Assalamualaikum hai awak-awak sekalian..
*Hye balik diri sendiri*
Lama aku menyepi sebab busy exam. Tapi exam belum habis pun sebenarnya kekeke. Baru habis 1st week. Ada baki lagi 2 minggu exam. Tapi minggu 1st dah demam. Sadis betul. Ni tengah demam la ni. Aku tak suka kalau demam, sebabnya aku memang malfunction habis ahhh. Kalau prognosis case tu boleh letak admalam untuk functionam. Asik baring je atas katil. Bangun pun nak makan takpun nak mandi. Takpun sebab nak solat. Kadang mandi pun tak. Makan pun tak. Makan pun tak rasa pape. Baik tidur ye dakk haha.
Tapi demam kali ni aku gagahkan jugak badan aku bangun pegi joging petang tadi. Tak kuasa nak layan demam time tetengah exam ni. Aku joging dapat 4-5 round pastu jalan sampai rasa penat. Sampai keluar peluh. Aku kan manusia susah nak berpeluh. Lol sangat.
Pergi joging dengan harapan demam cepat la kebah. Tapi ni macam makin teruk je kakakaka. Memang aku tidur macam kayu la malam ni. Tak tahu bangun pukul berapa esok ni haha. Naib baik esok takde paper.
K takpelah. Lupakan je cerita demam aku yang tak berkesudahan tu. Aku nak cerita pasal Karnival Sukan Malaysia masa tu. Dah lama dah before exam lagi tapi baru rajin nak tulis. Aku memang pilih kasih sikit antara tidur dengan update blog kakakaa.
Untuk Karnival Sukan Malaysia masa tu aku main volleyball wakil batch. Kelakar sebab aku dah lama gila tak main. Skill dah karat siap boleh letak muzium lagi. Tapi takpelah aku main jugak sebab gian nak main. Lagipun sebab takde sukan lain yang aku boleh main. Aku memang boleh je main sukan lain tapi kalau setakat nak main badminton tu pukul bola je la aku tahu. Itupun kadang-kadang tak kena. Kah ! Nak main netball lagi kelakar, aku stop main netball since darjah 6 kot hahaha. Dah 10 tahun tinggal. Kang kawasan sendiri pun aku lupa. Aku buat macam main ragbi kang hahaha
So this is our captain, Elieee !!!! The one yang beli bola
keras gilaaaaaaa tu hahahaha
Talk to my hand people, aku sakit perut ni kakakaka
Sebab dah lama tak main, digging berterabur, serve pun aci masuk aci tak masuk je kakakaka. Nnagis Cikgu Zailan tengok aku main. Volleyball is the most special sport for me sebab sepanjang aku hidup, itulah sukan pertama yang aku main. Aku start main dari darjah 3. Masa tu tak tahu digging tak tahu serve. Kita bedal je yang penting bola lepas net kayy haha. Netball aku start main time darjah 4. Bowling time darjah 5. Hoki masa form 2. Bila dah lama tu sentimental value dia tinggi sikit haha. Sports yang lain aku main tipu-tipu je. Main time kelas Pendidikan Jasmani. Dengan Sir Nizan. Huwarghhh rindu cikgu-cikgu sekolah rendah :(
Practicing :)))
Try hard sungguh kau ni ain hahaha
Everytime game position aku yang first sekali mesti depan net tu hahaha
They like to put me there and i dont know why hahaha
Permulaan untuk service yang menjadi :)
Antara service yang menjadi. Yang lain wassalam hahaha
Ni pun macam kelaut je service ni hmmmm
Yang ni mungkin teapt mengenai sasaran. Mungkin ye.
Even tak menang tapi aku happy jugak dapat ajar orang lain main. So lepas ni kalau nak main pepetang dah ada team yeayyy. Kitorang beli bola sendiri. Tapi satu bola yang Elie beli tu sakit gilaaaaa. Sesapa tak biasa main memang patah la tangan hang. Aku yang dah biasa ni pun sampai bengkak tangan. 2 minggu aku tak main lepas main guna bola Elie tu hahaha. Habis bengkak, merah dua2 belah sampai ke siku haaa. Masa game tu pun actually bengkak tu tak elok lagi, aku main pakai bandage sebab taknak bagi direct hit.
Aku depannn sekali. Depan net. Ni lawan KOAS la ni hahahah
Cepat cari mana sayaaa ?! Team hijau tu junior first year :)
Dik yang penting style dik, STYLE hahahaaha
Bila lawam antara batch tu kitorang memang tahu la team KOAS memang power sebab player dia semua main Bandung Games tahun lepas. Bandung Games tu lagi satu karnival sukan yang involve semua student Malaysia dekat Indonesia ni. Time ni boleh jumpa student dari Bali, Makassar, Jakarta dan semualah. Tapi tahun lepas aku tak main Bandung Games sebab busy prepare untuk program insaniah kelas UKM. Sedih tak dapat join tapi nak buat macam mana, aku timbalan pengarah time tu pastu sebelum jadi program tu banyak sangat benda tak settle. Mana tak kelibut aku.
After all, it was a nice experience la. Involved in this kind of activities buat kita kenal lagi ramai orang. Nak cari calon pun boleh ekekekekeke
Dah habis update aku nak tidur. Baru pekena cap ibu dan anak, kita tengok cap ibu dan anak lagi power ke nasi goreng ayam berlada aku lagi power hahaha
Btw, semalam aku exam sooca. Alhamdulillah aku pass hanya dengan sekali percubaan. Takyah remedial esok. Dapat case paling last sekali which is Steven Johnson Syndrome, sempat review dua hari je tapi alhamdulillah okay :)
Moh lerr kita downkan paper-paper yang seterusnya. Dan semoga demam ni baik esok hahahah
Till then, wassalam :)












No comments:
Post a Comment