Wednesday, 29 July 2015

Ke Krabi Ke Kita - Part 2 (Island Hopping)

Assalamualaikum wbt..

Jumpa lagi Yeayyyy !!! hahahaha

Jom sambung trip Krabi kita.

ISLAND HOPPING
Hari Kedua (PHI PHI ISLAND)

Esoknya kitorang pergi lagi dekat tepi Aonang Beach tu nak cari pakej Island Hopping. Jalan-jalan cari pakej tu kitorang jumpa la satu tempat ni.

Mari brainstorm mengenai aktiviti Island Hopping bersama Nurulain Hanani hahahaha. Ok seperti yang semua orang tahu, Krabi ni ada banyak pulau yang cantik-cantik. Masa mencari pakej Island Hopping korang akan diperkenalkan dengan bermacam jenis pakej. Contonhnya 7 islands, 4 islands, Hong island, James Bond dan bermacam lagi. Semua harga berbeza. Masa sebelum pergi kan kitorang risau ramai orang dekat Krabi ni kan sebab sekarang tengah musim cuti. Rupanya mengikut orang tu kata sekarang ialah low season. So harga pakej pun jadi murah gila kentang punya hahaha. Daripada 1500baht dia turunkan jadi 700baht je huwarghhh aku sikit lagi nak nangis tanda bersyukur time tu hahaha

So sekarang aku cerita pakej yang kitorang ambik je lah. Kitorang plan hari kedua ni nak pergi Phi Phi pastu esok hari ketiga nak pergi 7 islands. Kitorang guna travel agency yang sama untuk dua-dua pakej ni. Lepas nego dengan cemerlangnya, kitorang dapat dua pakej Phi Phi dengan 7 islands dengan harga 1300baht/Rm 130. 900baht/Rm 90 untuk Phi Phi, 400baht/Rm 40 untuk 7 islands. Aku tak tahu murah ke tak tapi mengikut apa yang aku survey ini dah dikira murah la ni.

So harini kita pergi Phi Phi dulu, boat bertolak pukul 9.00 pagi dari Aonang Beach. Kitoraang naik boat besar 20 orang.

Perhentian yang pertama kitorang ialah Bamboo Island. One word, cantik. Gila. Walaupun time tu panas tapi sebab cantik sangat kitorang peduli apa. Dah lupa dah panas sebab pantai cantik. Pasir putih. Air ada banyak tone. Air jernih. Kita pun mandi lahhh !!! dekat Krabi ni semua pantai dia ada pasir yang lembut macam cotton candy boleh makan kakakaka. Dah la lembut, putih pulak tu. Huwarghhh katil kat rumah pun tak lembut macam ni.

Nampak pasir? Putih tak? Putih kan. 

Ini nama dia muka tak puas hati sebab budak laki dah bawak gopro lari. Nasib baik ada camera dab. Lapp youu Dab wiwiwiwiiw

Kita sempat tanam Haikal dalam pasir. Sempat buat drama lagi.

Breathtaking :))))

Berhenti dekat Bamboo Island ni for about 45 minutes macam tu pastu kitorang pun bertolak pergi mana kawan-kawan ? kita pergi ke Phi Phi Piley Island. Dekat sini buat apa ? Snorkeling sampai tak cukup oksigen. Dah tak cukup oksigen tu kita tarik la orang lain bagi tenggelam supaya kita timbul ahaaa. Waktu macam ni gopro Burn la yang paling berguna sekali. Time ni kitorang silap sebab tak bawak roti nak bagi makan ikan. Bawak roti tapi tak bawak turun masuk air. Bengap tak bengap ?
Bila tak bawak roti turun air tu makanya tak banyak la ikan yang mendekati. Tapi ada coral yang cantik. Pun boleh la. Era first time snorkeling jadinya kita yang amatur ni lah yang pakai life jacket. Diorang yang lagi 5 tu semua dah pro, life jacket tu pandang sebelah mata je. Time ni aku sedar aku kena belajar swimming kakakaka.

Next stop, kita pergi makan. Dekat Phi Phi Don. Sedap tak makan? Sedap. Banyak. Boleh tambah banyak-banyak kali. Superb. Macam bela hantu raya memasing. Kalau part makan, the king mestilah Hilmi dengan Shebby. Dekat Phi Phi Don ni memang mostly orang berhenti makan. Memang masuk dalam pakej makan ni.

Banyaknya makan. Ada spagheti, ada sup ayam, ada ayam goreng, ada sayur. Fuhh banyak.
Hilmi dengan Shebby tambah sampai 3 pinggan.

