Monday, 22 December 2014

Tips menduduki peperiksaan gaya Ain si suka membebel :)

Assalamualaikum wbt,

Hey people !!! *lelambai tangan sambil pegang dress panjang menyapu lantai*

Acah-acah je nak update blog selalu pedehal. Ni lepas tiga minggu baru aku update kekeke. Hidup semakin berkualiti dengan adanya aktiviti-aktiviti yang memenuhi setiap masa saya. Skema gaban hehe.

Jadi pada harini aku nak berkongsi serba sedikit tentang tips-tips untuk menduduki peperiksaan gaya AKU. First thing first aku dah highlight ni tips aku bila nak exam. Kalau kau rasa tips aku ni mendera badan, tak betul, tak effektif, gila, mereng, sewel dan sebagainya aku nasihatkan jangan ikut tau. Sebarang withdrawal symptom adalah tanggungjawa sendiri haha. Aku tahu setiap orang ada cara memasing. Bagi aku, aku tak boleh guna tips tidur awal, bangun awal, sarapan dengan tenang macam nak pergi picnic, pakai baju cecantik segala. Kalau ikut aku, semua benda kena terabur baru best kekeke. Nak lagi berkesan ialah dengan pakai jubah sepanjang hari exam dengan tudung sarung. Biarkan katil bersepah dan sentiasalah memegang nota di tangan walau anda sedang mandi kakaka.


Sebenarnya aku tengah exam. Exam ok exam. Final sem. Cuak tahap petala kelapan belas tau tak. Harini first day exam. Start dengan OSCE. Berbuih mulut aku asik membebel je dari 2 hari lepas. Alhamdulillah dah selesai. Tunggu result keluar pulak esok. Malam ni mesti level keimanan semua orang meningkat dengan drastik uolls sebab nak lulus semua tak payah kena repeat hari rabu kakaka. Dengan malam tadi tak tidur. Maka pagi tadi macam zombie lupa jala pulang ke gagang lah rupa aku. Menguap 286 kali. Kalau everytime dapat menguap dapat coklat Lindt sebijik, habislah aku terus kena diagnose Diabetic Ketoacidosis.


TIDUR


Aku ada habit pelik. Malam sebelum exam aku takkan tidur. Walau macam mana aku ngantuk sekali pun aku takkan bagi badan dengan otak aku rehat secara total. Aku tahu tak bagus sebab otak dengan badan tak rehat. Tapi badan aku ni pelik anak angkat ajaib sebab bila aku bagi rehat, automatic aku akan lupa semua yang aku baca dengan belajar.

Dulu masa sekolah menengah aku pernah try tidur awal. Esok tu aku ada midterm biology. Ceh acah-acah nak buat tips-tips sebelum menduduki peperiksaan. Sekali esok time exam, habis blank kepala aku. Nak recall satu hape pun tak bolej. Habis berbuih mulut aku selawat, baca mathurat, siap nyanyi nama-nama nabi tapi taknak jugak keluar. Nasib aku tak baca yasin je. Time ni baru nak ingat Allah. Time susah baru nak cari Allah. Lame ain, lame !

Lepas dari hari tu ada jugak beberapa kali aku try tidur awal lepastu esok paginya bangun awal tapi tetap jugak tak menjadi. Tapi kalau aku ngantuk gilaaa, aku tidur dua jam and make sure aku tak tidur dengan selesa sangat supaya tak terlajak. Dan aku hanya akan tidur selama dua jam sahaja. Aku tahu cara ni sangat tak bagus tapi sangat efektif untuk org macam aku haha.

Since dari kejadian-kejadian diatas aku secara rasminya memang takkan tidur malam sebelum exam. Untuk mengelakkan masalah lupa ahahaha.


BAJU

Macam yang semua orang tahu, aku manusia paling pemalas nak iron baju. Aku manusia paling pemalas nak fikir pasal baju ni matching dengan tudung apa, kasut ni pakai dengan baju warna apa, tudung ni nak butterfly ke nak lilit gaya yuna dan sebagainya. Maka dengan itu, kebiasaannya bila menjelang musim-musim exam aku akan pastikan stok jubah HITAM aku berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Acah-acah je hehe.

