Saturday, 27 June 2015

Officially a Third Year Medical Student *sobs*

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan peopleeee !!!!!


Wahhh seronoknya Nurulain Hanani. Memang. Memang seronok. Cuti 2 bulan kot. Aku berjimba macam nak gila ni haaa. Sampai aku bosan tak tahu nak buat kat rumah. Semua aku dah buat. Dah jalan tak tentu hala. Tidur sehari suntuk pun dah. Melantak macam bela hantu raya pun dah. Katakan apa je yang aku belum buat. Katakannn hahaha

Alhamdulillah dah habis second year. Result pun dah dapat. Alhamdulillah pass walaupun tak flying-tak-tentu-hala colours. Tapi pass la. Aku ni kan tak genius macam Fatin Liyana muehehehehe *kak paten adik Unpad mu ini minta maaf kekeke*. Lepas 3 pointer pun aku dah rasa nak lompat terjun balkoni.

Sementara tunggu result 2 minggu tu aku balik Malaysia dulu. Aku kan anak manja kekekek. Bukan. Aku manusia manja abad milenium. Kau ingat senang nak dapat aku mengaku, aku anak manja ?!
Masa balik Malaysia yang tak sampai dua minggu tu, aktiviti harian yang berjaya dilakukan ialah MAKANNN !!!

Tahniah ain tahniah ! Very good job *senyum sinis lambung-lambung purse*
Kejadah dia good job. Aku naik berat sampai 2 kilo haaa hambik mu ! Aku makan burger bakar, sup gearbox, tempoyak ahhh memacam lagi la. Tapi takpe aku dah topup lemak-lemak yang aku consumed dengan jayanya tu guna roller blade. Walaupun aku tak reti main menda alah tu, tapi sesi kejar mengejar adik aku pun boleh tahan penatnya.

Orang main roller blade. Aku makan goreng pisang dekat tepi. Bagus aku ni. Silalah contohi saya *tunjuk bicep*

Dah seminggu lebih melayan tekak, aku balik Bandung balik. Walaupun dengan tak berapa nak rela. Masa ibu hantar dekat airport tu, ibu siap tanya lagi,

"Kakak ni nak pergi tesco ke nak pegi Bandung ni?"
"Kenapa?"
"Dengan beg baju tak bawak, selekeh macam nak pegi tesco. Melenggang je."
"Alah lagi 2 hari kan balik lagi"

Adegan seterusnya dirahsiakan atas dasar ketidaksenonohan anak dara beliau.
Tapi memang pun aku balik Bandung 2 hari. Hehe. Balik sebab nak ambik result je pun. Hmpphhh.
Tapi balik lambat jugak sebab ada exam etnik. Gigih tau aku stay up baca etnik. Lol gilaaa.

 Ohhhh anak-anakku... Budak-budak ni la yang aku kejar kehulu-kehilir. Kau ingat acik kau ni Usain bolt ke apa haha


 Ibu memang suka posing senget. Nak sorok perut katekoooo


 Yang sebelah ibu tu anak buah ayah, Kakak Nani. Berjimba sakan kitorang tau haaa


 Inilah Sup Gearbox yang digembar-gemburkan. Sedap weyyy !! Straw dia 
besar gajah lagi.


Cheesy fries. Semuanya menggemokkan. Jangan risau. Aku memang 
ada misi nak jadi gemuk pun.


Bakar ! Bang burn kena bagi komisyen kat aku kot sebab tolong
promote burger dia kekekeke

Aktiviti seterusnya kat rumah mestilah memasak. Katering. Kring ! Kring !
Masa pepagi nak mula masak tu, aku macam nak tercekik senduk jugak lah bila tengok menu sampai 16. Tak tahu nak percaya ke tidok. Sampai aku rasa dalam mimpi. Nak jugak tanya, yang makan ni orang ke gorilla kakakaaka. Sebab kapasiti 50 orang je. Tapi menu sampai 16 perghhhh nangis ahh camni. 

Tapi aku gigihkan jugak la. Mak aku dah tentulah pepagi dah drift pegi pasar borong kekekeke. Sampai kedai je dah penuh barang. 



