Assalamualaikum wbt
Semua orang tanya kata nak marathon update blog semalam. Memang nak marathon tapi tetiba internet takde kurang asam gila. Dah tu nak buat macam mana aku sambung la berjimba dengan wattpad.
Semalam kan aku dah cakap aku buat puding roti. Huwarghh ni first time aku buat puding roti tau. Aku cuak gila. Risau gila takut tak jadi. Tiap 30 minit aku bukak peti sejuk nak tengok perkembangan puding aku haha. Aku tahu ramai yang suka puding roti so aku takut nak buat sebab takut tak sedap. Tapi tak pelah aku hentam je ikut resepi orang. Tapi aku ubah-ubah jugak guna citarasa aku sebab aku rasa macam tak kena kat tekak aku kakaka.
Aku memula buat yang non bake. Maksudnya aku sumbat je dalam peti ais, tutup pastu biarkan je. Ikut resepi yang aku tengok tu dia kata sejukkan 3 jam je. Tapi aku sejukkan semalaman. Haaaa ambik kau. Sebab lepas 3 jam tu dia still macam lembik and berair lagi. Stress aku. Aku dah cuak takut tak jadi dah.
Pastu takpelah dah semalaman tu pagi tadi aku keluarkan sikit nak try rasa apa jadi dia. Tekstur dia okay. Mcam berkuah sikit. Tapi diorang kata sedap gila. Tah aku pun tak tau sangat sebab ni bukan setakat first time aku buat. Ni first time jugak aku makan masalahnya. A ku tak pernah makan puding roti sebab aku rasa dia tak sedap dan pelik. Tapi disebabkan semalam aku sayang sangat nak buang roti sebuku yang tak bukak lagi tu so aku buat la puding. Expired dia semalam. Dah la tak bukak lagi aku yang rasa berdosa nak buang huwarghh. Orang kat Palestin tu nak cari secubit roti pun susah tau ain. Huwarghhh.
Pastu dah rasa sikit yang non bake tu aku try nak rasa yang bakar punya. Aku pinjam la kakak senior aku punya oven. Gigih aku pergi rumah diorang angkat oven tau kakaka. Ni sebenarnya baru je siap bakar. Diorang kata sedap jugak. So conclusion dia puding roti aku berjaya kakaka.
MISSION ACCOMPLISHED !!!
Nah ni aku bagi resepi yang aku dah ubah semalam jadi resepi aku sendiri kakaka.
Bahan - bahan :
4 sudu besar butter
1 liter susu segar ( nak guna susu sejat ideal tu pun boleh )
2 sudu besar tepung tepung jagung
8 sudu gula ( ikut korang punya level kemanisan. Yang diabetes tu tayah pakai gula lgsg kayy )
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur
1 bungkus roti 4 segi tu ( carikkan pastu susun atas loyang ke bekas ke dulang ke pape jela )
Cara - cara :
1. Basuh tangan. Bahaya ada kuman melekat satgi.
2. Ambik periuk ke kuali ke kawah ke haaa sukahati engkorang pastu letak atas dapur panaskan. Pakai api kecik je.
3. Cairkan butter dalam periuk tu.
4. Masukkan susu segar, esen vanilla dengan gula.
5. Kacau dia bagi sebati semua. Make sure sampai gula dia cair tau. Jangan bagi bunyi dah gula haha.
6. Masukkan telur. Bila nak masukkan telur ni aku suggest suruh orang lain yang masukkan telur tu sebab kau kena make sure adunan sentiasa dikacau. Sebab nak elak telur tu jadi berketul okay. Dah masukkan telur pun still kacau lagi sampai kau yakin telur tu dah masak.
7. Pastu telur dah masak, masukkan tepung jagung.
8. Kacau sampai dia pekat okay.
9. Lepas kau dah yakin semua adunan tu dah masak. Kau baca bismillah, tawakkal dalam hati, tuang dalam loyang yang dah isi toti yang korang dah susun and carikkan tadi.
9. Lepastu masuk dalam peti ais selama mana yang korang nak. Tapi jangan simpan kat tempat beku pulak haha
10. Kalau korang nak bakar, korang masukkan dalam oven je. Suhu dalam 180 degree selama 20 minit. Ikut korang la. Kalau rasa nak lembap tu boleh kurang kan masa. Nak kering tambah masa. Make sure sentiasa pantau keadaan dia dalam oven. Cucuk sikit tengok dah kering atau belum okay.
ni rupa puding aku lepas semalaman dalam peti ais.
Ni sebenarnya aku baru nak bakar dia kakaka
Dah sekian sahaja sesi memikat hati mak mentua menggunakan puding roti kakkaa
p/s : tau tak aku tengah buat notes. Boleh pulak menyimpang pegi update blog. Rasa macam nak bunuh diri macam ni kakaka

No comments:
Post a Comment