Kenapa jubah hitam ? simple je jawapan dia. Senang masuk dengan semua kaler. Kau nak pakai tudung kaler pelangi pun takpe. Hahahaha. Jadi sepanjang minggu exam kau akan nampak uniform aku ialah, jubah hitam dan tudung pelbagai jenis. Lagi-lagi bila exam objektif aku akan sarung je tudung instant. Objektif beb ! takde sapa nak pandang and tenung kau jawab exam haha. Tapi kalau oral exam aku pakai la semenggah sikit kang kena cop selekeh pulak. Walau hakikatnya aku memang selekeh pun *kesat air mata*

Sebab bagi aku, waktu exam setiap detik waktu itu umpama emas. Ecewahhh !! Jadi aku taknak bazir masa aku dengan fikir esok nak pakai baju apa, warna apa, beli dekat mana bla bla bla.


STUDY LAST MINUTE

Part ni paling best. Walau pun aku medical student tetapi aku bukan lah spesis student yang revision 2 bulan sebelum exam. Aku lah jenis manusia yang suka mengulangkaji 2 hari sebelum exam kakakakaka. Jangan tiru gaya aku. Kau jadu lah baik sikit. Revise la seminggu sebelum exam. Disebabkan aku study last minute ni la, setiap waktu yang ada tu sangat bermakna. Seba waktu-waktu tu aku boleh una untuk baca setiap baris ayat dalam buku pathology robbin yang ada 1500 page tu dengan font size 11.

Aku tau ramai je yang ada perangai ni kakaka. Biasalah manusia. Procrastinate at its best yeahh !!!
Sebab ni jugak aku tak tidur malam sebelum exam sebab bagi aku membazir je tidur. Waktu tidur tu aku boleh guna baca buku tetebal yang aku selalu guna pepetang nak buat weightlifting sambil squat kakaka. Jangan bagi tau lecturer aku arasso ??

Kalau part ni aku nasihatkan jangan la study terlampau last minute. Seminggu sebelum exam tu kira okay la. Jangan sehari sebelum exam. Kalau aku yang medical student ni buat macam tu mau mati katak aku dalam exam hall. Aku nak hentam pun tak tahu nak hentam apa. Bahaya tau takkk !!!


OTHERS

1. Minum nescafe macam tak ingat dunia
2. Prepare snack bebanyak so that kalau ngantuk time study boleh mencekik
3. Pasang playlist boyce avenue
4. Baca doa jangan lupa hehehe
5. Main gitar kalau tetiba terasa bosan
6. Jauhkan sikit fon dengan internet. Kalau boleh kau cabut je cabel internet tu hahahahah
7. Kalau tak sempat baca semua try cari alternatif contohnya buat soalan atau fahamkan apa yang korang dah baca and try relatekan.
8. Aku suka belajar sendiri instead of study group sebab selalu rasa insecure bila orang tahu tapi kita tak tahu kakakaak. So kalau aku nak join study group aku akan baca dulu baru aku join hahaha






Jadi sekian sahaja tips aku untuk kalian. Sekali lagi diingatkan tips ni semua cara aku. Korang kena define cara korang sendiri. Jangan ikut orang membuta tuli okay. Kang ada pape jadi jangan cari aku pulak. Lagi satu aku tahu cara aku study macam gila sikit sampai tak tidur segala, minum nescfae bertin-tin tapi kau tahu tak nikmat bila exam dah habis tu fuhhhhh ..... umpama mimpi dalam mimpi kakakaka....

Orang cakap bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Pastu yang bestnya, bagi aku dalam hidup kena ada banyak phase. Contoh time exam phase stress sampai nak jerit keluar anak tekak, lepas habis exam relax macam dapat duit 600 juta dolar. Bagi aku dengan cara tu aku lagi menghargai kot waktu-waktu terluang aku hahaha. Lagipun takkan hidup kita ni nak monotone je kann. Exam ke tak exam ke sama je. Bosannn weh bosannnn



Sekiannnn bebelan kakak kau nii :)))

Sunday, 7 December 2014

Jogjakarta sweet escape :)



Assalamualaikum wbt.
Am back again heheh

Rajin sangat update blog sekarang. Sebabnya stress hadap case je -___-

Hari ni nak cerita masa masa awal-awal balik Bandung lepas cuti sem raya tu , aku pergi Jogjakarta. Woahhh sangat kann haaa....


Actually aku pun tak sangka yang aku akan pergi sini since bukan aku yang pla. Kakak-kakak senior yang ajak pergi Jogjakrata. Dekat sini kitorang ada macam form of usrah group gittewwww...
Kakak usrah aku ajak pegi jaulah dekat Jogjakarta ... so aku pun decided nak pergi since duduk rumah pun tak buat apa. Even though rasa berat sikit at first sebab kau tahu tak dari BANDUNG nak pegi JOGJAKARTA ambik masa 15 JAM ??!!