Lepas dah isi perut, kitorang pergi Viking Cave. Ada apa? Viking Cave ni sebenarnya tempat burung buat sarang. Tak boleh turun pun dekat sini. Tengok gua tu dari dalam bot je. Tak tahu kenapa tak boleh swimming dekat sini. Dekat gua tu memang nampak pun banyak sarang burung gantung-gantung. Tour guide tu cakap every 3 months akan ada orang yang kutip sarang burung ni.

Ok kita pergi perhentian yang seterusnya. Yang ni yang paling cantik sekali. Nama dia Lohsamay Bay. Suka sangat dekat sini. Cantik. Air biru. Air jernih. Tapi kitorang tak turun air. Duduk atas bot je. Kenapa tak turun air? Sebab dekat dasar dia memang takde coral ke ikan ke apa ke. Cuma air dia yang biru tu buat orang geram. Cantik sangat. Tengok je lah gambar. Sebab nak cerita pun tak tahu nak cerita macam mana. Cantik sangat. Nak nangis rasa kakaka

Ini Lohsamay Bay. Dan gambar yang lepas-lepas ni pun tempat yang sama.


Rindunya tempat ni. Gambar yang aku upload ni semua no filter tau. Pakai fon je.

Lepas daripada Lohsamay Bay, kita pergi Maya Bay pulak. Maya Bay dengan Lohsamay Bay ni sebenarnya sebelah-sebelah je. Terpisah dengan limestone cliff. Maya Bay pun cantik. Dekat Maya Bay boleh turun. Kalau nak mandi pun boleh. Nak jalan-jalan dekat Maya Bay tu pun boleh. Kalau jalan-jalan around situ boleh pergi dekat satu tempat ni yang boleh nampak Lohsamay Bay dekat sebelah. Ada la kena panjat tangga sikit. Tapi view memang superb.

Ini lepas naik tangga dekat Maya Bay. Bawah tu Lohsamay Bay. Tapi tak boleh turun lah. Tengok dari atas je.

Maya Bay.







Dab :)))

Haaa ni tangga kena panjat. Alahh tak tinggi pun. Kau pejam mata pun sampai.

Lepas dari Maya Bay kitorang balik Aonang. Lebih kurang pukul 4.30 kitorang dah sampai tempat mula-mula bertolak. Overall Phi Phi Island is the place for the view. View paling win. Walaupun tak banyak tempat boleh snorkeling tengok ikan tapi sebab scenery awesome, kita boleh bawak bincang lagi hahaha.

Malam tu kitorang keluar pergi beli makanan pastu makan dekat bilik. Kitorang beli somtam harga 50 baht, nasi goreng harga 80 baht, pancake yang femes tu dengan harga baht dengan ice lemon tea dekat 7E. Persoalan seterusnya kenapa kitorang tak makan dekat luar je? Sebab panas. Peringatan ye, dekat Krabi ni panas sebab dia pantai kan. Memang panas la. Dinasihatkan pilih hotel yang ada aircond. Takdelah memalam flip katil sebab panas. Dah sampai hotel, kitorang buat maggi yang kitorang bawak dari Malaysia.





Hari ketiga (7 ISLANDS)

Hari ni kite pergi 7 islands. Kenapa nama pakej ni 7 islands? Sebab kita pergi 7 tempat la. Easy kan. Okay pakej 7 islands ni kitorang dapat dengan harga 400baht/Rm 40 seorang. Include dinner, bbq, fire show dengan equipment.

Kalau rajin survey, ramai orang pergi Krabi akan pergi pakej 4 islands. Tapi kitorang tak ambik pakej tu sebab pakej 7 islands ni lagi berbaloi kot. Dalam pakej 7 islands ni dah masuk sekali 4 tempat yang kita akan pergi dalam pakej 4 islands tu. Tapia da extra lagi 3 place. Siap ada dinner and bbq, pastu dapat tengok fire show lagi. Dapat tengok plankton. So aku nasihatkan, ambik la pakej 7 islands.

Untuk pakej 7 islands ni =, kitorang bertolak dari jeti Rai Lay Beach pukul 12.30 tengahari. Hahaha gila kan pergi pantai tengahari buta. Tapi memang pun sebab pakej ni sampai malam pukul 9 baru balik Aonang hahah. Rai Lay Beach dengan Aonang tak jauh pun. Bila korang ambik pakej tour ni jangan risau sebab pihak tour tu memang akan ambik korang dekat depan pintu hotel. Kalau korang nak suruh dia jemput depan pintu bilik tu mungkin dapat penendang.

