas hati sebab budak laki dah bawak gopro lari. Nasib baik ada camera dab. Lapp youu Dab wiwiwiwiiw

Kita sempat tanam Haikal dalam pasir. Sempat buat drama lagi.

Breathtaking :))))

Berhenti dekat Bamboo Island ni for about 45 minutes macam tu pastu kitorang pun bertolak pergi mana kawan-kawan ? kita pergi ke Phi Phi Piley Island. Dekat sini buat apa ? Snorkeling sampai tak cukup oksigen. Dah tak cukup oksigen tu kita tarik la orang lain bagi tenggelam supaya kita timbul ahaaa. Waktu macam ni gopro Burn la yang paling berguna sekali. Time ni kitorang silap sebab tak bawak roti nak bagi makan ikan. Bawak roti tapi tak bawak turun masuk air. Bengap tak bengap ?
Bila tak bawak roti turun air tu makanya tak banyak la ikan yang mendekati. Tapi ada coral yang cantik. Pun boleh la. Era first time snorkeling jadinya kita yang amatur ni lah yang pakai life jacket. Diorang yang lagi 5 tu semua dah pro, life jacket tu pandang sebelah mata je. Time ni aku sedar aku kena belajar swimming kakakaka.

Next stop, kita pergi makan. Dekat Phi Phi Don. Sedap tak makan? Sedap. Banyak. Boleh tambah banyak-banyak kali. Superb. Macam bela hantu raya memasing. Kalau part makan, the king mestilah Hilmi dengan Shebby. Dekat Phi Phi Don ni memang mostly orang berhenti makan. Memang masuk dalam pakej makan ni.

Banyaknya makan. Ada spagheti, ada sup ayam, ada ayam goreng, ada sayur. Fuhh banyak.
Hilmi dengan Shebby tambah sampai 3 pinggan.

Lepas dah isi perut, kitorang pergi Viking Cave. Ada apa? Viking Cave ni sebenarnya tempat burung buat sarang. Tak boleh turun pun dekat sini. Tengok gua tu dari dalam bot je. Tak tahu kenapa tak boleh swimming dekat sini. Dekat gua tu memang nampak pun banyak sarang burung gantung-gantung. Tour guide tu cakap every 3 months akan ada orang yang kutip sarang burung ni.

Ok kita pergi perhentian yang seterusnya. Yang ni yang paling cantik sekali. Nama dia Lohsamay Bay. Suka sangat dekat sini. Cantik. Air biru. Air jernih. Tapi kitorang tak turun air. Duduk atas bot je. Kenapa tak turun air? Sebab dekat dasar dia memang takde coral ke ikan ke apa ke. Cuma air dia yang biru tu buat orang geram. Cantik sangat. Tengok je lah gambar. Sebab nak cerita pun tak tahu nak cerita macam mana. Cantik sangat. Nak nangis rasa kakaka

Ini Lohsamay Bay. Dan gambar yang lepas-lepas ni pun tempat yang sama.


Rindunya tempat ni. Gambar yang aku upload ni semua no filter tau. Pakai fon je.

Lepas daripada Lohsamay Bay, kita pergi Maya Bay pulak. Maya Bay dengan Lohsamay Bay ni sebenarnya sebelah-sebelah je. Terpisah dengan limestone cliff. Maya Bay pun cantik. Dekat Maya Bay boleh turun. Kalau nak mandi pun boleh. Nak jalan-jalan dekat Maya Bay tu pun boleh. Kalau jalan-jalan around situ boleh pergi dekat satu tempat ni yang boleh nampak Lohsamay Bay dekat sebelah. Ada la kena panjat tangga sikit. Tapi view memang superb.

Ini lepas naik tangga dekat Maya Bay. Bawah tu Lohsamay Bay. Tapi tak boleh turun lah. Tengok dari atas je.

Maya Bay.







Dab :)))

Haaa ni tangga kena panjat. Alahh tak tinggi pun. Kau pejam mata pun sampai.

Lepas dari Maya Bay kitorang balik Aonang. Lebih kurang pukul 4.30 kitorang dah sampai tempat mula-mula bertolak. Overall Phi Phi Island is the place for the view. View paling win. Walaupun tak banyak tempat boleh snorkeling tengok ikan tapi sebab scenery awesome, kita boleh bawak bincang lagi hahaha.

Malam tu kitorang keluar pergi beli makanan pastu makan dekat bilik. Kitorang beli somtam harga 50 baht, nasi goreng harga 80 baht, pancake yang femes tu dengan harga baht dengan ice lemon tea dekat 7E. Persoalan seterusnya kenapa kitorang tak makan dekat luar je? Sebab panas. Peringatan ye, dekat Krabi ni panas sebab dia pantai kan. Memang panas la. Dinasihatkan pilih hotel yang ada aircond. Takdelah memalam flip katil sebab panas. Dah sampai hotel, kitorang buat maggi yang kitorang bawak dari Malaysia.