Tu belum kira jalan yang macam ular nak terkencing kena palu hahaha. Indonesia takde highway beb, kau lalu jalan kampung je. Jalan dalam. Obviously kau tak tahu pun kau lalu mana sebab kau bukan penduduk sini lol hahahaa


So kitorang bertolak dalam pukul 8 malam dari Bandung. Sepanjang dalam bas tu aku tidur je sebab aku sure kalau aku berjaga confirm aku muntah 674 kali hahaha. Jalan dia sangat mencabar tauuuuu takkk !!!

Dah la driver bas tu bawak laju gilaaaaaa... jalan belok-belok kau expect aku nak steady je ke dalam bas tu haaa...
Pastu bas kat Indonesia ni satu je masalah dia sebab kecik gila. Orang Indonesia size semua kecik-kecik so memang sesuai la bas tu dengan diorang hahaha...

Even aku takdelah nak besar mana tapi still aku rasa sempit jugak. Kaki aku yang tak berapa nak panjang ni pun tak boleh bernafas kau tahuuu..

Kitorang sampai dekat Jogja dalam pukul 9 pagi macam tu. Kitorang stay dekat rumah kakak seniora yang belajar dekat Jogja. Duduk dekat negara orang kau kena pandai cari connection hahaha. Pastikan kau ada connection dengan setiap student yang belajar dekat negeri tu even lain-lain tempat. Rumah kitorang duduk tu besar, diorang duduk dalam tu 11 orang tak silap aku. Memang besar la. Nama ruma tu Teratak Al-Falah :)

Comel kannn :)))))


zulaikha, aku, azie

ni dekat rumah lagi. Sebelum keluar pergi muzium tu semua

Ni kakak usrah aku, Kak Amna ;)


Sampai je badan semua dah melekit macam apa. Kitorang mandi tukar baju semua. Lepas zohor baru kitirang keluar rumah. Kitorang pegi muzium gunung berapi. Muzium tu terletak macam dekat dalam hutan-hutan sikit. Kalau ikut korang punya knowledge, Jogjakarta ni kan famous dengan candi kan. So masa on the way nak pergi muzium tu kitorang lalu dekat one of the famous chandi. Chandi Prambanan. Sapa penah dengar angkat kaki hahahah...


Muzium gunung berapi tu sendiri sebenarnya surrounding dia gunung berapi. Tapi yang dah tak aktif la. Dekat muxium tu best jugak la. Macam korang tahu Indonesia kan memang banyak gunung berapi. So banyak gambar-gambar and video dia tunjuk. Seronok la. Masa dalam muzium tu ada la tour guide yang akan explained through out the muzium.

Aku baru tahu yang sebenarnya dulu ada mitos yang setiap gunung berapi tu akan ada penjaga dia. So, tugas penjaga tu ialah kalau dia taknak bagi gunung berapi tu meletus dia kena korbankan ayam hutan kot tak silap aku. Aku tak ingat korban ayam ke korban apa. Tapi mesti kena korban la untuk mengelakkan gunung berapi tu meletus.


Korang tengok je gambar. Aku malas nak cerita panjang-panjang sebabnya nanti korang bosan dengar fakta daripada lawak hambar. Aku tak pandai buat lawak.

Aku rasa aku macam statue hahaha. Ni dah dekat muzium dahhh

Acah-acah replika asap gunung berapi meletus ke apa -___-

Scroll laju-laju !!!
Acah-acah menteri
Ni gambar aku edit guna iphone Ku hahahaa
'aku rasa aku nak jadi model '


Ini model sambilan. Boleh pm kalau nak kenal






Lepas dari muzium tu kitorang pergi Universiti Gadjah Mada. Universiti ni famous kann. Mostly senior yang kitorang tumpang rumah tu study dekat sini. UGD sangat besar dan cantik. Masjid dia besar gila tak macam masjid UNPAD. Masjid UNPAD kecik hahaha...

Kak Syafiqah . Ni lah dia masjid UGD. Pintu gerbang dia pun dah cantik dahh

Yang pegang camera, Kak Aina hahaha

Aku rasa nak lesing muka si zu ni hahah



Kitorang singgah UGD tu just sebab nak solat asar dengan maghrib je hahaha.

