Assalamualaikum wbt
Setiap kali bukak case, semua orang akan doa tanak dapat anatomy. Kenapa ? Sebab anatomy banyak boleh buat pengsan tak bangun-bangun selama seminggu. Macam mana nak cakap eh ? Anatomy tells you about human body structure. Head to toe. Dari simple-simple mende yang korang kenal secara basic sampai la benda-benda complex yang aku sendiri pun tak boleh nak imagine huwarghhh. Contohnya anatomy of leg, yang korang kenal ialah tulang dekat peha nama dia femur. Dekat betis ada tibia and fibula. Pastu dia jadi complex dekat femur tu ada trochanter la ada condyle la linea aspera la. Yang paling annoying sekali bila dia kata
' Adductor muscles attach proximally to the anteroinferior external surface of the bony pelvis and adajcent obturator foramen membrane distally to the linea aspera of femur '
Sebenarnya dia nak cakap yang adductor muscles of thigh tu attach dekat linea aspera of femur. Simple je kan. Tapi ayat dia macam nak tikam je buku tu hahaha. Banyak la lagi ayat-ayat puting beliung dia ni. Linea aspera tu kalau nak tau line je. Faham tak line dekat tulang. Kalau tgk kat tulang betul takdelah nak nampak sgt pun haha.
Kenapa aku bebel pasal antomy ? Sebab case Osteoarthritis ni aku kena buat anatomy. Banyak gila rasa nak nangis sampai tahun depan. Dah tiga hari buat tak siap-siap. Jenis apa punya penderaan ni ? If physiology, you just have to understands the mechanism and automatically, you have covered all part. Tapi anatomy, first you have to understands the sentences,
Ingat senang baca tetiba ada perkataan superomedially and lateral to bla bla... posteroinferiorly and adjacent to lateral bla bla.. anteroinferiorly bla bla bla...
Aku ambik masa seminit nak faham setiap ayat kot. Kadang-kadang lebih seminit hahah. Dah faham ayat, kena imagine pulak dekat mana. Refer dekat diagram. Dah refer dekat diagram kena imagine 3D pulak. Aku rasa kena ada charlie sorang dalam bilik la hahah.
Ahhh yang penting aku nak gaduh dengan anatomy harini huwarghhh !!!
Takpelah, sebenarnya nak cerita pasal Supercamp yang dah berbulan lepas kejadiannya tu.
For medicine student dekat Unpad ni, semua orang kena pergi Supercamp ni. Semua orang kena rasa jadi Angelina Jolie kejap. Jadi Brad Pitt. Aku tak ingat dah tarikh aku pergi tu tapi yang pasti bulan 8 right after aku balik dari cuti sem raya tahun lepas haha. Yang time patah hati tu kakakaka. Ah move on la *cakap apa ni ain* . Smirk.
So yang terlibat dalam Supercamp ni ialah first year medical student, residence dari RSHS, specialist dari RSHS and a few practical student yang dah 5th year. And ada few more general practitioners and medical officers. So total up i guess about 1000 participants. Ramai kannn. Ramai gila. Kitorang pergi naik bas. Ada dalam 45 busses kot and a few cars. Tu belum mantap lagi. Yang paling mantap ialah sepanjang perjalanan nak sampai Ujung Genteng tu, we,ve been escorted by a police and askar. Power tak power kakakakaka.
The journey took us 15 hours. Ok no joke. 15 hours. Aku macam nak pengsan dalam bas tu. Bas tu dah la kecik wa cakap luuu. Kau kira beruntung bas kat malaysia tu dah kira besar la tuh wehh. Siap boleh goyang kaki kedepan kebelakang. Bas yang ni, lutut aku siap kena seat depan. Dah la kena seat depan, compressed lagi lutut tu. Memang langsung tak boleh gerak la kaki tu. Bayangkan la 15 jam dalam bas tu tak boleh bergerak langsung. Aku rasa nak nangis je. We did stop la few times. Yang berhenti lama tu time solat jumaat. Kitorang berhenti dekat a place named Pelabuhan Ratu. Kitorang bertolak pagi tu right after lepas subuh tau. Dalam pukul 5 pagi. Pastu straight jalan tak berhenti sampai Pelabuhan Ratu, berhenti untuk solat jumaat.
Kes bas kecik, tempat duduk sempit, jalan jauh berjam-jam tak berhenti tu dilengkapkan sekali pakej dengan jalan macam ular kena palu bertalu-talu. Cuba imagine jalan nak naik cameron dengan genting highlands tu, campur dengan structure tanah yang macam masuk hutan naik 4x4 fwd. Haaa tuhan je tahu betapa aku seksa sepanjang perjalanan tu. Nak tidur pun tak selesa sebab sakit badan. Dengan bouncing everytime langgar lubang segala. Huwarghhh bagi aku sejuta pun aku tanak pegi situ lagi *nangis tekup muka guna bantal*.