Baru macam Sharpay Evans sikit haaaa. Pakai sunblock gitewww

Naik bot dari Rai Lay Beach. Lama jugak la nak sampai dekat perhentian pertama tu. sampai dah ngantuk duduk atas bot huwarghhhh. Ni kalau ngantuk tergolek masuk laut terus naya je hahah.
Lebih kurang 45 minit macam tu kitorang sampai dekat perhentian pertama. Taming Island. Dekat sini snorkeling. Ada ikan banyak. Coral cantik. Tapi satu masalah. Ombak kuat gila. Sumpah wa cakap lu, ombak tarik sampai nak putus tangan buat kuak lentang nak sampai dekat bot balik.

Ni ikan banyak sebab dapat roti. Suka la kau kan ikan.

Masa tengah snorkeling tu, aku jujur memang struggle habis la dengan ombak dia. Baru snorkeling berapa minit dah kena tarik jauh dari bot. Rasa nak give up je bila nak swim balik pergi dekat bot. Lagi-lagi bila tengah swimming tu tetiba ada orang nangis sebab kena jellyfish. Gila tak panic aku. Rasa nak give up kat situ. Tapi kang give up lagi la sedap jellyfish tu mengendeng kat aku. Time ni Haikal ada sebelah aku. Dia lah yang cakap ada jellyfish. Dia nampak jellyfish tu. Aku dah la tak nampak lagi lah aku panic. Aku cakap dekat Haikal suruh tarik aku sebab aku dah pancit haha. Rupanya dia pun pancit jugak. Aku pegang life jacket dia. Ingatkan dia nak tarik aku tapi aku lagi depan dari dia. Aku yang tarik dia. Haikal dah kedepan, aku pulak yang kebelakang. Haikal pulak tarik aku. Macam tulah cerita dia sampai lah kitorang sampai dekat bot.



Tapi kesian dekat Dab dengan Era sebab diorang tertinggal dekat belakang. Aku nak patah balik tapi aku pun dah pancit. Memang tak larat nak tarik orang dah. Nak pergi kat diorang balik pun aku tak larat. Burn, Hilmi dengan Shebby ni lagi kuasam, diorang dah naik bot dah lol. Sebab time tu pun memang orang dekat bot tu dah panggil suruh naik maybe sebab jellyfish tu. Bila dah naik bot semua orang muka exhausted habis. Dab la paling exhausted, nak tarik orang lagi, nak lawan ombak lagi. Sorry Dab ! Sory Era ! huwarghhh..

Lepastu kitorang pergi next stop, aku dah tak ingat nama apa haha. Tapi tak boleh snorkeling, tak boleh swimming. Kat sini buat cliff jumping. Siapa yang cliff jumping? Obviously bukan kitorang yang perempuan. Budak lelaki je yang buat. Tak larat woi dah la exhausted tadi snorkeling. Nak panjat-memanjat lagi alahai dahlah sis give up. Lagipun orang tinggi senang la nak memanjat sebab tempat capaian dia jauh-jauh. Untuk aku yang kurang ketinggian ni susah la dik oiii.

Wakil Selevens. Isham patut bangga dengan korang.


Perhentian seterusnya, Chicken Island. Kenapa nama dia chicken? Sebab bentuk batu dekat situ macam ayam. Siap ada balung lagi haaa. Jangan memain. Dekat sini snorkeling lagi. Bila dekat sini aku dah fobia sebenarnya nak masuk air sebab ada jellyfish. Tapi aku gagahkan jugak pergi turun. Sebab kalau tak turun nanti aku menyesal hahaha. Kali ni kitorang bawak roti. So boleh bagi ikan makan. Maka banyak lah ikan datang mendekat. Tapi masalah dia, bila ikan dekat, aku pulak yang geli. Dia masuk bawah dagu weh. Geli dowh tak boleh kompromi. Pastu keliling aku penuh ikan ahh geli gilaaa.

Aku geli dengan ikan. Aku takut jellyfish.

Alah ni rebut nak masuk gopro ni hahaha

Dekat sini ombak dah tak kuat. So senang nak snorkeling. Takdelah gaduh dengan goggle dengan life jacket lagi. Asik masuk je air dalam goggle. Benci beteiii.


