Assalamualaikum wbt.
*betulkan mic*
Suatu hari yang hening, aku sedang terbaring di atas sofa yang empuk sambil ditemani Adam Levine yang sedang mendendangkan Daylight di televisyen.
*ahh lupakan ayat karangan cikgu Fauziah ni*
Aku update blog sebab aku tengah tunggu verification account Tonton aku. Apahal lembap sangat. Dari semalam lagi wifi rumah lembap. Nak kena sebat betul.
Berbalik kepada tujuan utama.
HEYYAAAAA !!! titeww baru habis cuti sem hahaha. Sadis lah cuti sem seminggu je. Nasib baik aku tak bakar uni semalam lepas mendarat kakaka.
Cuti buat apa ?
Tak buat pape. Duduk melingkar tengok tv macam orang gila lepastu pegi kedai mencekik tak ingat dunia lepastu balik tidur haha. Nak buek camno cuti kali ni lain gila la daripada cuti sem sebelum ni. Kalau nak tau cuti sem masa first year aku buat apa rajin-rajin la klik link dekat tepi blog ni. Yang dekat my steps tu haha. Aku pun tak ingat cuti seminggu kat rumah aku buat apa. Mungkin sebab tak buat pape tu yang lupa kot haha.
Tapi aku ingat la briefly kot.
JUMAAT
Aku sampai malaysia pukul 8 malam. Sebelum balik rumah sempat makan dekat Quizin. Nama nak gempak padahal medan selera dekat KLIA2 tu haaa
p/s : yesss email dah verified yahoooo !!! boleh tengok istikharah cinta kakakaka
SABTU
Aku bangun pagi. Mandi. Pegi kedai. Tolong mak aku masak. Makan. Ibu masak ikan tilapia masak lemak cili padi. Mau tak meleleh air liur kat aku. Ada sambal bodoh telur. Ada ikan masin. Sambal belacan, Pergghhhh heaven heaven !! Lepas makan aku hantar adik aku pegi test lesen. Dan juga bawak adik-adik yang lain beli barang sekolah. Sampai rumah aku tidur kakaka. Malam tu pegi rumah mak long, makan-makan. Pastu balik.
AHAD
Bangun pagi. Pegi kedai. Makan. Hantar adik aku pegi beli barang. Petang ajak aca pegi beli uncle bob. Tapi uncle bob tutup. Biadap betul. Balik. Malam melingkar depan tv macam org gila.
ISNIN
Bangun pagi. Ibu cuti harini. Tengahari aku siap-siap nak jumpa atie dekat mid. Aku tanak drive sebab aku tak tahu jalan and sebab aku malas nak drive dekat jalan yg sesak. Aku naik train. Sampai mid. Makan carls junior. Tingkat atas mid tu dah cantik tau. Banyak cafe. Nanti pegilah tengok haha. Pukul 3 balik. Sampai rumah pukul 4. Petang pegi pasar. Ada uncle bob yeyeyeyeyey !!!! Malam jadi ular sawa balik.
SELASA
Pepagi aku hantar adik aku ambik lesen. Lepastu tengahari pergi HUKM tengok acik aku. Kena warded tapi tak tahu sebab apa. Chief complaint demam dah seminggu tak baik. Aku malas nak bukak diagnosis sendiri so aku duduk je lah tepi katil dia sambil mencuba sedaya-upaya baca monitor kat tepi katil tu. Cari jugak kalau terjumpa senior tapi takde. Balik rumah dah malam. Pukul 9 baru sampai rumah.
RABU
Sepatutnya aku pegi District 21 dekat IOI Mall tu dengan shiko. Tapi shiko cancel last minute pulak. Aku pun takut jugak kalau kena pegi HUKM. Tapi tak pegi pun. Maka duduk rumah khatamkan semua cerita yang dah record kakakaka.
Tapi bila dah petang tu aku baru ingat masa tu dadok ajak tengok jawa dekat Ampang. Maka aku dengan bijaknya telah mengajak beliau ke Ampang. Maka bermulalah sesi sesat-tak-jumpa-jalan-pulang bersama ain dan dadok. Tak penah pegi Ampang, tetiba nak pegi Ampang. Haaaaa.. itu makannya. Tapi takpe. Sesat perjalanan luas pemandangan. Sesampai di Sekolah Kebangsaan Taman Kosas pukul 5. Solat apa semua dah pukul 6. Dah semua kebulur. Haruslah cari makanan kegemaran kami bertiga iaitu, STEAMBOAT. Haaa carilah steamboat satu Ampang. Guna google dia bagi RESTORAN TUPAI-TUPAI tu haaa. Tapi tu dekat Jalan Petaling. K takpe hentam je pakai google maps. Makan bermulah sesi sesat lagi sekali. Tapi kali ni tak sesat sangat sebab dah biasa lalu jalan tu. Duduk kat situ dari pukul 6 sampai pukul 8 lebih. Waiter kat situ bengkak je tengok kitorang. Yelah mana taknya makanan tak habis pastu duduk borak lama kemain kakaka.
Borak dari benda serius sampai benda merapu. Dari cerita sedih sampai cerita tupai masuk parit. Lepas dua jam. Perut semua orang dah kembung. Itu petanda kitorang dah kena bergerak balik. Plan asal lepas makan nak pegi KLCC. Hmmphhh hampeh kakakaka. Semua jalan pun dah gaya orang mengandung. Lupakan je lah haha. Perjalanan balik. Macam biasalah karaoke dalam kereta. Itupun aktiviti wajib tu.