Aku dah la tak suka jalan jauh. Lepastu aku tak suka tempat sempit-sempit. And aku tak suka tempat yang penuh dengan orang, Aku rimas. K takpelah aku sabar je lah sepanjang perjalanan yang mencabar tu. Nasib baik along the way nak sampai after Pelabuhan Ratu tu pemandangan dia cantik. At that time i figured out yang we were actually mendaki bukit untuk sampai ke seberang. Can you imagine we cross a mountain to reach at that place ? Sukahati la nak imagine macam mana. Hahaahah.
After about 5 hours journey from Pelabuhan Ratu, we arrived at Jampang Kulon. Jampang Kulon is the final destination where all of us met. Sebab lepastu kitorang akan dipecahkan mengikut tempat-tempat yang ditetapkan. Mengikut kampung sebenarnya. Ada 10 kampung total. So each kampung tu akan ada 100++ participants. Aku dapat kampung nama dia Desa Sukatani. Ada few more desa such as Warnasari, Gunung Batu ahh banyaklah lagi tak ingat hahaha. Masa dekat Jampang Kulon tu, group kampung aku kena pindah naik truck askar. Truck askar whattt ?!! Memangpun sedih gila time tu kitorang kena naik truck, group kampung lain tak kena punnn huwarghhh. Bila dia kata kena naik truck tu aku tau dah yang jalan nak masuk tempat tu mesti seksa gilaaa. Sadis gilaaa part ni.
Ni dekat Jampang Kulon before naik truck.
'i takleh terima i kena naik truck belakang tu'
*hentak kaki*
Nak tak nak naik jugaklah truck tu. Adalah dalam sejam kitorang dalam truck tu, pastu kitorang sampai dekat Desa Sukatani. And then kitorang dibahagikan lagi mengikut keluarga angkat memasing. Satu family dapat la 4-5 participants. Alhamdulillah aku dapat sama family dengan Anne. Maksudnya sepanjang 3 hari ni kitorang akan bermalam kat rumah keluarga angkat kitorang. And to not meet your expectation, bila kata rumah family angkat ni bukanlah rumah yang mewah. Memang satu kampung yang sangat terpencil ke nak kata. Aku pun tak sangka ada rumah dalam tempat tu hahah. So dalam rumah aku tu ada 4 orang. Aku, Anne, sorang senior 5th year and sorang budak regular sama batch. So okaylah. 3 malaysisians in the house. Tak ingat nama parents angkat kitorang tu, tapi they are really nice. Everytime lunch je ada lauk ayam. But i know by looking at their house tu, diorang bukannya makan ayam hari-hari. Maybe not even once a week. Maybe sebab ada kitorang diorang masak sedap-sedap, takut kitorang tak makan makanan diorang. Segan lah sebab tahu they were trying really hard to welcome us. Padahal diorang dah tua dah pun. Ada 3 orang anak kut. Tapi yang paling kecik je duduk dengan diorang.
So kitorang betul-betul check in masuk rumah tu dah nak maghrib. Check in kau ayat aku. Kuasam sangat. Hahah. So sampai je rumah tu kitorang mandi and then tuan rumah tu ajak makan. Kitorang pun makan. Sebab penat sangat tak sempat pun nak borak panjang-panjang dengan diorang. Penat gila weh sehari duduk atas bas. Kitorang memang blackout awal gila malam tu. Semua sekali kakaka. And plus dekat sini takde line. So aku memang totally off dengan dunia luar for 3 days haha. What an achievement. Group kitorang memang totally off dengan group-group lain. Sebab kitorang ni pedalaman sangat.
from left (ehh lupa ada 5 orang la satu rumah kakaka)
husna, tak ingat nama, tak ingat nama, anne
*sorry aku banyak tak ingat*
all of usss :)
Esok paginya. sebelum subuh kitorang dah bersiap sebab truck askar yang awesome tu akan ambik dekat depan rumah by 6. By 7 kitorang sampai dekat balai raya kampung tu. So apa aktiviti hari ni ??? sudah semestinya medical checkup. Alaaa yang korang selalu dapat free checkup everytime ada karnival tu kakakaka. So kitorang ada 100++ campur students, doctors, specialist segala. Kitorang dibahagikan lagi mengikut bidang kerja memasing. Makanya pada hari itu, kaunter-kaunter yang dibuka ialah pemeriksaan blood gluose level, antenatal care, mata, bayi bawah 5 tahun, farmasi dan ada la beberapa lagi. Yang paling busy mestilah farmasi, Sebab everytime orang habis checkup diorang akan pergi ambil ubat. Perghh memang menangis la siapa yang dapat farmasi tu kakak. Aku dapat Antenatal Care. Check-check ibu mengandung. Comel ann.
sungai tempatku membasuh pakaian kakakak
Masa pagi tu coordinator kitorang cakap maybe ibu mengandung ada dalam 15 patients je. Sekali yang datang tudiaaa sampai 50 orang. So how does it works. Dalam team ANC ada 4 orang. 1 specialist and 3 students. 3 students tu akulah salah seorangnya dan juga 2 lagi students midwife. So kitorang yang students ni kena buat history taking while the specialist will diagnose. Tapi kitorang la kena buat the check up macam leopold, ultrasonography segala. Check baby's heart beat, giving prescription, and doctor memang duduk pantau and recheck je. It was a nice experienc. Memang rasa macam doctor betul time tu kakaka. Busy sangat sampai nak bernafas pun rasa macam tak cukup tanah, Dengan bising, sesak ramai orang segala. Patient datang dengan complaint yang macam-macam. Pening jugak nak layan kerenag sorang-sorang.