Dah puas snorkeling. Kita pergi ke Poda Island dengan Tup Island. Ok ini trick dia sebenarnya. Bila dekat sini korang kena bayar national fee. Aku tahu orang cakap Poda dengan Tup cantik. Tapi bagi aku Phi Phi lagi cantik. So sebab semalam dah pegi Phi Phi, bila tengok Poda macam biasa je kitorang tak turun dekat Poda dengan Tup. Kalau tak turun dekat sini korang tak payah bayar national fee. So dah jimat 400baht dekat situ. Kau relax je straight pergi Phranang Beach. Bila kitorang dah sampai Phranang Beach, time tu dah nak dekat sunset. Phranang Beach pun cantik jugak. Yang penting semua tempat best la kat sini. View best. Dekat sini la kitorang ada dinner, bbq dengan fire show. Makan bbq sambal tengok sunset. Sebelum sunset dengan makan tu sempat la mandi-manda dekat pantai tu. Air pun jernih pedehal. Bila dah nak dekat sunset tu baru kitorang makan. Sambil tengok sunset. Romantik angattt. Ni orang honeymoon suka ahh. Aku ni pergi dengan diorang ni, dengan aku-aku pun tak betul hahaha. Makan pun boleh tambah-tambah, tak kenyang jugak tak tahu la korang ni perut jenis tong apa. Lepas makan, ada fire show. Seronok tak fire show? Seronok. Walaupun 10 minit je tapi seronok. Hahaha. Power betul orang yang perform tu. Aku bakar kertas nak hidupkan api dapur pun mencicit lari even api belum sampai setengah hahhaa.

Fail ni fail. Baru sampai Phranang Beach.

Fire show.

Us :)


Lepas habis fire show, kitorang gerak pergi satu pulau ni. Aku tak sure nama pulau ni apa. Sebabnya time tu dah malam. Dah gelap. Macam biasa, semua orang tahu aku takut gelap. Jadinya aku punya fobia campur takut sebab duduk tengah laut lagi. Aku memang tak focus dah. Bot tu pulak asik senget je. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Seriau betul. Tak tahu la siapa yang berat sangat dalam bot tu.

Dekat pulau ni kitorang tengok plankton. Plankton ni apa? Haha aku pun tak tahu mende alah ni mende. Sebab dia kecik. Tak nampak pun sebab gelap. Nak tengok plankton ni kena gelap sebab plankton akan bercahaya bila dia berlanggar dengan sesuatu. So boat padam lampu. Lagi la gelap kan. Pastu masa nak tengok tu, tour guide tu tunjuk jellyfish yang beracun dekat dalam air. Actually dia bagi turun swimming tapi sebab ada jellyfish tu dia terus tak bagi hahaha. Tour guide tu ambik air laut masuk dalam baldi pastu dia suruh kita kocak-kocak air dalam baldi tu. Pastu nampak la ada macam bercahaya dekat dalam air tu. Sebab plankton tu berlanggar dengan tangan. Dia macam kelip-kelip la gitu. Tak nampak kat mana tapi dia bercahaya. Aku rasa amaze tetiba dengan benda alah tu hahaha. Sebab tak penah tengok kan. Batak la sikit hahaha

Sekian sahaja Island Hopping dari kami :)))

Lepas dari situ kitorang terus balik Aonang. Sampai hotel dalam pukul 9.30 malam. Dah penat sangat. Naik bilik terus tidur. Dah tak ingat pape hahahha. Penat sangat hahaha.

So dah habis island hopping kita. Sebenarnya ada banyak lagi pulau yang boleh pergi. Cuma redha tak redha je lah nak bayar duit hahaha. Tapi Phi Phi tu kena pergi la. Kalau tak pergi memang rugi lah hahahaha

Ok dah habis entry kali ni. Dah penat baca kan. Nantikan entry yang seterusnya. Hari terakhir kita beraktiviti sebelum balik KL.

Entry untuk hari terkahir sebelum balik KL, Ke Krabi Ke Kita - Part 3

Till then, wassalam

p/s : lepas balik KL, semua orang jetlag teruk. Jetlag tahap  gempak tidur sehari suntuk memasing hahaha

Tuesday, 28 July 2015

Ke Krabi Ke Kita - Part 1



Assalamualaikum wbt

Ni baru betul blog dah bersawang. Blog ternak spider. Aku ternak lemak. Makan tak berhenti. Sikit lagi boleh dah masuk pertandingan makan.

