Sunday, 14 February 2016

Valentine dan Weekend

Assalamualaikum hi allsss...


Lepas sebulan tak update baru nak muncul pecer ain pecer? Muahahahahahaha. Sejenis aku ialah orang pemalas tahap tak boleh bawak bincang. Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Contohnya, bila aku tengah masak dekat dapur, serta merta aku bersemangat nak update blog. Aku dah tanam azam aku dalam-dalam siap dah buat draft nak tulis apa. Lepas dah siap masak, naik bilik. Terus hilang mood nak update. Aku korek 7 kaki tak jumpa jugak azam yang dah ditanam tadi. Over much?

This weekend im kinda free. Bukan kinda. Memang free pun. First time ni dapat weekend free. Takde daurah, takde training volleyball, takde case kena revise dan sebagainya. I AM HAPPY YEAY !! Even esok dah nak start kelas balik naa its okay. Its okay. Tapi aku tengah procrastinate SOOCA draft Diarrhea aku haha. Sebab aku still tengah fikir macam mana nak buat. Part physiology digestion and absorption of food tu takpe lagi. Sampai dekat disease dengan management, aku masih tunggu ilham datang dari mana-mana. WHO bagi aku management 50 pages kot. Mana nak sumbat dalam satu draft urghhh!!!

So hari ni dengan semalam, selain dari baring atas katil sampai dapat back pain( padan muka! ), aku berjaya habiskan beberapa cerita dekat wattpad yang tertunda nak baca. Selain itu, aku dah habiskan 20 episode The Prince Of Tennis kakakaka. Siapa tak pernah tengok anime ni memang rugi zaman kanak-kanak korang. Seronok kot wakakaka. Over gila dia punya technique, Muga no Kyochi haa kau ada. Tezuka zone la apa la. Dulu aku rasa aku amazed gila bila tengok cerita ni. Tapi sekarang dah besar, sel-sel otak dah berhubung baru rasa tak logik dia.

Lepas dah sebulan tak jejak dapur bagi berasap dapur, pagi tadi aku rajinkan jugak la turun dapur. Lagipun aku sayang kelapa parut kat dalam peti ais tu. Nanti basi sayang je. Dahla banyak satu plastik. Aku pun dengan semangat nak menjadi menantu pilihan mak awak, aku buat kuih lopes dengan buah melaka. Sebab apa? Sebab dua-dua guna kelapa parut. Lagipun semua barang ada.

Lagipun dah lama tak update 'Sesi Memikat Hati Mak Mentua'. Lari dah agaknya mak mentua haha. Resepi kuih lopes ni aku dapat dari Mak Siti. Resepi buah melaka aku cipta sendiri kakakakaka. Kisah buah melaka ni sebenarnya, tepung pulut aku ada sikit je. Solution nya aku campur sikit dengan tepung beras dan tepung gandum.



KUIH LOPES

Kuih lopes ni sebenarnya proses dia lebih susah daripada apa yang aku buat. Tapi aku dah ringkaskan memandangkan dekat rumah ni alatan tak cukup. So aku buat apa yang termampu je. Tapi alhamdulillah sedap je. Sepatutnya pulut tu kena kukus dua kali atas pengukus. Tapi masalah aku ialah, dekat rumah ni takde pengukus., So aku guna periuk nasi. Kalau ikut kena kukus dua kali tapi bagi aku takde effect pun kukus 2 kali tu. Kalau ikut betulnya, kukus sekali tanpa santan lepastu kukus lagi sekali lepas tambah santan. Haa begitulah. Tapi aku kukus sekali je dalam periuk nasi tak guna pengukus pun, masak macam masak nasi. Kay boleh tengok proses-proses kejadian kuih lopes.


Bahan-bahan

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair (aku campur santan perah dengan santan kotak)
1/2 cawan air yg dah campur pewarna hijau
Garam
Kelapa parut
Gula melaka
Gula pasir