Lepastu, malam kitorang pergi makan dekat Jejamuran. Haaaa nak tahu tak. Dekat restoran ni kan semua makanan dia berasakan cendawan. Jamur tu kan maksud dia cendawan. Aku tahu ramai tak suka cendawan kannn, aku pun tak la suka sangat dengan cendawan. Tapi dekat restoran ni dia masak sedap gilaaaaa wehhhh. Aku makan sampai bertambah haaa ambik kau. Sedap gilaaaaaa.....

Tapi aku tak de gambar time makan sebab aku sibuk makan. Sedap kannn. Makan lah sampai tak ingat dunia ahahaha


Lepas makan kitorang singgah dekat Taman Lampion. Haaa taman ni boleh la kalau kau nak kata macam i-City yang macam dekat Shah Alam tu. Tapi dia tak la sebesar dekat Shah Alam tu tapi dia ada basikal dua tingkat hahahaha. Kau mampu  aik basikal dua tingkat. Penat gila kayuh wehhhh. Kat sini pun aku takde gambar jugak sebab sibuk main. Walaupun i-City lagi cantik tapi boleh laaaa takat nak tengok lampu hahahah.



Lepastu tengok lampu kitorang balik rumah since time tu dah malam. Balik rumah tak lain tak bukan ialah kitorang tidur macam orang gilaaaaa hahahahaha



Hari kedua :)



Pagi-pagi lagi kitorang dah packing barang. Nak balik dahhhh ;(((

Sekejap je kan kitirang dekat sini sebab minggu depan kitorang dah nak start kelas. Nak start sem baru. So kena balik awal nak menyiapkan mental dan fizikal.

Sebelum kitorang balik kitoranh singgah dekat Pantai Kukup. Ok this is the most exciting part. Ok semua orang tahu aku suka pantai. Aku suka laut macam nak pengsan. Walaupun aku tak pandai berenang tapi aku suka pantai. Aku tak suka swimming pool hahaha.

Pantai Kukup ni cantik sangattttttt *aku rasa nak pengsan sekarang*

Air dia sangat jernih. Pantai Kukup ni dia part of hindi ocean. Macam yang korang tahu Hindi ocean is the most ganas ocean kannnn... Ombak dia memang sangat kuat. Aku pun tak berani nak pergi jauh-jauh. Pantai ni macam pelik sikit sebab dekat dengan shore dia punya air sampai takat betis je. Tapi kalau cross over the border tu dalam gila la. Dekat border tu kau boleh nampak ombak kuat gila. Tapi nanti tengok gambar okayyy hahaha.

Dekat pasir dia ada banyak obor-obor yang dah mati. Tapi orang kat situ warning kitorang awal-awal jangan step on obor-obor tu even dia da mati sebab bisa dia still ada lagi.

Kitorang picnic tepi pantai. Main explorace. Panas jangan cerita la. Macam nak terbakar je. Balik dari pantai tu muka aku hangus macam udang tahu takkkk hahahaha...

Nah tengok gambar


Jernih takkkkk air diaaaaaa !!!!???


Anne maaf jadi mangsa haha. Kitorang berlatih pengurusan jenazah sat ahahah

Breathtaking view. Aku rasa taknak balik. Korang nampak yang putih-putih tu ombak sebenarnya
air dekat dengan shore tu tak dalam pun. dekat part ombak tu dah dalam.

Cuba teka siapa kami hahahah

Baru belajar main air kekekeke
macam ni je paras air dia sampai la dekat tempat ombak tu.

Show the world we gonna crash you down !!!!

tengok ni aku dah pegi jauh ketengah pun still air tak dalam.
tapi kalau kau pergi dekat tempat ombak tu, aku rasa boleh la siap-siap tulis wasiat haha




Jadi sampai sini sahajalah trip kita pada hari ini. Kita sambung pada waktu yang sama di lain hari hahaha. Walaupun aku tak jalan dekat tempat yang ada salji yang lagi cantik macam europe country tu semua tapi aku percaya setiap tempat yang kaki aku bawa, ada sesuatu yang Allah nak tunjuk.

Tak kisah la kalau kau pergi tempat yang paling buruk, paling busuk paling orang tak suka ke apa ke, kau kena percaya setiap langkah yang kau ambik tu ada sesuatu yang Allah nak kau tengok :)

Sekian wassalam.

p/s : doakan aku punya exam lagi 2 weeks. Cuak gilaaaa nak pengsan :(((