Dah nak masuk 2 minggu raya kan. Harini raya ke-12. Setakat ni aku masih suci daripada puasa 6. Huwarghhh bila tah nak start. Nak start tapi hari-hari ada je makanan-makanan yang sedap. Mana boleh jadi macam ni. Polis patut saman orang yang masak sedap-sedap ni. Bukan setakat saman orang yang memandu melebihi had laju macam aku ni hahhaha

Entry harini aku nak cerita pasal percutian di hari raya aku. Orang beraya aku pergi bercuti kan. Mestilah, tiket murah kot hahaha.
Kalau tahun lepas cuti sem aku pergi Singapore, kali ni aku pergi Thailand. Dah pakar dah cakap thai ? eleh kacang je. Kitorang siap bawak dictionary tau haaa. So bila aku pergi? haaa khamis minggu lepas aku pergi. Isnin minggu ni baru balik. Sebab tu burn lebih. Kakakakakka

Sawadekhaaa !!!

Haaaa tu je aku tau hahaha

So kita cerita dari mula la ye.

Sebenarnya plan nak pergi Krabi ni dah timbul dari tahun lepas lagi. Lepas pergi Singapore tu terus datang plan nak pergi Krabi. Aku memang target tetiap tahun nak pergi bercuti. Sebab tu aku jarang shopping masa dekat Bandung hahaha. Aku ada satu perangai pelik which is aku tak suka berjalan dalam satu negara yang aku tinggal. Let say aku duduk dekat Bandung. Aku tak suka jalan-jalan sekitar Indonesia. Aku suka pergi negara lain. Same goes kalau aku duduk dekat Malaysia.

Plan awalnya, trip pergi Krabi ni ada aku, Dab, Isham dengan Acap. Tapi bila dah last-last tuh Isham dengan Acap tak pergi. Orang lain yang pergi. Kitorang beli flight ticket masa awal bulan puasa masa tu. time tu tengah promo so kitorang dapat RM 164.00 return untuk seorang.
Owh lupa nak bagitahu, masa nak beli flight ticket tu pun ada masalah jugak kakaka. Sebabnya, konflik tak tahu nak pakai bank siapa dulu haha. Lepastu kelam kabut nak kejar dateline promo. Sampai kitorang dah cancel plan nak pergi Krabi sebab takde bank yang ‘berisi’ haha. At last settle jugak. So truip kali ni dikuasai oleh 7 orang. 3 perempuan (era, dab, aku 4 lelak (haikal, burn, hilmi, shabby) .
Ini selfie flight delay. So this is 7 of us. 

Dah settle flight ticket. Pecah otak fikir hotel pulak. Mana taknya, takut sangat kalau semua hotel full kan. Sebab at first kitorang fikir tengah cuti sem. Mestilah ramai orang tengah bercuti. Student especially. Pastu tengah raya pulak. Lagi la ramai orang cuti. Kitorang book hotel guna agoda dengan booking.com je. Memang boleh percaya la dengan diorang. Sebab masa memula aku nak book hotel guna agoda dengan booking.com ni aku pun macam was-was jugak. Yelah takut nanti booking aku tak masuk ke apa ke kan. Tapi ok je sebenarnya. Boleh bayar online guna credit card or debit card. Aku yang takde credit card ni, aku lebur je lah debit card. Tekan sana, tekan sini dah siap. Dah boleh la packing bag. Bawak makanan banyak-banyak sikit boleh la cut cost makanan.

Haikal kalau suruh berlakon dia suka hmmm



Menung apa Haikal?

Nama hotel kitorang ialah 3 Bees Guesthouse. Time booking tu korang boleh la pilih hotel yang mana yang berkenan di hati. First tip, pilih hotel yang dekat dengan Aonang Beach. Jangan book hotel dekat Krabi Town sebab dekat situ takde pape. Second tip, lagi dekat hotel dengan pantai lagi mahal harga dia. Sebab kita bayar harga scenery hahaha. Walaupun alam itu kepunyaan Allah tapi manusia ni suka mengambil kesempatan haaa kau.


Finally, boardinggggggg


Hotel aku tu jarak dia 1km daripada pantai. Jauh kan? Memula rasa jauh jugak. Tapi jangan risau, lepas 2-3 kali kau ulang alik, dia sebenarnya takdelah jauh mana pun. Lagipun ada tuk-tuk kalau malas sangat nak jalan, bayar je 30 baht. Aonang Beach ni memang attraction place dia. Sepanjang 500 meter dari Aonang Beach tu lah ada banyak restoran, hotel, bar, tempat urut dan sebagainya. Memang gempak lah situ. Ada mcd, starbucks, pizza dan macam-macam lagi. Seven eleven pun berlambak. So nasihat aku, carilah hotel yang dekat dengan pantai. Book awal untuk dapat harga yang murah. Survey dari macam-macam website untuk compare harga contohnya agoda, booking.com, trivago dan expedia.


