Monday, 22 December 2014

Tips menduduki peperiksaan gaya Ain si suka membebel :)

Assalamualaikum wbt,

Hey people !!! *lelambai tangan sambil pegang dress panjang menyapu lantai*

Acah-acah je nak update blog selalu pedehal. Ni lepas tiga minggu baru aku update kekeke. Hidup semakin berkualiti dengan adanya aktiviti-aktiviti yang memenuhi setiap masa saya. Skema gaban hehe.

Jadi pada harini aku nak berkongsi serba sedikit tentang tips-tips untuk menduduki peperiksaan gaya AKU. First thing first aku dah highlight ni tips aku bila nak exam. Kalau kau rasa tips aku ni mendera badan, tak betul, tak effektif, gila, mereng, sewel dan sebagainya aku nasihatkan jangan ikut tau. Sebarang withdrawal symptom adalah tanggungjawa sendiri haha. Aku tahu setiap orang ada cara memasing. Bagi aku, aku tak boleh guna tips tidur awal, bangun awal, sarapan dengan tenang macam nak pergi picnic, pakai baju cecantik segala. Kalau ikut aku, semua benda kena terabur baru best kekeke. Nak lagi berkesan ialah dengan pakai jubah sepanjang hari exam dengan tudung sarung. Biarkan katil bersepah dan sentiasalah memegang nota di tangan walau anda sedang mandi kakaka.


Sebenarnya aku tengah exam. Exam ok exam. Final sem. Cuak tahap petala kelapan belas tau tak. Harini first day exam. Start dengan OSCE. Berbuih mulut aku asik membebel je dari 2 hari lepas. Alhamdulillah dah selesai. Tunggu result keluar pulak esok. Malam ni mesti level keimanan semua orang meningkat dengan drastik uolls sebab nak lulus semua tak payah kena repeat hari rabu kakaka. Dengan malam tadi tak tidur. Maka pagi tadi macam zombie lupa jala pulang ke gagang lah rupa aku. Menguap 286 kali. Kalau everytime dapat menguap dapat coklat Lindt sebijik, habislah aku terus kena diagnose Diabetic Ketoacidosis.


TIDUR


Aku ada habit pelik. Malam sebelum exam aku takkan tidur. Walau macam mana aku ngantuk sekali pun aku takkan bagi badan dengan otak aku rehat secara total. Aku tahu tak bagus sebab otak dengan badan tak rehat. Tapi badan aku ni pelik anak angkat ajaib sebab bila aku bagi rehat, automatic aku akan lupa semua yang aku baca dengan belajar.

Dulu masa sekolah menengah aku pernah try tidur awal. Esok tu aku ada midterm biology. Ceh acah-acah nak buat tips-tips sebelum menduduki peperiksaan. Sekali esok time exam, habis blank kepala aku. Nak recall satu hape pun tak bolej. Habis berbuih mulut aku selawat, baca mathurat, siap nyanyi nama-nama nabi tapi taknak jugak keluar. Nasib aku tak baca yasin je. Time ni baru nak ingat Allah. Time susah baru nak cari Allah. Lame ain, lame !

Lepas dari hari tu ada jugak beberapa kali aku try tidur awal lepastu esok paginya bangun awal tapi tetap jugak tak menjadi. Tapi kalau aku ngantuk gilaaa, aku tidur dua jam and make sure aku tak tidur dengan selesa sangat supaya tak terlajak. Dan aku hanya akan tidur selama dua jam sahaja. Aku tahu cara ni sangat tak bagus tapi sangat efektif untuk org macam aku haha.

Since dari kejadian-kejadian diatas aku secara rasminya memang takkan tidur malam sebelum exam. Untuk mengelakkan masalah lupa ahahaha.


BAJU

Macam yang semua orang tahu, aku manusia paling pemalas nak iron baju. Aku manusia paling pemalas nak fikir pasal baju ni matching dengan tudung apa, kasut ni pakai dengan baju warna apa, tudung ni nak butterfly ke nak lilit gaya yuna dan sebagainya. Maka dengan itu, kebiasaannya bila menjelang musim-musim exam aku akan pastikan stok jubah HITAM aku berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Acah-acah je hehe.

