Hye alllzzz. I know i've just updated my blog last month. So sekarang aku nak cakap yang aku ni rajin sebenarnya haha. Tak rajin pun. Ni kebetulan aku on laptop and on wifi sebab nak siapkan kerja. Selalu bukak buku je. Tak bukak laptop, tulis pakai tangan, tak type. Tapi harini exceptional la sebab kena search dekat internet. Kalau tak gigih aku nak bukak laptop, bukak wifi semata nak update blog hahaha. Buat habis kuota internet aku je. I am that kedekut. Yes. Hahahahaha
So harin aku nak cerita pasal last week. Aku ada tetamu all the way from Queensland. Acecehhh poyo. Takdenye. Diorang datang nak berjalan aku ni bertindak sebagai tuan rumah la nak menyediakan tempat tinggal. Aku kan bertimbang rasa orangnya muahahaha. Kalau aku jahat aku letak je diorang depan Jatos. Ahh tu pun kira baik lagi aku letak depan Jatos, depan shopping mall. Ramai orang lalu lalang. Daripada aku letak dekat belakang Mulana haha. Pepandai la survive dekat tempat sawah tu haha.
So, Jawa came here all the way from Malaysia with her friends. Guys. Aussie tengah summer break tu yang bercuti sakan tu. Mencikk!!! Diorang asik cuti je huwarghhh. Bila Jawa mention yang kawan dia semua lelaki aku cam cuak gak lah. Sebab i am not that good with opposite gender. Lambat sikit nak mesra haha. Plus aku insecure la diorang ni semua orang-orang hebat kot. Nak compare dengan aku. Kentang busuk haha. Tapi first-first jumpa, nampak diorang macam laid back je. Plus ok je buat lawak depan aku. Buat lawak bodoh semua. So aku taklah rasa awkward and malu sangat. Kan aku dah cakap aku pemalu haha.
Actually, their first destination was Jakarta. Lepastu diorang turun Bandung naik train from Jakarta. So aku memang setia je lah tunggu dekat Bandung. Sampai Bandung awal pagi, diorang terus pergi jalan-jalan. Gigih diorang ni haha. Aku just hantar supir je kat diorang. Pandai-pandai la korang nak jalan mana.
Aku cakap dah dekat diorang jumpa dekat rumah je. Since Jawa tidur rumah aku. And the guys tidur rumah budak lelaki, Mulana 18. Diorang sampai rumah aku almost 11pm time tu. Aku gigih goreng keropok lekor memalam buta ni sebab nak bagi si Irfan makan urghh. Tak pasal-pasal dia bribe aku guna keropok lekor. Habis satu bungkus keropok aku haha. Bila dah sampai aku bawak pergi rumah budak lelaki, Duduk2 situ around 10 minutes sebab teman Jawa jumpa Irfan pastu kitorang balik rumah. Irfan ni budak batch aku tapi dia satu MRSM dengan Jawa. Tu yang excited macam teletubies memasing time jumpa tu.
Lebh kurang pukul 11.30 aku dengan Jawa balik rumah. Alaaa dekat je, Jalan kaki je balik rumah. Satu taman kan. Pastu pukul 1 pagi diorang dah keluar balik. Sebab apa? Sebab diorang nak pergi Pangandaran. Power tak power diorang ni hahah. Gigih sangat nak pergi Green Canyon. Kalau aku la aku dah pengsan dah berjalan 2 hari tak berhenti. Aku kan sayang lemak kaki aku kakakaka. So malam tu kiranya diorang dtg rumah untuk letak beg je la. Pastu keluar balik. Aku pun hantar la diorang dengan berat hati. Yelahhh. Baru jumpa Jawa kot. Rinduuuu kot kat makcik tu. Nasib baik Dadok tak ikut. Kalau tak aku memang tak bagi diorang keluar rumah.
The next day, diorang sampai rumah dari Pangandaran pukul 8 malam tak silap. Macam biasa aku tukang bukak pintu je haha. Malam tu baru la baru dapat cerita panjang sikit dengan Jawa. Sempat kitorang call Dadok. Merajuk tak habis dia sebab dia kata Jawa pergi Bandung tak ajak dia. Cehhh padahal si Jawa ni dah cakap dah masa tu haha. Lama kitorang buat conference call haaa. MAcam-macam cerita keluar. Bayangkanlah kalau cuti sem pun kitorang jarang jumpa. Sebab first cuti tak sama. Pastu memasing busy. Aku pulak cuti seminggu je. Selalu keluar medang je memalam. Harapkan cuti raya je lah panjang sikit. Tapi dah boleh no worries dah la sebab aku pun dah nak balik Malaysia for good. Jawa pun dah nak balik Malaysia for good jugak raya ni. Jawa lagi over. Grad terus tahun ni. Jeles betul dengan orang yang grad awal-awal ni.
Esoknya hari khamis. Aku takde kelas. Pastu hari ni hari last diorang kat Bandung. Flight balik Msia petang tu. So aku teman diorang pergi Bandung. Diorang nak pergi Pasar Baru. Ahhh tu memang tempat wajib tourist la tu. Pantang betul diorang kalau tak pergi. Yang aku ni? Dah naik muntah tengok Pasar Baru. Kalau boleh kalau ada orang kirim barang yang nak kena beli dekat situ, aku nak order online je. Pastu hantar sampai rumah boleh tak ? hahahahaha. Aku tak suka tempat yang crowded and takde ventilation. So aku memang benci Pasar Baru tu. Tapi nak taknak kena gak pergi. Sekarang pergi Pasar Baru satu sem sekali je. Itupun bila dekat-dekat nak balik Msia.