Sikit lagi nak sampai skit laagiii haha

Tapi hotel kitorang tu even jauh sikit dari pantai tapi sangat comfortable. Ada aircond, ada tv, bilik dia selesa, tak bising sangat sebab jauh dari pantai. Basically kitorang puas hati sangat dengan hotel.
Jadi sekarang mari mulakan pengembaraan, flight kitorang pukul 4.15 petang hari Khamis (23 July). Tapi flight delay sampai pukul 5.15. Sampai dekat airport Krabi pukul 6.00 petang. Perjalanan flight tu ambik masa satu jam 45 minit tak silap. Lepastu Thailand dia lambat 1 jam dari Malaysia.
Dari airport Krabi, kitorang ambik shuttle. Shuttle tu memang dah ditempah awal, since dekat Malaysia. So turun je dekat airport cari je orang yang pegang placard nama kita. So tak lah susah nk cari van dengan bas lagi. Untuk shuttle tu boleh book dekat www.krabishuttle.com . One way 750 baht untuk minibus 8 orang. Bagi aku kira okay la tu.

Dah sampai alhamdulillah. Dalam shuttle ni ada wifi. Gila tak seronok hahahaha. Baru boleh swarmapp hahaha

Selfie depan hotel. Ini lobi hotel. Tak mewah tapi ok lah. Hotel harga 40 ringgit sebilik. Ok apa. Bajet kitorang pun tak lah besar. dapat tidur, selesa pun dah okay dah

Pukul 6.30 sampai dekat hotel. Masa nak check in hotel ni aku cuak jugak sebab aku takut booking aku tak masuk kan. Tapi masa aku sampai tu orang tu tak tanya banyak pun. Dia tanya nama aku pastu dia terus tahu pasal booking aku. Semua dah siap dah. Means dia memang tunggu kita datang. Terus dia bagi kunci bilik, terang sikit pasal pakej-pakej yang dia ada. Pastu kitorang naik bilik.
Lepas mandi, solat, rehat sikit, pukul 8.00 malam kitorang jalan cari makanan dengan cari pakej-pakej island tour dekat sepanjang Aonang Beach tu. Makanan dekat Krabi ni mahal sikit bagi aku. Sebab nasi goreng biasa-biasa tu pun diorang jual 80 baht/Rm 8. Dekat Malaysia 4 hinggit je kan haha

Malam tu kitorang more to like jalan-jalan nak survey tempat je. Tengok la Krabi ni macam mana sebenarnya hahaha. Tak jumpa pun pakej yang berkenan di hati. Maka kitorang pun balik la dengan hati yang kecewa hahahah


Ini tempat buat air. Free. Minum la seberapa banyak air korang nak.

 Jalan-jalan mencari pakej.Ini gambar hari ketiga dah ni hahahah

 Dulu memula sebelum sampai Krabi aku bayangkan jalan dekat Krabi ni sempit macam jalan dekat Bandung. Rupanya jalan dia besar sama macam Malaysia. Power jugak Krabi ni hahah





Ini dah masuk hari keeeee-2 jugak. Minum sebelum jalan 1km.
so dari kiri (dab, era, haikal( yg buat peace), hilmi, burn(yg pegang roti) and shebby)


Dah habis hari pertama kita di Krabi hahahaha
Nantikan update part yang seterusnya weeee
Part yang seterusnya, sila ikut link ni Ke Krabi Ke Kita - Part 2 (Island Hopping)

Till then, wassalam

Friday, 3 July 2015

FLAMMING STEAMBOAT AND THE GIRLS.

Assalamualaikum peopleee !!!

Dah setengah Ramadhan ni, macam mana puasa semua orang ? Yang dah ada ponteng2 ni kita bakor jee hahahaha

Sepanjang puasa ni dah 2-3 kali dah aku buka kat luar haha. Yang paling recent is semalam yang macam orang gila pegi buka kat KLIA sebab nak tunggu sambal pecel lele sampai dari Bandung. Cemerlang ke tidak seorang Nurulain Hanani, cemerlang ke tidakkk ??!!