Cara-cara

1. Basuh tangan bersih. Basuh beras pulut bersih-bersih.
2. Rendam beras pulut dalam air. Letak pewarna sikit dalam air rendaman. Ikut la kehijauan yang korang nak. Nak hijau turqoise pun silakan. Rendam selama 1 jam
3. Lepas 1 jam, toskan air rendaman. Masukkan beras dalam periuk nasi.
4. Masukkan santan dengan 1/2 cawan air dalam periuk nasi yang ada beras pulut tu, letak pewarna sikit lagi.
5. Masukkan garam sikit supaya dia ada rasa masin-masin sikit.
6. Letak dalam tempat periuk nasi tu. Masak macam masak nasi kayy. Jangan lupa tekan suis on. Kang ada orang mengamuk pulut tak masak hahaha
7. Sambil tunggu pulut tu masak. Kita buat air gula. First sekali, masukkan 3 ketul gula melaka dengan 2 sudu besar gula pasir dalam kuali.
8. Masukkan satu cawan air (kalau nak cair sikit boleh tambah lagi air) dalam kuali.
9. Hidupkan api. Masak gula sampai larut dan tunggu sampai air gula tu mendidih. Anddd lepas mendidih, taraaa air gula dah siap. Senangkannnn.
10. Lepas dah masak (dalam 30-45 minit or sampai periuk nasi tu tak tunjuk cooking dah la), masukkan dalam loyang yang dah dilapik dengan plastik or daun pisang.
11. Biarkan pulut sejuk sekejap.
12. Lepas dah sejuk, Guna plastik, gulung pulut tu bentukkan jadi bentuk silinder. Lepastu potong dan golekkan atas kelapa parut.
13. Ambik mangkuk, letak kuih lopes dalam tu. Curahkan air gula atas dia. Dan boleh makan dahhhh yeayyy

Aku tak de daun pisang. Sebab tu aku gulung guna plastik je. Tapi kalau ada daun pisang lagi bagus. Aku takde daun pandan untuk pewarna dia. So aku guna pewarna kek je hahaha. Yang penting ada warna hijau *flips hair* hahahah

Kay jomm buat kuih buah melaka pulak.

KUIH BUAH MELAKA

Kuih buah melaka ni nama lain dia onde-onde. Suka hati lah nak panggil yang mana. Dua-dua pun boleh. Macam yang aku cakap, aku dah olah resepi ni sebab aku tak cukup tepung pulut. Sepatutnya pakai tepung pulut je tak payah letak tepung gandum or tepung beras. Resepi kuih ni takde sukatan, sebab korang kena pandai-pandai measure. Kalau adunan korang dah tak melekat kat tangan tu dah ok lah kiranya. Kalau adunan korang terlalu lembik nnt dia akan melekat kat tangan. Kalau terlalu keras korang boleh rasa la dia keras hahaha. Adunan yang baik ialah bila korang boleh bersihkan baki-baki tepung yang ada dekat tangan bila korang lekatkan dekat adunan tu. So nanti tangan korang bersih tanpa sebarang lekatan tepung.


Bahan-bahan

Tepung pulut
Tepung gandum
Tepung beras
Gula melaka (potong jadi size kecik-kecik)
Kelapa parut
Air masak
Garam
Pewarna hijau.


Cara-cara
1. Masukkan tepung pulut dalam periuk. Masukkan sikit je tepung gandum dengan tepung beras. Jangan banyak. Pastikan tepung pulut berganda lagi banyak dari tepung gandum and tepung beras.
2. Masukkan garam sikit.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tu tak melekat kat tangan korang. Macam yang dah explain kat atas tu. Letak pewarna hijau ikut level kehijauan memasing. Uli sampai warna dia sebati dan sekata.
4. Bulat-bulatkan doh. Pastu tanam gula melaka kat dalam adunan yg korang dah bulat-bulatkan tu.
5. Buat sampai habis adunan tu.
6. Dekat atas stove, didihkan air dalam periuk.
7. Bila dah mendidih, masukkan adunan yang korang dah bulat-bulatkan and dah masuk gula tu dalam periuk.
8. Tunggu sampai bola-bola hijau tersebut timbul di permukaan air. Bila dah timbul tunggu lagi 5-10 minit.
9. Bila dah berul-betul masak. Angkat lepastu golekkan atas kelapa parut yang dah digaul dengan sedikit garam kayy.
10. Lepas dah siap semua baru boleh makan kakakakakakakakaka





So itu jelah aktiviti aku weekend ni. Selain dari ber'valentine' dengan katil hahahaha. Kiranya aku valentine dengan dapur, memasak lepastu dengan katil which means aku tidur sampai tak cukup tanah hahaha. Lagipun aku tengah serabut otak dan hati. So memanh ini je lah therapy yang mujarab bagi aku. Tenang sikit lepas masak. Esok nak bukak case. Aku dengar next case esok ni ada 4 meeting which means 2 minggu akan discuss pasal case ni je. Masak la siapa chief hahahahha

Sampai sini je lah entry kali ni. Nanti kalau rajin aku update lagi kayyy. Aku nak update pasal cuti sem masa tu. Cuti sem yang buat muka aku terbakar macam udang kena bakar. Sunburn dia sampai sekarang tak habis cisssss. Sesiapa ada tips nak putihkan muka and tinggikan badan boleh PM aku dengan segera hahahah

K sekiannn
Wassalam..