Terima kasih kerana menjadi pendengar saya yang paling setia, Sungguh aku dah janji dengan diri sendiri aku takkan bukak balik cerita tu. Tapi aku tahu kalau dengan diorang aku memang tak boleh menang. Hands up je la awal-awal. Terima kasih kerana percaya drama hidup aku ni bukan benda fantasi yang selalu ada dalam novel. Hahahaha. Aku sayang budak dua ekor ni sampai mati. Sampai syurga. Aminnn..
cuba teka aku yang mana. LAME.
KHAMIS
Aku serius tak ingat aku buat apa hari khamis ni. Aku rasa aku duduk rumah je kot. Melepak haha. Satu sebab takde kereta. Lagi satu sebab aku memang tak de nak pegi memana pun. Ok habis cerita harini hahaha
JUMAAT
Harini pun sama jugak. Tak buat pape. Tengahari aku buat facial. Perghhh seronok sebenarnya memanjakan diri ni kakaka. Hasilnya pun memuaskan hahaha. Petang pegi pasar. Kali ni serius aku rasa aku ada bela saka. Dari ayam uncle bob, kebab, ayam goreng 2 ketul, apam balik 6 keping, air jagung, air kelapa, soto, cendol haaa apa lagi. Banyak gila aku beli. Kalau la orang lain tahu yang aku makan sendiri semua makanan ni aku rasa aku boleh kena penjara. Penjara cinta. Tetttttt.......
Hambar disitu.
SABTU
Lagi lame. Sabtu ada katering. Macam biasa tolong mak aku masak. Pastu tengahari aku lari pegi giant kejap. Nak pegi popular. Popular bukak. Kakakakakak. Lame ! Bukan . Cerita kat popular ni ialah bila bayar harga buku guna duit RP 50000. Kau tahu macam mana cashier tu terkejut. Hahaha. Nasib baik dia tak cakap 'mbak, ini di malaysia mbak. Bukan di indonesia'.
Maluuuu. Lepastu nak bayar boleh pulak takde duit dalam purse. Cisss !! Terpaksa aku swipe debit card mak aku. Mak aku cakap baik pakai debit card daripada credit card sebab credit card tu ajar kita berhutang. Betul jugak. Hahaha. Kan orang kata kalau pakai debit card ni macam tah pape sikit. Sebab selalu orang pakai credit card. Gold la silver la. Tapi hutang tetap hutang lah cerita dia.
Dah malu tu nak pegi giant beli barang buat lasagna. Aku siap keluarkan kalkulator sebelum sampai cashier. Kira total. Bongok ain. Mana taknya, dalam purse ada RM30.00. Lepas aku kira total. Owhh. Lebih 3 ringgit. Terpaksa aku keluarkan sebotol yogurt bliss. Total RM 29.20. Haaaa selamat. K boleh pegi cashier.
Balik rumah aku bersilat dekat dapur buat lasagna dengan hershyes cheesecake. Lepas satu jam. Lasagna dah dalam oven. Cheesecake dah dalam peti. Maka aku berehat sebentar bersama Peppero sementara menunggu lasagna masak. Kemudian aku terus memecut kereta laju ke kedai kakaka.
Sebelah petangnya, pergi HUKM. Bila nak balik, hujan lebat gila. Berapa kali ayah kena marah dengan aca sebab bawak kereta lambat kakakaka. Ca, mu tau dak hujan. Kakakakak
AHAD
Inilah hari yang ditunggu-tunggu. Hari nak balik ke Bandung. Kenapa aku tunggu ? Tak suka ke balik malaysia. Gila ke apa aku tak suka. Mestilah aku suka tapi masalahnya kalau aku cuti lama sangat pun nanti bila nak habis dekat Bandung ni haaa. Aku nak balik cepat-cepat so that aku boleh habiskan study dekat Bandung cepat-cepat dan balik UKM dengan tenang, Walaupun aku tahu hidup aku bakal jadi tunggang langgang macam kena langgar todak bila masuk clinical year, aku tak kisah yang penting aku kat malasysia.
Takde benda menarik selain daripada aca kena serang dengan kerengga masa acah-acah nak buat stunt dekat pokok mangga depan rumah. Oh yaaa, pagi tu aku sempat melawat kebun ayah. Ibu kata ibu busy tak sempat nak bawak aku pegi holiday. Ibu kata ibu boleh bawak pegi kebun je. Aku cakap okay je sebab kat kebun boleh acah-acah jadi jane tarzan haaa.
READY, GET SET, GO !!!!
YEHAAAAA!!!
Ayah tu aku tahu la tengah melawat kawasan. Yang si aca ni
aku tak tahu apa dia buat. Aku duduk dalam kereta memerhati hahah
Setakat itu sahajalah cerita cuti sem kali ini. K cerita dah habis. Boleh sambung buat keje memasing k semua orang.
Aku perasan hidup aku makin hambar sekarang kakakakka
p/s : kalau nak pegi Restoran Tupai-Tupai tu jangan lupa bawak ridsect. Banyak nyamuk kekekeke