Kelako ang tau dak. Aku dah masak dah sebenarnya. Pastu masa nak keluar ambik Aca baru teringat yang harini aku kena ambik sambal pecel lele. Flight Dijah sampai dalam pukul 7.20. So aku dengan tak berapa nak cemerlang ni, pergi ajak ibu dengan Aca ikut pegi KLIA. Yang paling tak tahan tu dah masak dah kat rumah haihhh. Tapi tak pelah. Yang penting iollssss dah dapat sambal pecel lele iolllssss kekekeke

Tak sampai sebulan dah rindu sambal pecel lele kekekkee.

Tapi itu bukan main topic yang kita bakal bahaskan harini. Topic harini ialah berkaitan steamboat. Whoever that knows who i am, they will know my obsession towards steamboat and seafood kakakaka. Aku sangat suka steamboat. Sebab pertama, dia seafood. Sebab kedua, dia buffet. Which means, aku boleh makan sampai perut meletup yassss !!!! Katakan ini suatu kejayaan kekekeke

So last wednesday, aku iftar dengan tak lain tak bukan dengan Razi 2 yang paling awesome. Tapi yang paling awesome among us , mestilah aku kakakaka. Sorry girls *gelak jantan*.

Macam biasa, kitorang mestilah nak makan makanan yang murah and banyak and boleh makan sampai muntah, thats why we choose steamboat. Kenapa tak pilih Seoul Garden yang lagi hipster ? Sebab dia lagi mahal dari Flamming by RM20. So which one menjadi pilihan hati. Of course yang murah hahaha.

Keluar rumah pukul 1.30 lepas aku kelam kabut buat choco moist untuk diorang ni haa. Tulahhh pepagi kau melepet je depan tv. Dah pukul 11.30 baru nak buat dengan barang tak cukup semua. Macam lipas kudung aku buat kerja hahahah. Sampai aku paksa bibik pegi beli telur kakakaka.

I fetched Izzatul first dekat Kota Warisan. After that baru ambik Teha dekat Saujana Impian. After that we went to Sunway Pyramid. Sebab dah janji dengan Neb nak jumpa kat sini nak tengok Poltergeist pukul 3.30. Sampai Sunway Pyramid pun dah pukul 3.15 camtu. Parking penuh gila bak ang. Aku tak tahu apa orang buat dekat Sunway puasa2 ni. Hahaha cakap orang padahal aku pun sama kakakaka. What makes it more weird is. Parking penuh tapi dalam mall tu takde orang pun. Diorang nyorok dekat mana pun aku tak tahu. Ice skating pun takde orang lol. Diorang pegi Sunway Lagoon kot minum ayaq kakakaka.

Muka baru habis tengok Poltergeist. Cubaan nak buat muka ayu : failed ! hahahahah

Lepas tengok Poltergeist, we still have 2 hours before iftar. So kitorang merayap satu Sunway Pyramid padahal tak beli pape pun. We actually want to have a chat je. Nak borak lama-lama, buat lawak haram sampai penat. So sambil jalan sambil la borak2. Nak makan tak boleh so kitorang jalan hahaha. Janji dengan Raihan nak jumpa dekat Flamming time buka since kitorang dah reserved. Tak kisah sangat la kalau datang lambat pun.


Strolling around the mall. Candid attempt : failed !! *Zatul you are so fanneyhhh*


Kitorang solat maghrib dekat Sunway Pyramid dulu baru gerak pergi Flamming. Teha naik kereta dengan Neb. Aku naik kereta dengan Zatul pergi Flamming. Masalah bila sampai dekat Flamming ialah parking. Pastu time cari parking ni lah aku rasa menyesal sebab tak datang awal. Kalau datang awal boleh la dapat parking senang. Ni dah lambat, haaa ambik parking jauh gila hahaha.

Neb dengan Teha bising sebab muka diorang kena asap. Haaa sape suruh duduk depan stove kakakaka

Tapi takpelahh dah sampai dah pun. Steamboat Flamming ni aku suka sebab makanan dia banyak. Variety sangat. Air dia pun banyak. Siap ada ABC, lai chi kang, air gas, air panas haaa memang semua ada la. Ada ice jangan risau so korang boleh ambik seberapa banyak mana ice korang nak.

Dari segi steamboat dia pun memang banyak sangat. Ada yang aku tak penah nampak pun ada hahaha. Since aku kan memang dah melawat banyak kedai steamboat hahaha.  Ada dimsum, ada seafood yang best-best. Kuah dia sedap. Sos dia pun banyak gilaaaaaaa !!! Sampai pening nak pilih sos. Memang best la steamboat dia. Sayur pun memacam sayur adaaaa.

