Friday, 6 March 2015

Kalau Exam

Assalamualaikum wbt

Taraaaaa !!! Dah tutup case minggu ni. Proximal Humerus Fracture and Dislocation of Glenohumeral Joint. Joget sikit. Sistem sekarang seminggu satu case. Bukak hari isnin tutp hari jumaat. Sabtu dengan ahad free. Alhamdulillah. Kalau dulu sabtu dengan ahad macam orang gila siapkan kerja. Yang nak siapkan kerja yang nak settle hal lain. Yang nak pegi Bandung, shopping lagi. Tettt. Bukan aku la tu. Sebab aku selalu tidur je kat rumah. Sabtu dengan ahad hari kita rehattt. Im a home loving type of person. Aku tak suka sangat keluar jalan-jalan without indication. Kalau ada hal baru pergi. Kalau tak malas nak keluar. Duduk rumah tidur, masak, meroyan sikit, best kot haha. Kalau keluar nanti penat. Balik rumah dah penat pastu tidur so bazir masa situ. Keypoint dia, nak rehat.

Tapi ada je kadang-kadang keluar merambu jugak. Sebab stress. Sebab rasa macam tak boleh hadam benda yang dok hadap tetiap hari.

Lagi-lagi time macam ni. Time bila exam sibuk nak menziarah. Minggu depan exam. Tapi aku ada plan nak pegi Bandung esok. Pegi makan ice cream. Nak exam ? Pedehal.

Kalau exam, dunia macam nak terbalik. Kalau exam, semua orang bertukar personality. Yang talkative, jadi pendiam. Yang pendiam, jadi talkative. Takpun yang talkative, bertambah power talkative dia 10 kali ganda. Atau yang diam bertambah ke'diam'an dia sebanyak 20 kali ganda. Macam tu lah lebih kurang.

Makan tak kenyang. Mandi asal basah je. Tidur asal pejam mata je. Otak tak rehat pun kita redah je. Cakap dengan dinding sampai dinding retak pun takpe. Nescafe kena sentiasa full. Kalau boleh nak letak lori nescafe depan rumah. Waktu ibarat emas paaaaaaaaling bernilai. Kalau rasa emas murah, blue diamond lah yang paaaaaaaaling mahal dekat dunia, macam tu lah nilai MASA tu time tu. Semua benda nak cepat. Makan kalau boleh tanak kunyah. Nak telan terus. Mulut tak berhenti bebel-bebel semua benda yang nak diingat, difaham dan dihadam. Time berus gigi tu pun kalau boleh nak nak guna listerine je. Betapa nak jimat masa.

Time mandi, wajib habiskan satu case. Ye. Sambil mandi. Selalunya ambik yang case paling pendek. Takdelah orang lain rasa nak tendang pintu bilik air.

Bilik macam Titanic nak tenggelam. 2-3 biji mug bawah katil. Nescafe. Air masak. Milo. Teh. Sirap. Air pape yang kau rasa sedap. Yang mampu buat kau berjaga. Tak ngantuk. Kertas berterabur atas lantai serupa kilang kertas. Pen, highlighter, marker, pencil colour, pencil, pembaris, pemadam, stapler, paper clip, gunting, etc bersepah. Ada bawah bantal. Atas katil. Atas meja. Dalam pencil box. Bawah tikar. Yang duduk bawah punggung pun ada. Sedar-sedar baju kau dah kena ink colour. Sesiapa dilarang masuk dalam bilik. Sebab bersepah. Makanan ? Jangan ceritalah. Dari nasi, mee segala sampai nano-nano yang tinggal sebiji pun ada dalam bilik. Boleh bukak supermarket.

Tidur yang paling tak tenteram. Tak lena dah satu hal. Yang paling epic. Tidur. Tapi tangan kanan pegang pen, tangan kiri pegang notes. Sebelah kaki kanan ada laptop. Dekat kaki kiri ada Pathology Robbin (pegi search dekat google image). Dekat sebelah kepala ada notes bersepah-sepah. Rasanya time tu nak je seru "dengan kuasa bulan, semoga bila tidur dekat dengan notes, semua notes boleh meresap".

Ni ok lagi. Parah lagi bila langsung tak tidur. Tapi mamai. Tak sedar cakap benda merapu. Otak kata tidur. Kau kata taknak. Ini lah effect dia. Bila jalan rasa macam diawang-awangan. High habis. Umpama teguk todi sebaldi.

Kalau oral exam lagi payah. Mulut sampai boleh kena seizure. Sebab banyak sangat bercakap. Practice OSCE kena ada patient dengan doctor. Dah desperate. Akulah patient. Akulah doctor. Dahtu kalau CPR, nak buat cardiac compression dekat diri sendiri ke. Haaa time ni. Teddy bear yang korang dok suka bagi time bufday org as birthday present tu paling penting. Dialah patient. Bayangkan lah 2-3 pagi cakap dengan teddy bear. Agak-agak ada tak possibility dia nak bersuara ? Hmmm. Tapi waktu tu kau tak kisah dah. Sebab hantu pun takut tengok kau cakap sensoranf. Dah la cakap sensorang, pastu gila sorang-sorang. Kadang dinding pun jadi patient. Dah kalau tingkap yang jadi patient. Kot tetiba ada org muncul kat tingkap tu ? Kau suruh je dia jadi patient.

Nak tidur. Nak rehat. Nak break 5 mins. Baru nak break teringat belum baca pasal calcium metabolism. Baru nak tidur terbayang anatomy of skull. Apa benda zygomatico-maxillary tu. Baru nak rehat terlupa 5 layer of epidermis. Dah kena bangun balik. Cari notes. Dah baca. Terjumpa lagi benda-benda yang tak tahu. Hmmm langsung tak jadi tidur.

Kalau exam, jangan berani cari pasal dengan orang. Nasihatnya, kalau takde benda penting jangan cakap pape. Diam je. Takpelah kalau makan berdua tapi bunyi orang mengunyah je lebih. Yang part dialog ada dua tiga je. Selalunya dialog yang ada,

"nasi aku berapa ?"
"esok exam pukul berapa?"
"dah habis baca?"
"sapa yang bayar makanan eh ? nanti aku bayar balik eh"

Ni dialog paling common la ni. Semua tak larat nak cakap. Tu lah siapa suruh cakap dengan dinding dengan teddy bear. Exam semua orang jadi gila. Serious tak tipu. Semua benda pelik dibuat. Yang tak masuk akal pun dibuat. Punca dia satu. Sebab ada banyak oral exam. Oral exam tu yang buat gila sebenarnya. Objektif paper gila tapi pandang kertas takpe. Ini gila nak bercakap depan doctor. Kalau dia tanya, kau tak dapat jawab. Lepastu dia bagi fail. Nightmare semua orang.

Makan = kadang-kadang tak sedar makan apa. Yang penting rasa kenyang.
Tidur = hmmm.. pejam la mata 2 minit. Lepastu dah start rasa tak tenang nak sambung minit ketiga.

Iphone 6, HTC, Note 3 ke 4 takde nilai dah. Kau campak tepi je semua.

Kadang-kadang aku pun tak faham macam-mana aku boleh go through that phase. Exam sebulan. Tak tahu macam mana rupa aku selama sebulan tu. Harap-harap nanti kalau dah balik msia, time exam tetiba aku stress pastu balik rumah. Ibu tak lah tutup pintu pintu ingat ada orang gila sesat depan rumah. Sebab aku lah kat depan pintu tu hahahah.

Kalau tanya batchmate sendiri, macam mana kita boleh lalui hidup time exam tu. Diorang pun tak tahu macam mana.

No comments:

Post a Comment