Hari ketiga (7 ISLANDS)

Hari ni kite pergi 7 islands. Kenapa nama pakej ni 7 islands? Sebab kita pergi 7 tempat la. Easy kan. Okay pakej 7 islands ni kitorang dapat dengan harga 400baht/Rm 40 seorang. Include dinner, bbq, fire show dengan equipment.

Kalau rajin survey, ramai orang pergi Krabi akan pergi pakej 4 islands. Tapi kitorang tak ambik pakej tu sebab pakej 7 islands ni lagi berbaloi kot. Dalam pakej 7 islands ni dah masuk sekali 4 tempat yang kita akan pergi dalam pakej 4 islands tu. Tapia da extra lagi 3 place. Siap ada dinner and bbq, pastu dapat tengok fire show lagi. Dapat tengok plankton. So aku nasihatkan, ambik la pakej 7 islands.

Untuk pakej 7 islands ni =, kitorang bertolak dari jeti Rai Lay Beach pukul 12.30 tengahari. Hahaha gila kan pergi pantai tengahari buta. Tapi memang pun sebab pakej ni sampai malam pukul 9 baru balik Aonang hahah. Rai Lay Beach dengan Aonang tak jauh pun. Bila korang ambik pakej tour ni jangan risau sebab pihak tour tu memang akan ambik korang dekat depan pintu hotel. Kalau korang nak suruh dia jemput depan pintu bilik tu mungkin dapat penendang.

Baru macam Sharpay Evans sikit haaaa. Pakai sunblock gitewww

Naik bot dari Rai Lay Beach. Lama jugak la nak sampai dekat perhentian pertama tu. sampai dah ngantuk duduk atas bot huwarghhhh. Ni kalau ngantuk tergolek masuk laut terus naya je hahah.
Lebih kurang 45 minit macam tu kitorang sampai dekat perhentian pertama. Taming Island. Dekat sini snorkeling. Ada ikan banyak. Coral cantik. Tapi satu masalah. Ombak kuat gila. Sumpah wa cakap lu, ombak tarik sampai nak putus tangan buat kuak lentang nak sampai dekat bot balik.

Ni ikan banyak sebab dapat roti. Suka la kau kan ikan.

Masa tengah snorkeling tu, aku jujur memang struggle habis la dengan ombak dia. Baru snorkeling berapa minit dah kena tarik jauh dari bot. Rasa nak give up je bila nak swim balik pergi dekat bot. Lagi-lagi bila tengah swimming tu tetiba ada orang nangis sebab kena jellyfish. Gila tak panic aku. Rasa nak give up kat situ. Tapi kang give up lagi la sedap jellyfish tu mengendeng kat aku. Time ni Haikal ada sebelah aku. Dia lah yang cakap ada jellyfish. Dia nampak jellyfish tu. Aku dah la tak nampak lagi lah aku panic. Aku cakap dekat Haikal suruh tarik aku sebab aku dah pancit haha. Rupanya dia pun pancit jugak. Aku pegang life jacket dia. Ingatkan dia nak tarik aku tapi aku lagi depan dari dia. Aku yang tarik dia. Haikal dah kedepan, aku pulak yang kebelakang. Haikal pulak tarik aku. Macam tulah cerita dia sampai lah kitorang sampai dekat bot.



Tapi kesian dekat Dab dengan Era sebab diorang tertinggal dekat belakang. Aku nak patah balik tapi aku pun dah pancit. Memang tak larat nak tarik orang dah. Nak pergi kat diorang balik pun aku tak larat. Burn, Hilmi dengan Shebby ni lagi kuasam, diorang dah naik bot dah lol. Sebab time tu pun memang orang dekat bot tu dah panggil suruh naik maybe sebab jellyfish tu. Bila dah naik bot semua orang muka exhausted habis. Dab la paling exhausted, nak tarik orang lagi, nak lawan ombak lagi. Sorry Dab ! Sory Era ! huwarghhh..

Lepastu kitorang pergi next stop, aku dah tak ingat nama apa haha. Tapi tak boleh snorkeling, tak boleh swimming. Kat sini buat cliff jumping. Siapa yang cliff jumping? Obviously bukan kitorang yang perempuan. Budak lelaki je yang buat. Tak larat woi dah la exhausted tadi snorkeling. Nak panjat-memanjat lagi alahai dahlah sis give up. Lagipun orang tinggi senang la nak memanjat sebab tempat capaian dia jauh-jauh. Untuk aku yang kurang ketinggian ni susah la dik oiii.

Wakil Selevens. Isham patut bangga dengan korang.