Kenapa jubah hitam ? simple je jawapan dia. Senang masuk dengan semua kaler. Kau nak pakai tudung kaler pelangi pun takpe. Hahahaha. Jadi sepanjang minggu exam kau akan nampak uniform aku ialah, jubah hitam dan tudung pelbagai jenis. Lagi-lagi bila exam objektif aku akan sarung je tudung instant. Objektif beb ! takde sapa nak pandang and tenung kau jawab exam haha. Tapi kalau oral exam aku pakai la semenggah sikit kang kena cop selekeh pulak. Walau hakikatnya aku memang selekeh pun *kesat air mata*

Sebab bagi aku, waktu exam setiap detik waktu itu umpama emas. Ecewahhh !! Jadi aku taknak bazir masa aku dengan fikir esok nak pakai baju apa, warna apa, beli dekat mana bla bla bla.


STUDY LAST MINUTE

Part ni paling best. Walau pun aku medical student tetapi aku bukan lah spesis student yang revision 2 bulan sebelum exam. Aku lah jenis manusia yang suka mengulangkaji 2 hari sebelum exam kakakakaka. Jangan tiru gaya aku. Kau jadu lah baik sikit. Revise la seminggu sebelum exam. Disebabkan aku study last minute ni la, setiap waktu yang ada tu sangat bermakna. Seba waktu-waktu tu aku boleh una untuk baca setiap baris ayat dalam buku pathology robbin yang ada 1500 page tu dengan font size 11.

Aku tau ramai je yang ada perangai ni kakaka. Biasalah manusia. Procrastinate at its best yeahh !!!
Sebab ni jugak aku tak tidur malam sebelum exam sebab bagi aku membazir je tidur. Waktu tidur tu aku boleh guna baca buku tetebal yang aku selalu guna pepetang nak buat weightlifting sambil squat kakaka. Jangan bagi tau lecturer aku arasso ??

Kalau part ni aku nasihatkan jangan la study terlampau last minute. Seminggu sebelum exam tu kira okay la. Jangan sehari sebelum exam. Kalau aku yang medical student ni buat macam tu mau mati katak aku dalam exam hall. Aku nak hentam pun tak tahu nak hentam apa. Bahaya tau takkk !!!


OTHERS

1. Minum nescafe macam tak ingat dunia
2. Prepare snack bebanyak so that kalau ngantuk time study boleh mencekik
3. Pasang playlist boyce avenue
4. Baca doa jangan lupa hehehe
5. Main gitar kalau tetiba terasa bosan
6. Jauhkan sikit fon dengan internet. Kalau boleh kau cabut je cabel internet tu hahahahah
7. Kalau tak sempat baca semua try cari alternatif contohnya buat soalan atau fahamkan apa yang korang dah baca and try relatekan.
8. Aku suka belajar sendiri instead of study group sebab selalu rasa insecure bila orang tahu tapi kita tak tahu kakakaak. So kalau aku nak join study group aku akan baca dulu baru aku join hahaha






Jadi sekian sahaja tips aku untuk kalian. Sekali lagi diingatkan tips ni semua cara aku. Korang kena define cara korang sendiri. Jangan ikut orang membuta tuli okay. Kang ada pape jadi jangan cari aku pulak. Lagi satu aku tahu cara aku study macam gila sikit sampai tak tidur segala, minum nescfae bertin-tin tapi kau tahu tak nikmat bila exam dah habis tu fuhhhhh ..... umpama mimpi dalam mimpi kakakaka....

Orang cakap bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Pastu yang bestnya, bagi aku dalam hidup kena ada banyak phase. Contoh time exam phase stress sampai nak jerit keluar anak tekak, lepas habis exam relax macam dapat duit 600 juta dolar. Bagi aku dengan cara tu aku lagi menghargai kot waktu-waktu terluang aku hahaha. Lagipun takkan hidup kita ni nak monotone je kann. Exam ke tak exam ke sama je. Bosannn weh bosannnn



Sekiannnn bebelan kakak kau nii :)))

No comments:

Post a Comment