Sebelum pergi Pasar Baru, kitorang singgah dekat Masjid Raya Bandung dulu. Honestly aku pun tak pernah pergi tempat ni. Tapi budak-budak ni gigih sangat nak pergi. So first time aku pergi, dengan diorang ahh. Hahahahaha. Loser tak aku?
Bila spent time dengan diorang ni, baru la nampak perangai memasing. They're so much fun. Buat lawak je tak habis-habis. Aku rasa nak tanggal maxilla gelak dengan diorang ni. Diorang ni macam teletubies yang bila buat lawak tapi tak sedar diorang buat lawak. Aku tak tahulah aku yang mudah terhibur ke apa ke, Tapi aku dah lama la tak gelak macam tu, Macam its good to know them. Sampaikan bila diorang nak balik petang tu kat airport. Aku rasa sedih sangat. Hahaha. Kalau diorang baca ni mesti diorang bahan aku hahaha. Tapi seriously korang memang best ahh. Aku dah lama tak rasa light macam tu. Maybe sebab kat sini socialize dengan budak medical line je. Dentistry, pharmacy, medic. So hidup aku lifeless sangat hahaha. Stress je memanjang.
Anas. Psychologist muka garang tp hati ada taman, memula nampak dia rasa macam alamak mesti dia ni strict. Tapi bila gelabah alahai kesian sangat tengok. Excited sangat nak makan mi kocok. Lepas borak-borak, rupanya takde lah garang pun. Paling banyak tanya haha. Nampak la attitude ketua batch dia tu. Lawak dia kadang-kadang menjadi jugak la hahaha. Dia ni yang paksa aku pakai loafers bunga-bunga. Anas, aku bukan that girl nas. Hahaha
Zarif. Ingatkan pendiam mula-mula. Tapi last-last sama gak weng dia. Walaupun jarang borak dengan dia tapi dia pun lawak jugak. Part kopi ais jadi kopi blended tu aku pun confuse. Dia kata tak suka makan durian yang dah dihipsterkan tapi lepas nampak kitorang makan. Dia beli gak. Dengan alasan nak habiskan duit rupiah lulz.
Fad. Haaa dia ni aku rasa patut duduk kat Bandung ni haaa. Paling lawak. Paling bising. Banyak tanya jugak. Abang hipster kita. Dia paksa aku like semua gambar dia kat ig haha. Memang padanlah follower ribu riban kan, Fad? Hahahaha. Fad sangat lepak. Aku rasa dia macam usop sontorian hahaha. Aku asik gelak je bila dia cakap sampaikan Anas dengan Zarif paksa aku jangan gelak bila Fad buat lawak. Aku rasa siapa yg dtg dekat Fad untuk psychology consultant mesti boleh jadi gila macam dia gak haha
Akmal. Yang ni betul pendiam. Tapi bukan pemalu. Dia boleh je cakap dengan aku macam biasa. Tapi memang dia pendiam. Akmal jarang buat lawak. Tapi dia lepak. Aku ingatkan bila jarang borak, kitorang awkward tapi tak pun. Ok je.
Basically, diorang ni memang best la. Aku rasa aku nak je ikut diorang balik Aussie. Mesti batchmates diorang yang lain pun sama sewel macam diorang gak. Its good la to change my environment. From surrounded by medical line students to surrounded by another field line. Lagi satu aku salute dekat diorang is, diorang sangat berani nak try street food. Aku ni dah 3 tahun duduk Bandung pun still tak berani nak makan bakso tepi jalan etc. Tapi diorang berani. Aku memang salute la part tu. Masa nak pergi makan dengan diorang aku punyalah risau nak bawak pergi makan mana. Tapi diorang lepak je ikut cadangan pak asep. Sampai dekat Rumah Makan Ampera tu aku makan sikit sangat. Sebab aku takut poisoninh. Aku ada kelas kot esok haha. Tpi diorang ni siap bertambah. Sampai kata taknak balik sebab makanan sedap. Sabar je lah.
Petang tu time hantar diorang kat airport, aku tahan je air mata ni. Yelah aku dah la tak sempat cerita banyak pun dengan Jawa. Pastu sedih la lepas ni tak boleh dengar diorang buat lawak dahhh hahaha. Tapi nak buat macam mana. Life must go on haaa.
So to you guys, Anas, Fad, Akmal and Zarif. Thank you made up my day. Serious korang best gila haha. Sorry if rumah tak best ke, transport tak convenient ke, Pak Asep buli korang ke even aku rasa korang yang buli dia haha. Aku harap korang enjoy kat Bandung sebab kalau tak aku sedih hahaha. Lepas ni boleh dah la jalan Bandung tayah tour guide ehh. Good luck in your life. Good luck for your final sem. Nanti korang grad aku datang Aussie. Nanti aku datang Aussie aku nak empat2 bawak aku jalan hahaha. See you when i see you guyss hahaha
Ni Jawa. Makcik yang saya sayang. Ini dekat Masjid Raya Bandung.
Muka aku kembang di situ. Yang belakang pakai baju hitam tu, Zarif. Yang pegang DSLR tgh ambik gambar tu, Fad.
Time ni dekat airport. Diorang nak balik dah :(.
(baju putih : Anas, beg purple : Fad, baju belang merah : Akmal, Buat peace : Zarif)
Ini jelah kisah aku dengan Aussie people ni. Gonna miss their company hahaa.
Sekian, wassalam