Owh lupa nak mention yang specialist OnG kitorang time tu lelaki. And baru 27 years old. Muda kann. Sangat sempoi and very cool.
all of twinning family in the Sukatani with the banner at the back.
Aku tukang ambik gambar. Memang akulah yang takde kakak
So this is my ANC teammate. Sangat cooperative. Lydia and Vanessa :)
*haaa aku saja buat besar-besar gambar kakaka*
Suppose medical checkup session tu sampai tengahari je tapi sebab ramai sangat patients. Bila dah masuk pukul 2 tu kitorang memang tutup kaunter pendaftaran sebab semua dah tak larat nak layan patient. Keji ennn. Tapi memang penat sangat sebab diorang datang sekali segerombolan. Nak layan semua orang dengan tak cukup kakitangan memang mencabar minda dan kesabaran. Bila dah habis chcekup tu nampak semua orang muka keletihan kakaka. Even the doctors, the specialist. Semua la. After lunch dalam pukul 2.30 macam tu ada sesi dengan orang-orang kampung. So aku tak berapa nak faham diorang cakap apa. Aku duduk je tengok diorang cheering up, discussing and all that stuff aku pun tak faham diorang buat apa haha.
Kitorang balik rumah dalam pukul 5 petang. Sampai rumah pun dah nak dekat maghrib jugak. Mandi, makan pastu borak-borak sikit dengan tuan rumah tu pastu kitorang masuk bilik tidur. Dua hari straight penat macam orang gila. Plus, malam tu malam terakhir kitorang dekat situ. Sebab esoknya kitorang akan bertolak balik. And truck pun akan sampai lagi awal dalam pukul 4.30. Memang pagi tu lepas je bagi salam kedua solat subuh, truck dah sampai. And then kitorang pun berpamitan lah dengan keluarga angkat kitirang. Nak cakap jumpa lagi nanti pun macam tak logik sangat sebab jauh pastu diorang confirm tak keluar jauh dari situ.
ahhh ni muka poyo semua. Padahal semua tak mandi pagi kakakaka.
Pagi ahad tu, kitorang naik truck lagi untuk sampai ke Vila Amanda Ratu. This is the place where all of us from 10 villages will meet again. Sepanjang perjalanan tu kitorang lalu tepi pantai. Macam yang diuar-uarkan yang Ujung Genteng punya oantai cantik. Baru pagi tu aku dapat tengok pantai diorang yang cantik tu. Memang cantik pun subhanAllah. Pantai ni is actually a part of Hindi Ocean. Macam yang korang tahu lautan hindi punya ombak and laut ganas. So kitorang memang tak pegi tempat yang dalam la. Sampai je kat vila tu, berkumpul and then ada sukaneka sikit pastu ada ucapan daripada our Dean. After tu baru bersurai. Time dah nak balik tu la baru kitorang boleh pegi tepi pantai tu. Sedih gila. Bila tanya group kampung lain, diorang cakap diorang dah pegi dah pantai tu. Ada yang pegi air terjun segala. Time tu rasa tak fair gilaaaaa. Kitorang ni dah la naik truck pastu takde pegi memana. Huwarghh sedih tahap melampau. Aku ingat lagi time dalam track tu, sebab jalan dia sangat not make sense, ada sorang surgeon yang duduk sebelah aku ni, cakap macam ni dekat ada sorang budak lelaki ni,
" Please let me seat. I still want to use my hand for surgery. "
Dahsyat ennn. Banyak la lagi insiden-insiden tragis dalam truck tu. Belum cerita sepanjang nak sampai balai raya tu kitorang kena across sungai. You get that ? Cross sungai pegi seberang. Nasib air tu tak masuk smpai dalam truck haaa.
silau. Tak nampak.
And then by 12 pm, kitorang bergerak balik. Pun makan masa 15 jam jugak. Or more sebab jalan jam. Tak tahu kenapa tapi masa perjalanan balik lagi aku rasa tak selesa. Rasa macam lagi sempit. Tapi aku tabahkan jugak hati walaupun aku banyak kali bising dekat Atie kakakaka. Kitorang sampai Jatinangor dalam pukul 12 malam. Sampai rumah dah pukul 12 lebih. Balik mandi tak fikir apa dah terus tidur haha. Esoknya bangun lambat kakakaka.
Overall its a nice experience though. Though all the hardships and tiredness, rasa lega sangat bila dah habis. Rasa puas bila dapat apply our medical knowledge semua. Totally worth it la.
' We could work '
sebab time ni patah hati kakakaka *hambar*
celah mana tah patah hatinya -_-
air jernih sangat. Cuaca panas sangat. Muka terbakar sangat.
'I cant chase you forever but i am here.
Still waiting for a miracle to come.'
p/s : aku demam. Tapi gigih update. Pastu aku duduk rumah sensorang and aku boring. Dah sekiannn














No comments:
Post a Comment