Perhentian seterusnya, Chicken Island. Kenapa nama dia chicken? Sebab bentuk batu dekat situ macam ayam. Siap ada balung lagi haaa. Jangan memain. Dekat sini snorkeling lagi. Bila dekat sini aku dah fobia sebenarnya nak masuk air sebab ada jellyfish. Tapi aku gagahkan jugak pergi turun. Sebab kalau tak turun nanti aku menyesal hahaha. Kali ni kitorang bawak roti. So boleh bagi ikan makan. Maka banyak lah ikan datang mendekat. Tapi masalah dia, bila ikan dekat, aku pulak yang geli. Dia masuk bawah dagu weh. Geli dowh tak boleh kompromi. Pastu keliling aku penuh ikan ahh geli gilaaa.

Aku geli dengan ikan. Aku takut jellyfish.

Alah ni rebut nak masuk gopro ni hahaha

Dekat sini ombak dah tak kuat. So senang nak snorkeling. Takdelah gaduh dengan goggle dengan life jacket lagi. Asik masuk je air dalam goggle. Benci beteiii.


Dah puas snorkeling. Kita pergi ke Poda Island dengan Tup Island. Ok ini trick dia sebenarnya. Bila dekat sini korang kena bayar national fee. Aku tahu orang cakap Poda dengan Tup cantik. Tapi bagi aku Phi Phi lagi cantik. So sebab semalam dah pegi Phi Phi, bila tengok Poda macam biasa je kitorang tak turun dekat Poda dengan Tup. Kalau tak turun dekat sini korang tak payah bayar national fee. So dah jimat 400baht dekat situ. Kau relax je straight pergi Phranang Beach. Bila kitorang dah sampai Phranang Beach, time tu dah nak dekat sunset. Phranang Beach pun cantik jugak. Yang penting semua tempat best la kat sini. View best. Dekat sini la kitorang ada dinner, bbq dengan fire show. Makan bbq sambal tengok sunset. Sebelum sunset dengan makan tu sempat la mandi-manda dekat pantai tu. Air pun jernih pedehal. Bila dah nak dekat sunset tu baru kitorang makan. Sambil tengok sunset. Romantik angattt. Ni orang honeymoon suka ahh. Aku ni pergi dengan diorang ni, dengan aku-aku pun tak betul hahaha. Makan pun boleh tambah-tambah, tak kenyang jugak tak tahu la korang ni perut jenis tong apa. Lepas makan, ada fire show. Seronok tak fire show? Seronok. Walaupun 10 minit je tapi seronok. Hahaha. Power betul orang yang perform tu. Aku bakar kertas nak hidupkan api dapur pun mencicit lari even api belum sampai setengah hahhaa.

Fail ni fail. Baru sampai Phranang Beach.

Fire show.

Us :)


Lepas habis fire show, kitorang gerak pergi satu pulau ni. Aku tak sure nama pulau ni apa. Sebabnya time tu dah malam. Dah gelap. Macam biasa, semua orang tahu aku takut gelap. Jadinya aku punya fobia campur takut sebab duduk tengah laut lagi. Aku memang tak focus dah. Bot tu pulak asik senget je. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Seriau betul. Tak tahu la siapa yang berat sangat dalam bot tu.

Dekat pulau ni kitorang tengok plankton. Plankton ni apa? Haha aku pun tak tahu mende alah ni mende. Sebab dia kecik. Tak nampak pun sebab gelap. Nak tengok plankton ni kena gelap sebab plankton akan bercahaya bila dia berlanggar dengan sesuatu. So boat padam lampu. Lagi la gelap kan. Pastu masa nak tengok tu, tour guide tu tunjuk jellyfish yang beracun dekat dalam air. Actually dia bagi turun swimming tapi sebab ada jellyfish tu dia terus tak bagi hahaha. Tour guide tu ambik air laut masuk dalam baldi pastu dia suruh kita kocak-kocak air dalam baldi tu. Pastu nampak la ada macam bercahaya dekat dalam air tu. Sebab plankton tu berlanggar dengan tangan. Dia macam kelip-kelip la gitu. Tak nampak kat mana tapi dia bercahaya. Aku rasa amaze tetiba dengan benda alah tu hahaha. Sebab tak penah tengok kan. Batak la sikit hahaha

Sekian sahaja Island Hopping dari kami :)))

Lepas dari situ kitorang terus balik Aonang. Sampai hotel dalam pukul 9.30 malam. Dah penat sangat. Naik bilik terus tidur. Dah tak ingat pape hahahha. Penat sangat hahaha.

So dah habis island hopping kita. Sebenarnya ada banyak lagi pulau yang boleh pergi. Cuma redha tak redha je lah nak bayar duit hahaha. Tapi Phi Phi tu kena pergi la. Kalau tak pergi memang rugi lah hahahaha

Ok dah habis entry kali ni. Dah penat baca kan. Nantikan entry yang seterusnya. Hari terakhir kita beraktiviti sebelum balik KL.

Entry untuk hari terkahir sebelum balik KL, Ke Krabi Ke Kita - Part 3

Till then, wassalam

p/s : lepas balik KL, semua orang jetlag teruk. Jetlag tahap  gempak tidur sehari suntuk memasing hahaha