1. Mee goreng
2. Sup tulang
3. Bubur jagung
4. Nasi goreng
5. Kambing bakar
Ahhh banyak la lagi. Aku yang tengok makanan banyak-banyak tu pun rasa nak muntah hahahaa. Walaupun aku suka tengok makanan banyak-banyak. Dan juga suka makan banyak-banyak hahaha


Aktiviti seterusnya. Tengok tv sampai bengkak. Haaa yang ni yang paling berjaya sekali hahaha. Sebab time ni sebenarnya tenga Sea Games. Aku memang suka tengok games yang involve countries ni. Seronok. Time ni lah nak rasa semangat patriotik membara. Harimau Malaya tu rasa boleh kalah kuasa kuda lah. Rasa bangga bila lagu Negaraku yang dipasang. Best ahh. Kalau jadi atlet tu mesti lagi best hahaha

Aku selalu ada impian nak jadi atlet negara kakakaak. Berangan kan aku. Sukan apa lah aku nak rembat. Ibu cakap aku boleh jadi tukang lap lantai time match badminton tu je kakaka. Sabar je lah. 

Tapi aku rasa maca disappointed jugak la dengan certain malaysian yang suka kutuk-kutuk atlet ni. Kalu kalah kena hentam, bila salah sikit kena maki. Menang pun kena caci jugak. Sungguh lah aku tak faham. Macam kes Farah Ann tu kan. Bagi aku, setiap manusia ada flaws dia kot. Aku tak kata la dia tu takde salah, k fine baju dia memang salah disisi agama. Tapi orang kita lantang sangat menegur. Lantang menegur tanpa solusi. Tahu nak hentam je. 

I've followed every single of dia punya matches kot. Individual ke group ke semua aku follow. Dari dulu sampai sekarang. Bukan Farah sorang je. Semua atlet aku follow. Aku nampak macam mana bersungguh setiap atlet tu nak majukan diri dia, nak bawak diri dia ketempat yang lebih baik. And if you follow too, you will see how hard and how struggle they are. Gymnastic is not the sport yang everyone boleh main. Tak semua orang are born with it. Tapi semua orang tu cakap macam dia pro habih laa. Gymnastic tu kena belajar dari kecik. Bukan macam bola tampar kau main sesaja dua tiga minggu boleh pandai main. Start main umur 30 pun tak pe. Gymnastic nak start umur 30 memang silap ahh bro. 

And i understands some of the comments are meant to menegur and wand kita sesama islam memang kena tegur sesama sendiri. Tapi Rasulullah ajar tegur secara berhikmah kot. They are so many ways nak menegur orang. Or maybe the best thing you could do other than menghentam tak tentu hala tu baiklah kita try design an outfit yang suit the games, syariah and also her. Kita nak menyampaikan dakwah ni buka dengan kata-kata je. Action speaks louder than words kan. Surah As-Saff pun ada sebut "kenapa kau tak buat apa yang kau katakan". 

I am so sad bila ada orang yang macam ni. I've been in the contigent. Maksudnya aku pernah berada dalam satu kontijen. Kita bawak tugas besar. People are depend on us. Kalau kalah tu bukan setakat sedih je tau. Rasa kecewa, rasa bersalah rasa tak berguna semua ada. Bila kita comments orang macam ni dia macam memberikan pandangan buruk dekat Islam. Bukan dekat Islam je dekat Malaysia sekali. 

She cried kot amasa dapat gold tu. And 1 hour after that, keluar semua cerita2 tu. Could you imagine her feeling ? mesti dia rasa usaha dia tak berbaloi. Bukan dia je la yang macam ni. Ramai lagi atlet yang kena macam Farah ni rasanya. Tapi nak buat macam mana. Ini memang norma masayarakat kita. So we have to change la kot. Nak majukan negara ni bukannya daripada kemantapan pemimpin dia je, rakyat sebenarnya yang mencorakkan negara. Pemimpin bagus mana pun tapi rakyat tak boleh nak pandang sudut positif, no point jugak. Find the positive people. Put the negative aside first. Jadi ayuhla berubahhh !!!!


 The sweet 60 gold medal. I cried kot bila menang. Ibu yang memula tak faham game basketball ni pun sampai faham macam mana rules semua. Ibu pun terharu bila tgk diorg main. Goodjob guys !!!

p/s : orang lain dah banyak menyumbang dekat negara, dekat ummah. Kita ni takkan selamanya nak jadi words warrior je :)