Ni time ni semua orang dah kenyang dah ni. Pinggan semua dah 
licin haaa. Pastu buat second round kekeke

Dia ada makanan bergoreng jugak. Ada hidangan berat. Nasi goreng, mee goreng, ketam masak cili, lala masak sambal, fishball haaa banyak la. Tapi tu semua makanan dah masak dalam buffet. So ambik je la. Sedap pulak tu. Ada sayur yang dah masak. Ayam goreng pun adaaaa. Yang pastinya banyak la. Ada la dalam 10 buffet camtu. Ke lebih entah tak ingat hahaha

Pastu yang paling best dia ialah dia punya dessert. Seronok sangat dessert dia. Ada chocolate fondue kauuu !!! Ada marshmallow, fingers biscuit, ice cream, fruits.. Ice cream dia sampai 10 jenisss tau takkk !!!! Tapi time tu aku tak makan ice cream sebab perut aku macam nak meletup dah hahahaha. Lagipun masa nak cari parking tu si Zatul ni dah menyumbat Auntie Anne dalam mulut. Dah puas mengunyah dah rasanya hahaha.

Dimsum dia sedap sangat. Aku jarang makan dimsum. Tapi pernah la makan 2-3 kali. Aku pernah makan dimsum yang macam tak masak sangat lepastu ada bau hanyir la apa la. Tapi yang ni sedap la. Tak hanyir. Well cooked. Sedap ahh sedap sangat.

Kitorang paksa waiter tu ambikkan gambar and we dont care what people says kakaka

And guess what ? Harga dia RM 35 ringgit je. Ye dah masuk GST dahh hahahaha. Ada certain places steamboat tu dia tak sediakan air sekali. Kalau dia bagi air pun usually dia bagi air masak je. Tapi yang kat sini banyak gila air. Perut penuh air je hahahaha.

Alhamdulillah. Good food. Awesome people. Favorite time. 

The most favourite RATU of mine !! You will always be my RATU  hahaha
HIDUP RAZI !!
kakakakakakakaka

Seoul Garden pun aku rasa tak sebest ni hahaha. Dahlah mahal pulak tu hahaha. Tapi kalau nak rasa hipster boleh la makan seoul garden. Tapi selalunya orang hipster tak makan banyak macam aku hahaha. Rugi je bayar sampai 50 hinggit tapi tak makan macam bela hantu raya ennn.

Aku nak jugak letak gambar ni sebab muka Raihan paling depan kakakaka

From 13 to 21 *lots of love*
from left : me, Teha, Raihan, Neb and Zatul

Bila duduk-duduk borak semua tu. Kitorang sendiri pun tak sangka kitorang dah 21. Jumpa setahun sekali je. Masa kat Semashur dulu, pagi petang siang malam mengadap muka diorang ni. Sampai dah naik boring hahaha. Bangun subuh tengok muka singa diorang, dah lights off nak tidur dah pun still dengar diorang punya suara. Dah nak tidur punkerja nak buat lawak lol. Padahal dah duduk atas katil memasing, dah tarik selimut dah semua.  So the good old times never dies ehhh :)

Dengan diorang la aku jadi tak matang. Main princess-princess, main buaya-buaya atas katil, main makeup, buat kerja Razi sesama. Fikir cheer baru utk homeroom sesama, siapkan props hari sukan sampai pagi tak tidur sesama ahh memacam la. Belajar pun sesama. Aku suka paksa diorang stay up dulu kakakaka Diorang ni dulu semua pepandai. Aku je bebal sikit sebab tu aku stay up haha.

Pastu diorang ni la yang pernah membususkkan aku birthday dulu. Dahlah pegi announce aku bawak fon kat tengah assembly, lepastu pegi tenyeh kek basi dekat muka. Habis rambut iollsss. 3 hari 3 malam basuh rambut tak hilang bau lol. Kitorang jarang cakap pasal gosip, pasal problem or anything yang unrelated to us kalau spent time together, kitorang more to merepek, meraban, buat lawak, bertekak sampai sakit perut gelak. Yang bertekak tu selalu aktiviti Neb dengan Raihan haha.

Rindu sangat waktu dulu-dulu. Maybe sebab most of the times, aku spent masa dengan diorang kot. 5 tahun kot sama dorm mana taknya hahaha.

so here we go the entry for today. Flamming best. Razi 2 best. Semuanya best. In our life, we might lose someone or something, but believe that sometimes we have to lose something to discover more wonderful things. So cheerss people :)))

Till then, See yaaaa
Assalamualaikum 

p/s : jangan lupa puasa. Puasa belum habis lagi hahahaha